𝐁𝐚𝐛 𝟒

29.9K 1.6K 44
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania mengerling sekilas Zariel yang berada di belakangnya, membawa beg-beg kertas yang terisi barang-barang miliknya yang baru dibeli. Sampai sahaja di sebuah restaurant western, Dania terus melangkah laju memasuki restoran tersebut manakala Zariel hanya mengikut langkah Cik Danianya. Tadi selepas sahaja Dania mengamuk a.k.a meroyan, terus Zariel terpaksa tangguhkan segala kerjanya dan menyuruh Clark membantu.

"Oder." Dania melabuhkan punggung dikerusi, dia memilih meja yang agak tersorok di belakang. Zariel meletakkan barangan di atas lantai.

"Cik Dania nak makan apa?" Zariel memandang wajah jelita gadis itu. Dania melarikan anak matanya memandang papan menu yang berada di tepi kaunter namun anak matanya tertacap pada tubuh seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Zariel pula mengambil buku menu di atas meja.

"Saya nak—Harith?" Berkerut dahi Zariel tatkala mendengar jawapan daripada Dania. Gadis itu membulatkan matanya apabila melihat seorang lelaki yang sangat dikenalinya sedang makan bersuap dengan seorang gadis.

Harith?

Amani?

"Cik Dania nak oder Harith?" Dania melarikan anak matanya memandang Zariel. Jelingan tajam diberikan pada lelaki itu sebelum dia kembali memandang sepasang kekasih yang tidak jauh dari mereka. Telefon bimbit dikeluarkan sebelum nombor telefon Harith di dail. Zariel memandang saja Dania.

Pelik, tanya pun nak jeling.

Korek biji mata tu karang baru tahu.

"Hello sayang—"

"You nak apa? I busy lah. Jangan kacau boleh tak?"

TUT

"Kepala tengkorak dia busy." Dania menghempas kuat telefonnya di atas meja. Anak matanya mencerlung memandang Harith yang tidak jauh dari mereka.
Oh, kau busy eh! Kau busy curang!

"Bapak gajah, jom jap!" Dania bangkit dari duduknya sebelum menarik lengan kekar Zariel. Berkerut dahi lelaki itu tatkala lengannya ditarik oleh gads jelita itu. Bapak gajah?

Dania berjalan mendekati Harith yang sedang bergelak tawa. Kau tunggu! Ini Dania Marisa lah!

"Hai!" Dania menarik kerusi di hadapan Harith sebelum melabuhkan punggung berhadapan lelaki itu. Harith tergamam tatkala melihat Dania yang baru sahaja melabuhkan punggung di hadapannya, anak mata melirik memandang seorang lelaki bertubuh tegap yang berada di sisi gadis itu. Dania menarik lengan Zariel bag menyuruh lelaki itu duduk di sebelahnya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now