𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Zariel meraupkan rambut perangnya sebelum diikat sehingga menjadi tocang pokok kelapa. Bunyi pancuran air hujan di dalam bilk mandi menyebabkan Zariel tersenyum nipis. Tuala yang sedikit lembab disidai pada tempat penyangkut. Tanpa menunggu Dania habis mandi, Zariel terlebih dahulu keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi tempat tujuannya.
Apron yang tersangkut diambil sebelum dipakai pada tubuh kekarnya. Peti sejuk dituju, barang basah seperti udang dan sotong dikeluarkan sebelum diletakkan bawah pili air di atas singki. Papan pemotong yang berada disangkut diambil, pisau yang terletak di dalam tempat sudu diambil sebelum diletakkan di atas singki.
Sotong diambil sebelum dipotong kecil-kecil dan dikumpul ke dalam mangkuk. Udang dikupas kulit dan dipotong dua sebelum diletakkan ke dalam mangkuk lain. Udang dan sotong yang sudah siap dipotong dibasuh kembali. Barangan untuk memasak nasi goreng disusun di atas meja. Kuali diisi dengan minyak masak sebelum dipanaskan.
Dania menyangkut tualanya ditempat penyangkut bersebelahan tuala suaminya. Rambut keperangannya yang baru sahaja dikeringkan itu dibiarkan lepas terurai. Kaki panjang Dania segera berjalan kreuar dari bilik, senyuman manis terukir apabila sistem pernafasannya dihentam dengan bau enak masakan. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke ruang dapur
"Wow!" Dania menggigit bibir bawahnya tatkala melihat Zariel yang sedang sibuk memasak. Kaki menapak perlahan mendekati suaminya, belakang tubuh tegap Zariel yang terdedah itu direnung bersama sengihan lebar. Dania terus memeluk belakang tubuh Zariel menyebabkan lelaki itu memalingkan wajah memandang isterinya.
"Good morning, sayang." Zariel melabuhkan kucupan hangat pada dahi bersih isterinya dan kembali memasak. Api dapur ditutup sebelum lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap Dania. Keningnya diangkat seraya melihat wajah ceria Dania.
"I want my morning kiss!" Berkerut dahi Zariel melihat Dania yang sedang mencebik itu. Pinggang Dania dirangkul sebelum tubuh kecil Dania itu diangkat dan diletakkan di atas kabinet dapur.
"I already—"
"No. I want here!" Dania menayangkan pipinya. Zariel tergelak kecil sebelum memberikan kucupan pada kedua belah pipi Dania.
"Thank you!'" Zariel hanya mengumam perlahan, rambut Dania yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga sebelum dia meninggalkan wanita itu dan terus mengambil mangkuk besar. Nasi goreng yang sudah siap dimasak itu diletak ke dalam mangkuk besar tersebut sebelum diletakkan di atas meja. Dania hanya memerhati gerak-geri suaminya bersama sengihan.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...