𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟐

28.8K 1.4K 43
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik yang berada di tepi khemah besar yang sudah dipasang itu. Anak mata Dania melirik memandang Zariel yang sibuk mengangkat meja untuk disusun di hadapan halaman rumah Puan Zainab. Tidak menyangkan Puan Zainab hendak buat kenduri mereka semeriah ini, ingatkan hanya keduri doa selamay biasa-biasa sahaja!

"Nia." Dania mengangkat kepala, mendongak memandang empunya bada uang memanggilnya ketika itu. Senyuman manis serta merta mekar apabila anak matanya bertembung memandang wajah Maksu. Maksu menghulurkan secawan plastik air sirap sejuk kepada Dania.

"Terima kasih Maksu. Tahu tahu je yang Nia tengah dahaga. Nak ambil tapi segan." Maksu hanya menggelengkan kepala memandang Dania yang tersengih lebar itu. Dania meneguk perlahan air sirap tersebut bagi menghilangkan dahaganya. Sebenarnya dia mahu Zariel yang ambilkan, mengada bukan? Ah lantak lah! Peduli apa! Zariel itu kan suaminya!

"Mung duduk molek. Jatuh kang naya saje. Ngamuk Zaq tu satgi." Maksu menepuk lembut bahu Dania sebelum berlalu hendak membantu menyusun kerusi plastik di meja yang sudah disusun kemas. Dania meletakkan cawan plastik itu dibirai tangga rumah Puan Zainab. Matanya yang terasa memberat itu digosok perlahan bagi menghilangkan kantuk.

Sedang sibuk Dania melayan perasaan sambil melihat Zariel, tiba-tiba bahunya dirempuh agak kasar dari belakang oleh seseorang sehingga menyebabkan tubuh Dania hampir terjatuh dari kerusi namun nasib Dania sempat berpaut pada tiang di tepi. Akibat debaran hampir jatuh, perutnya terasa senak menyebabkan Dania mengerang agak kuat.

Zariel yang sedang sibuk menyusun meja terus memalingkan kepalanya memandang Dania apabila gegendang telinganya dihentam dengan suara erangan Dania. Hampir gugur jangung Zariel tatkala melihat Dania memejam rapat kelopak mata sambil telapak tangan melekap pada perut besarnya.

"Dania!" Laju sahaja Zariel berlari mendekati Dani yang sedang mengusap lembut perutnya bagi menghilangkan rasa senak. Zariel merapati Dania, tubuh Dania dirangkul kemas sebelum dibarkan Dania kembali duduk betul-betul di atas kerusi tersebut. Zariel merenung tajam wajah seseorang yang berdiri kaku di belakang Dania.

"Ayu ni dah kenapa?" Dania mencelikkan kelopak matanya tatkala suara garang Zariel menampar kuat gegendang telinganya. Ayu yang berada di belakang Dania sudah menunduk kepala kerana tidak berani hendak membalas renungan tajam Zariel.

"Abang—"

"Ayu sengaja nak sakitkan isteri abang?" Ayu teresak-esak menangis seraya menggelengkan kepala dengan perlahan. Ayu tidak sengaja melanggar bahu Dania, tidak perasan kerana sibuk melihat telefonnya. Telefon bimbit yang jatuh di atas tanah dibiarkan sahaja.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now