𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Dania menyanggul tinggi rambut panjang keperangannya bersama berbola mata yang bergerak meliar mencari kelibat Zariel. Selepas sahaja sarapan pagi tadi, lelaki itu terus menghilangkan diri. Kaki panjang Dania berjalan bersama anak mata yang meliar menilik ruangan apartment mewah milik suaminya ini. Sangat berbeza dengan rumah-rumah abangnya, apartment Zariel ini tampak sangat kemas dan langsung tiada benda yang bersepah. Tidak kira di dalam almari atau diluar.
"Inspektor Zaquan?" Meleret-leret Dania memanggil Zariel, kaki panjangnya itu berjalan bergerak menuju ke bilik hujung yang pintunya terbuka sedikit. Kepala dijegahkan ke dalam untuk melihat isi dalam bilik tersebut. Kelihatan Zariel sedang duduk di sofa yang berada di penjuru bilik itu. Manakala tangan lelaki itu sibuk menyelak helaian kertas yang terdapat di atas meja.
"Nanti aku hantarkan. Dalam pukul 2." Dania hanya melihat Zariel yang sedang bercakap dengan seseorang di dalam talian, tengah on call rupanya. Dania menapak perlahan masuk ke dalam ruangan tersebut, mendekati suaminya.
"Baik Tuan Dylan." Zariel meletakkan telefon bimbitnya di atas meja tatkala talian diputuskan oleh Dylan. Kepala diangkat apabila mendengar kerusi kerjanya ditarik oleh seseorang. Kelihatan Dania sedang tersengih ke arahnya.
"Awak busy ke?" Dania berjalan menghampiri Zariel, punggung dilabuhkan bersebelahan suaminya sebelum batang leher lelaki itu dirangkul dengan sebelah lengannya. Zariel terpaksa menyengetkan sedikit tubuhnya bagi memudahkan Dania merangkul lehernya. Nampak tak yang Dania ni memang pendek jika bersama dengan Zariel?
"Tak. Kenapa? Awak lapar?" Zariel menyoal sambil mengemaskan helaian-helaian kertas yang terkandung maklumat penting syarikat Dylan Mikael itu. Dania mengerling sekilas helaian kertas itu sebelum memeluk kemas leher suaminya bersama kedua belah tangannya, punggungnya yang tadi berada di atas sofa kini beralih naik ke atas riba Zariel. Kita kalau nak ambil kesempatan, kena buat slow slow!
"Tak lapar. Saya nak attention awak ni."' Dania menjawab lembut bersama sengihan lebar. Zariel meletakkan kertas yang sudah disusun ke dalam fail itu di dalam laci meja bersama sebelah tangan menahan pinggang Dania.
"Nak attention saya kenapa? Dah kemas baju untuk pergi Terengganu?" Zariel menyoal kembali. Rambut depan Dania yang menutupi dahi diraupkan ke belakang. Dania menyengih lebar sambil menganggukkan laju kepalanya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...