𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Dania mengerling sekilas Zariel yang sedang memandu kereta. Lepas sahaja siap mengemas baju tadi, terus lelaki itu mengatakan yang mereka perlu balik tanpa menunggu malam.
Puas disoal oleh Puan Zainab, tapi alasan Zariel hanyalah mengatakan yang dia mempunyai kerja dan terpaksa pulang awal. Bekas keropok lekor yang sudah siap digoreng yang dibekalkan oleh Puan Zainab diambil sebelum dibuka."Abang nak?" Zariel memandang sekilas wajah Dania, kepala digelengkan dengan perlahan. Dania hanya mengangguk seraya membuka ikatan getah yang diikat pada plastik lada keropok lekor itu. Sepotong keropok lekor goreng diambil sebelum dicicah ke dalam kuah lada dan disuapkan ke dalam mulut. Dania menepuk tangan seraya tersengih sambil mengunyah.
"Sedap!" Zariel hanya tersenyum nipis memandang isterinya yang terlebih teruja itu. Dania mengambil sepotong lagi keropok lekor sebelum dicicahkan ke dalam kuah lada dan disua ke mulut Zariel, lelaki itu hanya membuka mulut dan terus membiarkan Dania menyuapnya.
"Nak balik terus atau nak singgah hotel?" Dania yang sedang mengunyah keropok lekor itu memalingkan wajah memandang Zariel tatkala lelaki itu menyoalnya. Zariel hanya memandangnya sekilas.
"Hotel! Nak tidur dekat hotel dengan bapak gajah!" Berkerut dahi Zariel tatkala mendengar kenyataan daripada isterinya.Teruja betul nak tidur dekat hotel. Dania tersengih lebar seraya kembali manghabiskan keropok lekor. Zariel tersenyum nipis seraya menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
Kereta Zariel masuk ke kawasan hotel mewah, kereta di parking ditempat letak kereta sebelum terus mematikan enjin keretanya.
"Jom." Zariel memandang Dania yang sedang menutup bekas keropok lekor yang sudah habis dimakan. Dania mengangguk laju dan terus menjilat jarinya yang comot dengan kuah lada.
Zariel hanya tersenyum nipis. Lelaki itu segera keluar dari perut kereta, Dania menutup pintu kereta sebelum berlari mendekati suaminya. Lengan kekar Zariel dipeluk kemas.××××
Dania mendekati Zariel yang sedang sibuk menghadap telefon bersama riak wajah tenang. Lelaki itu hanya memakai seluar slack tapa baju dan rambut perangnya masih kelihatan lembab dan ada yang terjuntai di dahi Zariel. Ah hot sungguh bapak gajah ni! Dania yang hanya memakai dress tidur yang labuh separas betis berjalan menghampiri Zariel. Sofa di sebelah Zariel diambil alih seraya tubuh kecilnya menghempap penuh sisi tubuh sasa suaminya. Kepala dilentokkan pada bahu tegap Zariel."Abang busy ke?" Zariel mengumam perlahan tanpa memandang wajah isterinya. Dania mencebik seraya menyangkut dagunya pada bahu tegap suaminya. Telinga Zariel ditiup perlahan namun lelaki itu masih tidak memberikan apa-apa reaksi menyebabkan Dania memincingkan matanya.
"Kenapa abang ajak balik awal sangat?" Dania cuba menyoal. Sudah lama dia memendam soalan itu di benak fikirannya dan juga itu pertama kali dia melihat Zariel marah dan seakan mahu mengamuk. Zariel masih memandang telefon.
"Saja." Dania merengus tidak puas hati dengan jawapan Zariel. Dania baru sahaja mahu bangkit namun Zariel terlebih dahulu memaut pinggangnya dan menyuruh Dania kembali duduk. Zariel kembali menghadap telefon.
"Balik awal supaya abang tak sakit hati lama-lama bila tengok orang sindir-sindir bini abang." Dania terkebil-kebil namun senyumannya langsung tidak dapat disorok.
"Abang sakit hati?" Zariel bergumam perlahan. Selama ini bukannya Zariel tidak tahu akan sindiran Ayu pada Dania. Ditelan sahaja kerana menghormati ibu bapa gadis itu. Namun siang tadi Zariel sudah tidak dapat terima akan apa yang Ayu lakukan pada Dania.
"Tapi betul lah apa Ayu kata tu pada sayang kan? Sayang dah lah tak reti tutup aurat. Sedangkan sepupu abang yang lain semuanya berlitup." Dania menyandarkan kepalanya pada bahu Zariel. Dania terasa dengan semua itu namun dia diamkan sahaja.
"Betul. Tapi dalam Islam bukan macam tu cara untuk tegur. Tegur baik-baik dulu, kalau tak jalan. Baru lah guna cara itu. Kenapa nak guna cara yang boleh sakitkan hati orang lain kalau ada cara lembut yang boleh cairkan hati orang lain? Dalam Islam pun ada kan tentang hukum menyakitkan hati sesama manusia. Ayu kena belajar semua tu dulu. Tak ada guna kalau bertudung tapi lidah selalu bergulung duk nak menyakitkan hati orang lain." Dania mengangkat kepala memandang Zariel. Buat pertama kalinya Dania dengar Zariel bercakap panjang lebar! Omg!
"Aw! Sayangnya abang dekat sayang."
××××
Terbuka sahaja pintu apartment mewah Zariel, Dania terus berlari menuju ke arah sofa sebelum tubuh dibaringkan. Dibiarkan sahaja suaminya memasukkan bagasi ke dalam bilik. Mata dipejam rapat seraya terasa kantuk menguasai dirinya, semalam dia lelap pukul 4 pagi. Lama dia berborak dengan Zariel! Bukan senang nak bercakap lama-lama dan panjang lebar dengan lelaki bermulut berat itu.Terasa tepi pinggangnya diramas lembut menyebabkan kelopak mata Dania tercelik luas. Kelihatan Zariel mengangkat kedua belah kaki cantiknya sebelum diletakkannya ke atas riba lelaki itu.
"Mengantuk?" Lembut sahaja Zariel menyoal, Dania mengangguk perlahan seraya kembali memejamkan kelopak matanya. Butang kemeja tiga teratas dibuka. Zariel hanya melihat isterinya yang terbaring di atas sofa itu. Jari jemari kasarnya mengusap lembut kaki mulus Dania. Beberapa minit, kedengaran dengkuran halus dari Dania menyebabkan Zariel tergelak kecil.
"Mengantuk sangat lah tu." Zariel mengangkat perlahan kedua belah kaki Dania sebelum kembali diletakkan di atas sofa, sebelah tangannya mengauk belakang peha isterinya, manakala sebelah tangannya lagi menahan belakang tubuh wanita kesayangannya itu. Tubuh kecil Dania dicempung penuh berhati-hati seraya kaki panjang Zariel menapak menuju ke bilik mereka.
Tubuh Dania diletakkan dengan perlahan di atas katil, selimut ditarik sehingga menutupi paras perut kempis isterinya. Rambut Dania diperkemaskan sebelum kucupan hangat dilabuhkan di atas dahi Dania dengan lembut.
"Sleep tight, sayang."
××
Bersambung...
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Storie d'amore𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...