𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Zariel menarik lembut lengan Dania supaya masuk ke dalam bilik. Wajah cemberut isterinya itu dikerling sekilas. Dania berjalan mendekati katil sebelum punggungnya dihempaskan di atas katil bersaiz sederhana besar itu. Sakit hati melihat wajah innocent Ayu 'keberet' itu! Sindir-sindir orang lepastu acah-acah tunjuk baik pula! Kau tunggu diva gojes ni ganyang mulut kau! 'Keberet' tu apa? Entah, Dania kan memang suka gelar orang lain dengan gelaran pelik-pelik.
"Awak nak mandi tak? Dah nak maghrib ni." Zariel meletakkan bagasi di tepi almari sebelum berjalan mendekati isterinya, tempat di sebelah Dania diambil. Dania mengerling sekilas wajah Zariel. Ah! Tak ada mood nak gedik gedik dengan bapak gajah handsome hari ni.
"Nak." Ringkas sahaja jawapan daripada Dania menyebabkan alis Zariel terangkat. Sisi wajah jelita Dania direnung penuh teliti. Dania menjeling suaminya melalui ekor mata.
"Apa pandang pandang? Tahulah saya cantik." Dania mengomel seraya bangkit dan terus mendekati bagasinya, sehelai dress separas lutut dikeluarkan sebelum disangkut pada bahunya. Tuala warna purple dan pakaian kecilnya turut dikeluarkan, namun pakaian kecil itu cepat-cepat dilipat sekali dengan dress tidurnya itu. Malu ah!
"Bilik mandi dekat mana?" Zariel memandang wajah masam mencuka Dania. Isterinya itu menjeling sekilas wajah suaminya. Zariel tersenyum nipis sebelum bangkit dan berjalan perlahan mendekati Dania itu. Pinggang ramping Dania ditarik merapatinya.
"Dekat belakang. Kalau dekat dalam rasanya dah ramai. Berani ke mandi sorang-sorang dekat luar waktu macam ni?" Dania memandang wajah Zariel bersama kerutan didahi. Kepala terpaksa didonggakkan bagi bertentangan mata dengan suaminya itu.
"Jangan nak takutkan saya eh!" Zariel tergelak kecil seraya menyelitkan rambut Dania yang terjuntai ke belakang telinga. Ibu jarinya mengusap lembut tepi rahang tirus Dania itu.
"Saya tak tipu." Dania hanya melihat Zariel yang berjalan menjauhinya sebelum membuka tingkap kayu bilik itu. Kelihatan sebuah pondok yang agak kecil dan beratap zink buruk berada agak jauh dari bilik mereka ini. Belakang pondok tersebut dipenuhi dengan hutan tebal. Dania menelan kesat air liurnya.
"Berani?" Zariel menyimpan senyum melihat wajah cuak isteri cantiknya itu. Kening dijongketkan bagi menyoal Dania. Laju sahaja Dania mengangguk namun bersama bibir yang dikebam kuat.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Roman d'amour𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...