𝐁𝐚𝐛 𝟐

34.6K 1.7K 66
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Kereta Honda Civic putih milik Zariel meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumah agam Datin Diana. Belum
sempat kereta mewah itu berhenti betul-betul di hadapan rumah agam itu, Dania terlebih dahulu menepuk bahu tegap lelaki yang memandu itu.

"Open the door! Cepatlah! Isy!" Zariel membuka kunci kereta itu dan hanya melihat sahaja Dania yang sudah
keluar dari perut kereta. Gadis itu berlari laju dan hanya meninggalkan pintu kereta tidak bertutup. Perangai sungguh. Zariel meraupkan rambutnya ke belakang sebelum terus keluar dari perut kereta. Kaki panjangnya melangkah menuju ke belah pintu kereta Dania, pintu kereta itu ditutup sebelum Zariel bergerak mendekati bonet kereta mewahnya. Bagasi dan barang milk gadis itu dikeluarkan dari bonet kereta.

Zariel memalingkan tubuhnya dan bebola matanya bergerak melihat anak-anak buah Dylan yang berada di hadapan rumah itu. Anak matanya tertacap pada seorang lelaki yang bergelar sahabat baiknya.

"Clark! Sini jap." Seorang lelaki berambut kemerahan memalingkan wajahnya tatkala namanya diseru oleh Zariel.
Kaki panjangnya melangkah mendekati lelaki yang sedang menutup bonet kereta itu.

"Tolong aku angkat semua ni." Terangkat alis nipis Clark tatkala mendengar arahan daripada lelaki itu.

"Eh apa pula? Kau bodyguard Cik Dania. Kau lah yang buat. Apa suruh aku pula?" Zariel memincingkan matanya memandang wajah selamba lelaki berkacukan Itali itu.

"Aku orang atasan kau, Clark. Ini arahan aku—"

"Amboi kau! Dekat office pun aku kena dengar cakap kau, dekat sini pun aku kena jadi kuli juga? Ah tak ada
tak ada, dekat sini arahan yang hanya dituruti adalah arahan daripada Tuan Dylan dengan Tuan Danish sahaja! Alah banyak tu je. Bawa je lah. Tu benda alah pink tu, kau peluk je lah." Terngangga mulut Zariel tatkala melihat Clark yang sudah berlalu meninggalkannya kembali. Kurang asam punya sahabat!

"Bingai." Perlahan sahaja lelaki itu mencarut, rambut perangnya diraupkan kasar. Bagasi besar milik majikannya itu ditarik dengan perlahan manakala tangannya yang sebelah lagi memeluk kemas teddy bear besar gedabak berwarna merah jambu milk Dania.

"Hilang kejantanan aku. Kurang asam punya Clark." Zariel mengumam perlahan. Kakinya melangkah menuju ke pintu utama rumah agam itu. Jelas pada sistem penglihatannya yang Dania sedang berpeluk sakan dengan Datin Diana.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now