𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟏

30.2K 1.3K 35
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania mendekati Zariel yang sedang sibuk menatap skrin laptop. Wajah Zariel tampak sangat tenang menyebabkan Dania tersenyum manis. Kacak sungguh suami Dania Marisa ni!

Zariel mengangkat kepalanya tatkala telinganya menangkap bunyi daun pintu bilik peribadinya ditutup perlahan. Kelihatan Dania sedang mendekatinya bersama secawan hot chocolate.

"Untuk abang." Dania meletakkan hot chocolate itu di atas meja kerja Zariel. Kaki panjangnya bergerak ke belakang Zariel, bahu tegap suaminya diurut perlahan bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi Zariel pada waktu itu.

"Terima kasih." Zariel tersenyum nipis dan kembali meneliti data-data peribadi syarikat The Black D di skrin laptopnya. Dania menarik lengan Zariel, punggung dilabuhkan dengan selamba sahaja di atas riba Zariel. Anak mata Zariel merenung Dania sekilas sebelum kembali menatap skrin laptopnya.

"Kenapa?" Dania tersengih lebar dan batang leher Zariel dipeluk erat sebelum Dania melentokkan kepala pada bahu tegap suaminya itu. Kita kalau nak bodek encik suami, kena buat manja dulu!

"Jom pergi Terengganu—"

"Nak buat apa pergi sana?" Tidak sempat habis pun apa yang mahu dikatakan oleh Dania, Zariel terus membidas dahulu memintas. Anak mata yang merenung skrin laptop itu sudah beralih memandang wajah Dania. Pinggang Dania dirangkul kemas bagi mengelakkan wanita itu jatuh.

"Rindu emak." Perlahan sahaja Dania menjawab, wajah Zariel direnung penuh teliti. Zariel hanya senyap buat seketika dan masih memandang wajah jelita Dania.

"Dah telefon mak?" Dania mengangguk laju. Awal-awal lagi Dania sudah menelefon emak mentuanya. Lagipun Puan Zainab sudah memberitahunya bahawa wanita itu hendak membuat kenduri doa selamat.

"Jom lah abang. Sayang dah lama tak makan keropok lekor. Teringin." Zariel masih mendiamkan diri, rambut keperangannya disebak ke belakang sebelum nafas dihela. Kalau diikutkan hati, memang Zariel tidak mahu ke sana kerana sudah pastilah saudara-maranya ramai. Lagi-lagi Ayu mesti turut serta. Ayu dan Dania kan bermusuh? Tetapi disebabkan Dania hendak makan keropok lekor, ikutkan sahaja lah Zariel. Isteri kesayangan teringin keropok lekor tu!

"Okey." Dania menarik senyuman manis tatkala menerima jawapan daripada Zariel. Laju sahaja kedua belah lengan halusnya merangkul leher Zariel.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now