𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟗

30.3K 1.3K 22
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Dania memusing-musingkan tubuhnya yang sudah sedikit berisi di hadapan cermin besar yang tertampal di dalam bilik. Nafas dihela lemah tatkala melihat baju yang dipakainya tampak mengetat dibahagian perut. Kini, usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

Bunyi pintu bilik mandi yang dibuka menyebabkan Dania mengangkat wajahnya memandang Zariel yang baru sahaja keluar dari bilik mandi bersama tuala yang berlilit dipinggang. Lelaki itu nemberikan senyuman manis kepada Dania tatkala melihat wajah cemberut isterinya.

"Abang, sayang dah tak cantik kan?" Terangkat alis Zariel tatkala menerima soalan daripada Dania. Kaki panjangnya melangkah mendekati almari sebelum mengambil seluar slack dan baju t-shirt, dibiarkan sahaja soalan Dania tergantung sepi. Dania mencebik sebelum kembali berpaling menghadap cermin kembali. Tanya encik suami pun bukannya dia dapat jawapan. Berat mulut! Gerutu Dania di dalam hatinva.

"Kutuk abang lah tu." Dania menjeling Zariel melalui cermin tersebut, lelaki itu sudah siap memakai seluar slack tanpa baju dan berjalan menghampirinya. Zariel memeluk belakang tubuh Dania sebelum meletakkan dagunya di atas bahu isterinya. Anak matanya merenung iris biru Dania di dalam cermin

"Isteri abang cantik. Mana pernah sayang tak cantik." Jawapan ringkas daripada Zariel menyebabkan Dania menarik senyuman manis. Zariel hanya tersenyum melihat isterinya, perut yang sudah menampakkan bentuk itu diusap lembut.
Bunyi deringan telefon bimbit milik Dania yang berbunyi kuat serta merta menyebabkan pasangan itu memalingkan wajah.

"Abang tolong ambilkan untuk sayang—" Dania tersengih lebar selepas meminta suaminya untuk mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas night stand. Zariel mengucup sekilas pipi gebu isterinya sebelum berjalan menghampiri night stand. Telefon bimbit Dania diambil, berkerut dahinya tatkala melihat nama yang tertera di skrin tersebut.

"Emak call sayang." Terangkat alis Dania tatkala mendengar kenyataan daripada suaminya. Huluran gajet mahal itu diambil dan segera dia mengesek skrin dan menyambungkan talian.

"Assalammualaikum emak." Dania segera memberi salam tatkala telefon bimbitnya dilekapkan di sisi telinga. Dania berjalan mendekat katil sebelum melabuhkan punggung dibirai katil. Zariel memakai bajunya dan turut duduk di sebelah Dania.

"Waalaikumussalam. Dania apa khabar? Ada ngidam pape dok? Kalau ada, suruh Zaq tu cari! Dok soh duk bior ja!" Dania tergelak kecil, Puan Zainab memang terlalu mementingkannya dan anak yang dikandungkannya ini. Setiap minggu mesti wanita itu akan menelefonnya untuk menanya khabar setelah mengetahui Dania mengandung. Bukan main teruja lagi semasa Zariel memberitahu bahawa Dania sedang mengandung.

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now