𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Zariel memimpin Dania dengan penuh berhati-hati, wanita itu melabuhkan punggung di atas kerusi dengan perlahan. Senyuman manis langsung tidak pudar daripada wajah jelitanya, suka melihat Zariel yang sentiasa menjaganya.
"Mengada Nia ni, mama cakap nanti mama bawakan breakfast dalam bilik tak nak!" Dania tersengih lebar apabila mendengar bebelan Datin Diana. Zariel melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Dania. Lelaki itu menarik kerusi Dania supaya merapati dirinya.
"Nia bosan lah duduk dalam bilik tu. Nanti Nia meroyan pula." Datin Diana hanya mengabaikan Dania. Diletakkan pinggan berisi nasi goreng kampung di hadapan Zariel sebelum diletakkan makanan ibu berpantang di hadapan Dania. Wanita itu mencebik sebelum menolak perlahan pinggan yang berisi ikan tengiri lada hitam kukus dan beberapa jenis ulam itu.
"Tak nak. Nia nak nasi goreng." Zariel mengukir senyuman tatkala melihat wajah mendung Dania, Datin Diana mengeluh perlahan. Dania masih mencebik, dia muak makan makanan ibu berpantang itu. Tak sedap!
"Nia tu berpantang! Mana boleh makan sesuka hati je! Nanti sakit!" Dania makin mencebik tatkala mendengar bidasan daripada mamanya. Nafas dihela lemah sebelum kembali menarik pinggan nasinya namun terhenti apabila Zariel terlebih dahulu menarik pinggan tersebut.
"Meh sini abang suapkan." Meluas mata Dania sebelum kepalanya dianggukkan laju, bibir yang tadinya tercebik kini sudah mengukirkan senyuman manis. Datin Diana hanya tersenyum melihat gelagat anak menantunya itu. Zariel tersenyum manis, tangannya dibasuh sebelum dia mula mengutih isi ikan dan digaulkan dengan nasi. Dania segera membuka mulut apabila Zariel hendak menyuapnya.
Tersenyum Zariel melihat Dania yang sedang mengunyah laju nasi yang disuapnya, mata Zariel memandang Datin Diana. Wanita itu hanya tersenyum sebelum keluar dari ruangan dapur tidak mahu menganggu pasangan tersebut.
"Thank you, abang!" Zariel menyapu lembut butiran nasi yang ada pada bibir isterinya. Suka apabila melihat Dania bahagia seperti itu. Dia juga turut rasa bahagia dengan semua ini.
××××
Dania menapak mendekati Zariel yang sedang berdiri sambil mendukung anak perempuan mereka, Zasya. Lelaki itu menunduk memandang wajah tembam anak perempuannya bersama senyuman manis, sesekali dahi Zasya dikucup sayang. Wajah anak kecil itu persis wajah Dania, hanya warna mata sahaja yang sama seperti Zariel, hitam.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...