𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
"Don't touch my wife!" Dania memejamkan rapat kelopak matanya sambil mulut mengucap syukur tatkala melihat Zariel yang berada di situ. Zariel bersama beberapa orang anak buah Dylan sedang mengacukan senjata api ke arah lelaki-lelaki yang merusuh rumah Danish itu. Clark dan Xarie. Ariana membisu dan memandang silih berganti wajah Clark dan wajah lelaki yang meceroboh rumahnya itu.
"Abang." Dania menjatuhkan tangannya yang memegang glock itu di sisi tubuh namun Dania kembali kaku tatkala lelaki yang mempunyai wajah seiras Clark itu mendekatinya sebelum lengan Dania dicengkam erat. Zariel mengetap bibir melihat wajah berkerut Dania.
"I said don't touch my wife!" Berombak ganas dada Zariel tatkala lelaki itu kini sudah memeluk leher Dania dari belakang. Dania hanya kaku sambil memandang Zariel. Ariana cuba bangkit dari duduk dan belum sempat Ariana mahu menerkam belakang tubuh lelaki itu, tubuhnya melorot jatuh saat peluru dari senjata api mengenai peha kanannya.
BANG
"Puan Ariana!"
"Kak Ari!" Dania cuba melepaskan diri namun lehernya makin dicengkam kuat menyebabkan Dania mengerutkan dahi. Zariel merenung tajam wajah lelaki itu.
"Well well well, look at you guys! Still being Mikael and Danish dog huh?" Lelaki yang seiras Clark itu memeluk kemas leher Dania sambil memandang Zariel, Clark dan Xarie.
"Clario." Clark menutur menyebut nama lelaki itu, anak matanya memandang tidak percaya lelaki yang mempunyai wajah yang sangat seiras dengan dirinya itu. Zariel dan Xarie tidka terkejut dengan semua ini kerana sudah sedia maklum berkaitan abang kembar Clark itu.
"Non pensavo che mio fratello gemello sarebbe stato disposto a scaricarmi per fare il cane da quei due uomini inutili. (Aku tak sangka yang adik kembar aku sanggup buang aku untuk jadi anjing liar kepada dua orang lelaki yang berguna itu.)" Clario tersengih sinis, darah dari kakinya yang ditembak oleh Ariana sebentar tadi jatuh menitik membasahi lantai. Wajah Clark direnung tajam. Zariel masih setia menatap wajah pucat Dania yang masih berada di dalam pelukan Clario. Sempat Zariel mengerling anak-anak buah Clario yang sedang mengepung dan mengacukan senjata ke arahnya, Xarie dan Clark. Terlalu ramai dan tidak mudah untuk mereka lawan.
"Non sei mio fratello. (Kau bukan abang aku.)" Tegas Clark berkata-kata, anak matanya tajam merenung wajah abang kembarnya itu. Zariel dan Xarie meneliti beberapa orang lelaki serba hitam yang mengepung mereka, semuanya menggunakan senjata api yang terlalu canggih dari mereka.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Lãng mạn𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...