𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Dania merenung sisi wajah Zariel, sengihan melebar tatkala teringat akan hal tadi. Bapak gajah handsome jadi hero! Boleh jadi hero dia! Baik bercinta dengan bapak gajah ni dari mamat jambu pasar malam tadi! Huh!
"Kenapa Cik Dania tengok saya macam tu?" Dania terus memalingkan wajahnya ke hadapan, bibir dicebikkan. Lelaki itu perasan akan renungannya tadi? Zariel mengerling sekilas wajah jelita Dania.
"Saja. Suka hati saya la nak tengok apa pun, mata saya." Zariel hanya mendiamkan diri. Anak mata masih merenung fokus ke hadapan. Dania mengerling wajah Zariel seraya menarik senyuman melebar.
"Kenapa awak handsome sangat eh?" Dania menanggalkan kasutnya sebelum menaikkan kedua belah kakinya ke atas kerusi. Bersila sambil memandang sisi wajah Zariel. Nasib tubuhnya kecil, jadi mudah untuk dia duduk bersila mengiring memandang lelaki itu. Zariel memalingkan wajahnya memandang Dania sekilas.
"Jom kahwin!" Kenyataan daripada Dania menyebabkan Zariel tergamam. Hujung kening digaru perlahan. Apakah? Main-main agaknya.
"Saya cakap betul ni, jom kahwin dengan saya." Zariel mengerutkan dahi memandang hadapan. Dania masih merenung sisi wajah Zariel.
"Cik Dania, kahwin ni tak boleh dibuat main. Mana boleh Cik Dania kahwin dengan saya—"
"Saya nak kahwin dengan awak. Kisah pula saya kalau awak tak nak pun." Dania menjeling tajam wajah Zariel. Lengan kekar Zariel yang urat hijau timbul berselerak itu direnung penuh minat. Zariel menghela nafas perlahan.
"Saya bodyguard awak, Cik Dania." Kereta mewah yang dipandu Zariel meluncur masuk ke dalam kawasan rumah agam Datin Diana. Pintu kereta dibuka sebelum lelaki itu terus keluar dan berjalan menuju ke tempat Dania. Kereta pintu belah gadis itu dibuka namun Dania masih duduk bersila sambil menyilangkan kedua belah tangan di dadanya.
"Cik Dania—"
"Selagi awak tak setuju untuk kahwin dengan saya, selagi tu saya takkan keluar dari kereta awak!" Ternganga kecil mulut Zariel tatkala mendengar kenyataan daripada gadis itu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
"Cik Dania, saya ni bodyguard awak. Saya tak layak untuk Cik Dania—"
"I don't care!" Belum sempat Zariel menghabiskan ayatnya, Dania terlebih dahulu membidas. Ah lantaklah lelaki itu mahu kata dia gila ke apa, dia tetap nak kahwin dengan Zariel!
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...