𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟗

32.7K 1.5K 48
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Zariel hanya melihat Dania yang berjalan laju ke arah pantai. Rambut dikuakkan ke belakang seraya memandang sekeliling pantai yang cukup bersih itu. Dania berlari mendekati gigi air, selipar jepun Puan Zainab yang dipakainya ditanggalkan sebelum Dania kembali berlari mendekati air pantai.

"Omg! Abang! Sinilah!" Dania menjerit memanggil suaminya, Zariel berjalan mendekati Dania, kaki seluarnya dilipat sehingga ke betis. Dania terus menyelar lengan kekar Zariel namun lelaki itu terus menggenggam tangan halus isterinya.

"Dah puas hati?" Zariel memandang Dania yang tersengih lebar, tangan Dania dilepaskan sebelum dia menyeluk poketnya mengambil getah rambut kecil hitam miliknya. Rambut panjang Dania yang berterbangan dicekak sebelum disanggul tinggi. Dania hanya tersengih lebar, suka dilayan seperti itu.

"Puas!" Dania menggenggam kembali tangan besar suaminya, Zariel hanya tersenyum nipis dan mengikut sahaja isterinya berjalan di tepi gigi air pantai itu.

"Zaq!" Zariel dan Dania segera berpaling ke belakang tatkala nama Zariel diseru oleh seseorang. Kelihatan seorang lelaki berjalan mendekati mereka bersama anak kecil yang berada di dalam dukungan. Zariel tersenyum nipis seraya melepaskan tangan isterinya.

"Mirul." Dania hanya melihat Zariel yang bersalaman dengan lelaki yang bernama Mirul itu. Dania tersenyum manis melihat anak kecil yang berada didukungan itu. Comel!

"Kau bila balik? Tak bagitahu aku pun. Ni bini kau ke?" Mirul memandang sekilas wajah jelita Dania yang berada di sebelah Zariel. Dania hanya mendiamkan diri.

"Dua hari lepas. Ya, ni Dania isteri aku. Sayang, ni Amirul. Kawan abang." Zariel menarik tubuh Dania merapat dengannya. Dania tersenyum manis memandang Amirul. Huluran tangan Amirul yang baru sahaja hendak disambut tidak jadi apabila Zariel terlebih dahulu menggenggam tangannya.

"Kau dah lama balik sini Mirul?" Dania hanya melihat tangan halusnya yang hilang disebalik jari jemari kasar suaminya. Senyuman disimpan. Bapak gajah cemburu ke? Amirul hanya tersenyum nipis tatkala huluran tangannya tidak disambut.

"Minggu lepas lagi. Aku datang sini pun sebab ada kerja. Singgah rumah mak aku terus." Amirul menjawab sambil mengusap belakang tubuh anaknya. Zariel hanya mengangguk perlahan.

"Tak pe lah Zaq. Bini aku tunggu dekat dalam kereta tu. Apa pun tahniah atas perkahwinan kau." Zariel bersalaman dengan Amirul. Lelaki yang mempunyai anak satu itu hanya tersenyum manis ke arah Dania sebelum terus berjalan meninggalkan pasangan suami isteri itu.

"Abang jealous eh?'" Dania menjengkit seraya memegang bahu tegap suaminya. Sengihan nakal melebar pada wajah jelitanya. Zariel hanya menahan tubuh Dania yang melekap penuh pada tubuhnya, lelaki itu buat tidak dengar sahaja akan solan yang dilontarkan oleh gadis itu.

"Bapak gajah jealous! Comel!" Zariel mengerutkan dahinya tatkala Dania berjalan laju meninggalkannya disitu. Rambut disebak ke belakang seraya senyuman manis terukir.

"Bini sendiri, siapa yang tak cemburu kalau lelaki lain sentuh?" Zariel mengumam perlahan, kaki panjangnya melangkah mengikuti Dania seraya senyuman manis terukir pada wajah tampannya.

××××


Ayu mendekati Dania yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Remote tv diambil sebelum televisyen yang menayangkan drama korea itu ditutup dengan selamba. Membulat mata Dania tatkala melihat skrin televisyen itu sudah gelap. Laju sahaja kepalanya berpaling menghadap si pelaku.

"Kau ni dah kenapa? Kau tak nampak ke aku tengah tengok cerita tu?" Dania menyoal kasar. Bibir dikebam kuat tatkala melihat wajah sinis Ayu. Lekas Dania bangkit dan terus berdiri di hadapan Ayu. Kepala terpaksa ditundukkan bagi melihat wajah Ayu kerana ketinggian mereka yang berbeza.

"Opss. Aku dok nampok mung tengoh tengok tv. Aku ingat tv ni terbukak saja." Ayu merenung Dania atas bawah sebelum melanggar kuat bahu Dania dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Televisyen dihidupkan kembali seraya siaran tv yang menunjukkan drama korea itu dialih siaran yang menyiarkan ceramah.

"Kau ni kan!" Laju Dania menuju ke arah Ayu sebelum tudung gadis itu diretap kasar. Terjerit Ayu apabila tudungnya sudah tertanggal. Matanya membulat besar memanah wajah jelita Dania sebelum terus bangkit berdiri di hadapan isteri Zariel itu.

"Nape ngan aku?! Mung ada masalah gape? Bakpe?! Mung sakit sebab aku royak mung dok reti nutup aurat?! Memang patut mung terasa sebab diri mung tu memang dok reti nutup aurat! Tino muroh!—"

PANG

Terbeliak mata Ayu apabila pipinya ditampar kasar oleh wanita beriris biru itu. Dania menahan amarah, berombak ganas dadanya ketika itu. Mencerlung matanya merenung wajah Ayu.

"Mung ni!" Belum sempat Dania hendak mencerna tindakan Ayu, spontan gadis itu menolak tubuh Dania sehingga wanita beriris biru itu hilang keseimbangan badan dan hendak jatuh ke belakang namun nasib ada sepasang tangan gagah menyambutnya dari belakang.

"Ayu!" Ayu membulatkan matanya tatkala melihat Zariel dibelakang Dania. Cepat-cepat dia menyarungkan tudung pada kepalanya kembali.

"Aba—abang Zaq! Kak Nia tu hok tampar Ayu dulu! Ayu tolok lah dia!" Tajam anak mata Zariel merenung wajah sedih Ayu. Tubuh Dania yang berada di hadapannya ditarik ke dalam pelukannya.

"Nawok! Tak payah nak menipu abang. Abang nampak dari awal lagi. Yang awak kacau isteri abang kenapa?" Ayu menggigit kuat bibir bawahnya seraya menundukkan kepala. Dania yang berada di dalam pelukan Zariel hanya tersenyum sinis.

"Aik, nape ni? Zaq? Ayu? Nape marah Ayu ni, Zaq?" Puan Zainab yang baru sahaja naik ke ruang tamu bersama Makwan dan Maklang memandang pelik ketiga-tiga manusia tersebut. Zariel hanya mendiamkan diri dan mengabaikan solan Puan Zainab, lengan Dania ditarik lembut seraya berjalan masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kasar.

"Kemaslah baju. Kita balik malam ni." Terpinga-pinga Dania tatkala mendengar kenyataan daripada Zariel baru sahaja hendak membuka mulut untuk menyoal tetapi terbantut melihat renungan garang mata Zariel.

××

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung...

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now