𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience
ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
××
Dania tercebik-cebik melihat Zariel yang sedang sibuk mengemas ruangan dapur, matanya berkacak-kaca dan hanya menunggu masa sahaja untuk mutiara jernih mengalir. Zariel sibuk menyusun pinggan di tempat letak pinggan sebelum dia berpaling memandang Dania. Terangkat alis mata tatkala melihat Dania yang seakan hendak menangis.
"Sayang kenapa ni?" Zariel mendekati Dania, pinggang Dania ditarik supaya merapati tubuh kekarnya. Air mata Dania mengalir tatkala tubuhnya sudah dirangkul erat oleh Zariel. Wajahnya disembamkan pada dada bidang bogel suaminya.
"Hey hey kenapa ni? Ada sakit mana-mana ke?" Zariel mengusap lembut belakang kepala Dania sebelum dahi wanita itu dikucup lembut. Dania teresak kecil di dalam pelukan Zariel. Tidak tahu mengapa dia teralu sensitif dan sering menangis sejak kebelakangan ini.
"Sayang, cuba bagitahu abang. Sayang kenapa ni?" Pelukan dileraikan, Zariel menolak perlahan dagu Dania ke atas. Anak mata hitamnya bertembung dengan anak mata biru Dania, air mata yang masih mengalir diusap lembut.
"Sayang lapar." Terkebil-kebil Zariel tatkala mendengar jawapan Dania. Kepala digelengkan sebelum tawa kecil dihamburkan. Kepala Dania diusap sayang.
"Ya Allah. Dia ni kan. Suka sangat macam ni. Sayang nak makan apa?" Dania masih teresak kecil, terhinjut-hinjut bahunya menahan sedu. Zariel mengusap lembut belakang tubuh Dania bagi menenangkan wanita kesayangannya itu.
"Nak maggi—"
"No." Dania kembali tercebik tatkala dibidas laju oleh Zariel. Dada bidang keras suaminya ditolak namun Zariel tetap kaki dan langsung tidak terkesan dengan penolakan tangan kecil Dania.
"Benci abang!" Zariel menahan pinggang Dania apabila wanita itu bergerak turun dari kerusi. Dania menampar kuat dada bidang Zariel, air mata dibiarkan sahaja berjurai membasahi wajah.
"Sayang, tak elok makan maggi. Sayang kan mengandung. Kesian anak-anak kita." Tegas nada suara Zariel, tunak matanya merenung wajah Dania. Wanita itu teresak kecil menyebabkan Zariel menghela nafas perlahan.
"Sayang boleh makan apa-apa tapi bukan maggi." Zariel mengelus lembut tubuh isterinya, Dania masih teresak kecil. Kepala terlentok pada dada bidang Zariel, dia penat dengan dirinya sendiri. Mood tidak menentu.