𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟕

23.2K 1K 7
                                    

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.

𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××

Senyuman manis tidak lekang terukir pada wajah jelita Dania apabila saudara mara Zariel sibuk memuji anak kembarnya. Zasya berada di dalam dukungan Puan Zainab manakala Zarief diulit oleh MakWan.

"Mata biru sungguh budak ni! Comey lote ho!" Riuh suara tawa suadara mara Zariel apabila mendengar pujian MakWan. Dania hanya tersengih, suka melihat keterujaan wanita itu.

"Doh maknya mata biru. Anak mata biru lah." Sampuk Zana yang duduk bersila di sebelah Dania. Zasya dan Zarief menjadi perhatian utama hanya membulatkan mata melihat orang-orang sibuk memerhatikannya.

"Assalammualaikum." Dania memalingkan kepala menghadap pintu apabila gegendang telinga ditampar lembut dengan suara maskulin suaminya. Kelihatan Zariel bersama beberapa orang sepupu lelaki itu sedang masuk ke dalam rumah dengan menjinjing beberapa plastik besar.

"Waalaikummussalam. Mung bawa balik gapo pula tu Zaq oi?" MakLang yang berada di sebelah MakWan menyoal. Zariel hanya tersenyum nipis sebelum meletakkan beberapa plastik yang berisi buah rambutan kuning.

"Mung pergi mana Leman? Dari pagi keluar, nok senja baru balik!" Puan Zainab menyoal lelaki yang baru sahaja duduk di sofa berhadapannya. Leman tersengih lebar seraya menjeling ke arah Zariel, meminta lelaki itu menjawab soalan Puan Zainab.

"Zaq pergi kebun tadi, kutip buah rambutan." Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Zariel, kaki panjangnya melangkah mendekati Dania sebelum Zariel melabuhkan kucupan hangat pada dahi suci bersih isterinya. Tersengih-sengih dan ada yang tercebik melihat adengan pasangan suami isteri itu.

"Sayang dah mandi?" Dania menggelengkan kepalanya, suka tetapi malu! Kalau hanya dia dan Zariel di sini, sudah pasti dia menggeletis! Cover ayu depan keluarga besar suaminya ini.

"Jom." Terkerdip-kerdip kelopak mata Dania apabila mendengar ajakan Zariel. Wajah jelita Dania yang putih itu kini sudah berubah rona, merah!

"Abang ni—"

"Kak Nia pergilah mandi dengan abang. Anak-anak ni biar kitorang yang jagakan." Makin membahang wajah Dania apabila disakat oleh Zana. Zariel yang melihat perubahan wajah Dania hanya tergelak kecil.

"Kalau tak nak, tak apa lah—"

"Nak!" Dania mengemam kuat bibirnya apabila suadara mara Zariel makin galak ketawa melihat telatah Dania. Sampai Leman sibuk berdekah! Amboi! Sakat diva gojes ya!

𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now