𝐇𝐞'𝐬 𝐦𝐲 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝.
××
Zariel melihat Dania yang teresak kecil di tempat duduk belakang. Lepas sahaja kejadian bertengkar dengan 'boyfriend tahi kucing' nya tadi, Dania terus menangis apabila masuk ke dalam kereta. Sambil mengawal stereng dengan sebelah tangan, Zariel membuka dashboard kereta sebelum mengambil satu plastik kecil yang berisi tisu.
"Cik Dania." Dania memandang Zariel apabila lelaki itu menyeru namanya. Huluran tisu dirampas kasar dari Zariel. Tangisan makin menjadi-jadi sambil tangan lincah membuka plastik tisu tersebut.
"Dasar jantan gila! Punyalah lama aku setia dekat dia. Kalau aku tahu, aku heret mamat USA je terus!" Zariel hanya mendengar omelan Dania mengutuk Harith. Tisu ditekap-tekap pada pipi dan matanya bagi menghapuskan air mata. Mulut tak habis-habis membebel dan teresak menangis.
"Awak pun mesti sama macam jantan tu kan?"
BUK
"Cik Dania. Sabar boleh?" Zariel menarik nafas selepas belakang kerusinya disepak kasar oleh gadis itu. Susah betul. Dari abang hinggalah ke adik, sebiji. Dania merengus kasar sebelum menghemburkan tangisannya kembali. Zariel hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dania menangis teresak-esak namun anak matanya melihat ramai polis yang sedang membuat sekatan jalan di hadapan.
"Isy polis ni pun! Mesti tak guna juga ni!" Dania mengomel kasar. Zariel hanya mengerling gadis itu melalui ekor mata pada cermin belakang. Ini lagi teruk dari Mikael dengan Danish sebenarnya ni. Apabila sampai sahaja di sekatan jalan raya yang dibuat tersebut, Zariel memperlahankan kereta mewahnya. Tingkap kereta dibuka tatkala diketuk oleh salah seorang polis lelaki.
"Encik—oh inspektor Zaquan." Terkerdip-kerdip mata Dania tatkala melihat polis lelaki tersebut memanggil Zariel dengan gelaran itu. Inspektor? Anak mata birunya tidak beralih daripada melihat Zariel dan polis lelaki tersebut.
"Girlfriend Tuan?" Polis lelaki yang bernama Syam itu tersengih apabila melihat Dania yang sedang berada di belakang. Zariel hanya terdiam. Dania memincingkan mata melihat Zariel dan polis lelaki itu bercakap
"Baik inspektor Zaquan." Zariel hanya mengangguk perlahan sebelum menaikkan kembali tingkap kereta, kenderaan mewah tersebut kembali meluncur di atas ialan raya.
"Inspektor Zaquan?" Dania mengesat kasar air mata sebelum mendekatkan tubuhnya pada kerusi Zariel. Iris birunya berkilat merenung sis wajah Zariel yang sangat dekat dengannya. Lelaki itu memalingkan muka memandang Dania namun hidung mancungnya terlaga elok pada hidung kecil gadis jelita itu. Dania menjauhkan sedikit wajahnya daripada Zariel.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
Romance𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patience gelaran buat dirinya. Inspektor? Lelaki yang bekerja sebagai polis dan juga bekerja di bawah Dylan...