Rajawali 2

850 30 1
                                    

Dua minggu selepas peristiwa yang berlaku pada malam ulang tahun adiknya itu, Seif kini kembali ke Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Di bawah unit PASKAL (Pasukan Khas Laut) iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara.

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj.

Dibawah kursus penembak tepat, Seif Mukhriz atau Millitary Call Sign : Rajawali bertugas mengendali Accuracy International Arctic Warfare (AI-AWM), antara salah satu daripada 30 penembak tepat PASKAL seluruh negara. Kemahiran dalam menebak tepat dengan jarak jauh dan menjalani latihan lanjutan secara berterusan, tahap fokus yang tinggi dan lulus semua latihan asas kelayakan PASKAL, Seif dapat melayakkan diri menganggotai PASKAL, 3 tahun lepas. 

"Oi, jauh bebeno termenung." Seorang rakan Seif, Zuhairi @ Kuala, salah seorang rakan karib dalam team Alpha bersama Seif, duduk berhadapan dengan rakannya itu. Terbantut niat Seif untuk menjamu selera di dewan makan pangkalan itu.

"Teringat kat tunang ke?" tanya Zuhairi lagi setelah tidak mendapat sahutan daripada rakannya itu. Sejak semalam, Seif termenung memanjang. "Takda lah. Aku tengah fikir macam mana aku nak inform dengan pihak atasan, aku ni nak kahwin." jawab Seif sebelum sambung menyuapkan nasi ke mulutnya.

"Alah, takda apalah semua tu. Aku tau kau fikir benda lain ni. Sekarang apa pulak? Cantik tak tunang kau tu? Persiapan takat mana pulak?" tanya Zuhairi lagi.

"Kitaorang buat dekat kampung belah mak Dhea je. Dekat Sitiawan situ je. Nasib dekat." Zuhairi mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah Seif. "Nama dia Dhea ke? Cantik tak?" Zuhairi tanpa segan silu menanyakan soalan itu lagi kepada Seif. 

"Cantik memang cantik. Nama dia pun cantik, Dhea Zalindra. Tapi aku tak kenal dia, Zuhai. Aku langsung tak pernah jumpa dia, apatah lagi aku kenal. Setakat ni baru 3 kali jumpa, masa awal kitaorang kena tangkap dalam bilik aku, then masa family aku masuk meminang terus bertunang next day tu, pastu dinner sebelum aku balik ke pangkalan. Tu je. Sumpah aku takda feel. Aku rasa macam kena guna, faham tak? Persiapan memang semua mama dengan keluarga dia yang settlekan. Aku cakap nak buat dekat dengan pangkalan, in case ada apa-apa emergency. Family mak si Dhea pun dari Sitiawan. Lepas ni pun aku gerak ke Sitiawan kejap, ada hal. Yang aku tak faham kenapa family aku ni beriya sangat nak ambik dia sebagai menantu. Aku bukan taknak, tapi aku tak fikir langsung pasal kahwin sekarang ni. Aku baru 27 tahun, Zuhai. Pastu budak tu pulak, masih study dekat Indonesia, ambik medic dekat sana. Aku macam jammed tau, berulang-ulang aku explain dekat mama papa aku yang aku tak sengaja, malam tu aku tak sengaja terpaut perempuan tu dari jatuh. Ni lebam ni, ada lagi tau. Nasib je kaki tak terseliuh teruk, kalau tak lama dah kena cuti. Lepas tu papa aku pulak cakap, takut ada apa-apa berlaku, at least dapat bendung dari awal. Bukannya aku buat benda pelik-pelik dengan budak tu pun." Sudu dilepas kasar dari genggaman tangannya.

"Haa kan betul cakap aku. Ni lah benda yang kusutkan fikiran kau 2-3 hari ni. Bagi aku la kan, mungkin tu cara jodoh kau datang. Walaupun 27 tahun tu macam masih muda dekat mata kita berdua, tapi dah nama takdir dan pertemuan, bila-bila Allah boleh bagi. Kira okeylah tu dapat bini title doktor. Ayu bertudung, jaga solat dan hormat orang tua pun dah memadai. Yang lain tu, cuba la pupuk lepas nikah nanti. Bercinta lepas nikah, bukannya tak boleh, sangat digalakkan. Cuma, cuba untuk lapangkan dada kau untuk terima semua ni. Akan ada hikmah nanti. Mana tau dapat anak-anak comel dengan Dhea." nasihat Zuhai direnung seketika. Ada betul jugak. Air kopi o sejuk itu disirup dengan perlahan.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now