Rajawali 12

623 26 4
                                    

Hari hampir menjelang malam baru kelihatan mama dan papa, Puan Alma dan Encik Saifullah sampai ke rumah mereka. Dhea dan Seif pula tengah sibuk menonton siri Netflix di kaca televisyen di ruang tamu banglo itu sambil menikmati Auntie Anne's yang dipesan mereka awal tadi.

"Assalamualaikum. Eh Seif, Dhea. Bila sampai?" mendengar sahaja salam dari hadapan pintu utama itu, terus mereka suami isteri bangkit menyambut kedatangan mama dan papa. "Kenapa tak bagitau dah sampai?" kini giliran papa pula yang bertanya.

"Seif dah inform dengan mama 2 hari lepas. Mama lupalah ni." balas Seif selepas kedua bersalaman dengan kedua orang tuanya. "Eh iyalah along, mama lupa." balas mama.

Panggilan adik-beradik Seif begitulah. Kadang-kadang panggil nama je, kadang-kadang mama panggil Seif tu along, Shah tu angah dan Sufi dengan gelaran adik.

"Mama dengan papa dari mana ni?" tanya Dhea pula di situ. "Ada jumpa kawan kami tadi, baru sampai dari UK. Bawak jalan-jalan pusing satu KL ni sebelum ada meeting dekat company papa esok. Ni pun kejap lagi nak dinner dengan dorang. Seif dengan Dhea ikutlah sekali." pelawa mama.

"Eh takpa, ma. Seif ingat nak bawa Dhea pusing satu KL malam ni. Esok kitaorang dah ke Shah Alam. Kitaorang pun semalam je sini. Mama okey kan?" kata Seif lagi ketika mereka semua menuju ke ruang tamu.

Tangan mama tidak terlepas dari genggaman menantu sulungnya itu. First time nampak Dhea tak bertudung, sopan baju berlengan panjang dan berseluar panjang. Putih gebu orangnya, cantik dengan rambut semulajadi coklat diikat tinggi.

"Cantik menantu mama ni." bisik mamanya. Dhea hanya tersenyum lebar. Siapa tak suka kena puji mak mentua oi? Kembang hidung sis!

"Haah mama okey je. Bawak la isteri ni jalan-jalan. Tak lama lagi Dhea dah balik Indonesia, kan sayang?" tanya mama kepada Dhea. "Iya, mama. 8 haribulan nanti. Kira esok lusa nak prepare apa patut sebelum balik sana." balas Dhea.

Ruang tamu rumah banglo itu dipenuhi dengan perbualan mereka mengenai persiapan Seif ke Lebanon dan persiapan Dhea balik ke Jogjakarta. Tidak lama selepas itu, azan Maghrib dari surau berdekatan kedengaran. "Jomlah kita jemaah sekali. Mama papa pun terus gerak lepas Maghrib ni, risau pula kawan papa tu perlu berehat juga." kata papa sebelum mereka semua bersiap untuk berjemaah sekali di ruang tamu bahagian atas tingkat 2.

Selepas sahaja selesai menunaikan solat Maghrib, mama dan papa meminta diri. "Abang, saya suka tengok menantu kita tu bang, betul pilihan saya nak jodohkan mereka. Bila ada Dhea ni, nampaklah ceria sedikit muka along tu. Kalau tak memang masam mencuka. Susah nak senyum, nak ramah dengan orang. Syukur sangat bila dah kahwin dengan Dhea ni, nampak dia imamkan solat kita, pimpin bacaan doa, tengok along tu layan Dhea pun lembut je. Dhea tu pun lemah lembut orangnya, putih, cantik, ramah je saya tengok. Didikan daripada ibu ayah, alhamdulillah dapat jadi peneman anak kita, bang." kata Puan Alma sangat bersyukur di situ. Syukur kerana anaknya dianugerahkan seseorang yang tepat untuk dijadikan peneman hidup.

"Itulah abang cakap dengan awak, jangan risau sangat dengan anak teruna kita sorang tu. Ada Dhea ni pun banyak perubahan abang tengok. Bila Seif tu dekat rumah opah Dhea tu, bukan main seronok. Rezeki anak kita dapat isteri solehah macam Dhea. Doakan sahaja semoga urusan mereka dipermudahkan, lagi-lagi awak tu mama. Doa seorang ibu tu takda penghalang." balas Encik Saifullah pula. "Insha-Allah."

Manakala di rumah pula, Seif menanti Dhea bersiap sambil sambung menonton siri di Netflix itu. "Abang, saya dah siap. Kita ada transport ke abang? Ke kita guna Grab je?" tanya Dhea selepas menuruni anak tangga lalu mengambil tempat duduk di sebelah Seif.

"Eh wanginya sayang. Cantik-cantik sayang ni nak tunjuk dekat siapa?" Seif toleh je sebelah, pengsan. Takda la. Tengok Dhea bersolek tipis dengan dress berwarna hitam dipadankan dengan selendang bewarna maroon. Sama seperti pemakaian Seif yang berseluar jeans hitam bersama baju Polo bewarna maroon. Geram je Seif nak simpan je Dhea dalam bilik, taknak bagi isteri comel ini ditengok orang kiri kanan.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now