Rajawali 27

621 34 3
                                    

Mata perlahan dicelik separuh sedar. Berkelip-kelip mata menahan biasan cahaya yang masuk ke retina mata. Seif memejamkan matanya semula, lalu melepaskan satu hembusan berat dari paru-paru. "Dhea... Sayang..."

Keadaan seseorang masih teguh memegang erat tangan kanan miliknya. Serba putih. Dia kenal sosok itu. "Nampaknya aku mimpi kau lagi Dhea, aku rindu sangat dekat kau. Mimpi apa pulak kali ni?" bisik Seif sambil tangan kirinya mengusap matanya berkali-kali. Ada satu balutan pada lengan Seif membuatkan dia meringis kesakitan. "Arh!"

"Abang tak boleh ke lupakan Dhea, abang?" bisik sosok itu betul-betul di hadapan mukanya sambil mengelus tangan yang sejuk dan pucat itu. "Macam mana abang nak lupakan sayang? Kita dah kahwin." Seif sebenarnya masih lagi separuh sedar, ubat bius terhadap tubuhnya masih lagi terkesan. Matanya dikelip berkali-kali.

"Tapi kita terpaksa, kan?" balas Dhea lagi bersama esakan halus. "No! No! Not for me. Abang ikhlas terima sayang. Abang takkan lepaskan sayang sampai bila-bila." Seif sekali lagi membalas namun kali ini agak kasar, bersama mata yang masih lagi terpejam erat. "Hidup sayang macam mana bila abang takda?" tanya Seif dengan lebih lembut. "Dhea okey je." balas Dhea sambil mengusap air mata yang mengalir di pipi.

"Kenapa abang benci bila dengar sayang baik-baik je tanpa abang?" esakan Seif pula mula kedengaran sambil menekup mukanya. Terlalu perit baginya. "Abang sakit sayang. Hati abang sakit bila dengar sayang boleh hidup tanpa abang." tangan yang mengenggam tangannya itu di bawa ke bibir, dikucup lembut bersama esakan di pipi. Air mata Seif turut jatuh pada genggaman tangan Dhea.

"Please, don't go? Jangan tinggalkan abang. I need you, I miss you, I love you so much." genggaman tangan mereka dilepaskan oleh Dhea, lantas memaut erat rahang milik suaminya itu. "Abang tidur ya? Dhea tak pergi mana-mana pun. I love you too, so much." ucapan Dhea seolah-olah lullaby bagi Seif, semakin tenang degupan jantungnya, lalu kembali lena semula atas katil tersebut.

Seif sebenarnya ada mengalami retakan pada tulang humerus dan kecederaan pada coracohumeral ligament, tisu yang mencantumkan tulang humerus dan clavicle. Seif juga dirujuk oleh pakar Ortopedik di Dr. Sardjito General Hospital ini.

"Mengikut kondisi suami dokter, beliau mempunyai major injury pada humerus miliknya. Beliau kemungkinan mengalami cedera akibat benturan keras dari tempat tinggi atau benturan kuat kemudian terjatuh. Namun kecelakaan yang dialami hanya 70 peratus sembuh, namun kondisinya masih perlu diawasi. Saya permisi dulu, Dr Dhea." laporan kesihatan milik Seif tadi dibaca oleh doktor yang bertugas.

Katanya, Seif dahulu mungkin pernah mengalami hentakan kuat disebabkan jatuh dari tempat tinggi. Mungkin pernah dirawat namun tidak lagi pulih sepenuhnya, retakan masih memerlukan masa untuk bercantum semula dan sembuh. Disebabkan oleh terjatuh di rumahnya pagi tadi, sepertinya ligamen pada tulang lengan dan bahu milik Seif kembali tercedera.

Petang itu juga Seif terus dimasukkan ke dalam dewan pembedahan memandangkan ligamen penting itu harus dirawat untuk memastikan tangan kirinya berfungsi seperti sedia kala. Dan pembedahan yang mengambil masa 3 jam dari pukul 1 petang itu berjaya dilakukan.

Syukur kerana masih lagi berpeluang untuk bersama suaminya. Kini sifat ingin tahu dalam diri Dhea semakin meninggi. Dia ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi dan mengapa sampai jejak langkah Seif boleh hilang selama setahun sebelum ditemukan semula. Dia harus mendapatkan jawapannya.

Malam itu, hampir jam 12 tengah malam barulah Seif mencelikkan matanya. Walaupun setelah 8 jam keluar dari dewan bedah, namun kesan ubat bius masih lagi tersisa. Dhea memaut lengan Seif apabila Seif sepertinya memberi respon terhadap sentuhan pada tangannya. Tanpa dia sedar sebenarnya si isteri memang berada di depan mata, namun masih lagi mamai.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now