Rajawali 3

893 29 1
                                    

Majlis tahlil pada petang itu berjalan dengan lancar. Seronok Seif dan Zuhairi dapat membantu dalam majlis petang itu, dapat kenal dengan keluarga Dhea. Semuanya ramah, seperti Dhea. Mereka sangat terbuka, Seif dilayan seperti keluarga mereka sendiri walaupun belum menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

Seif dan Zuhairi pulak membantu membawa dulang makanan ke ruang tamu setelah selesai solat Asar dan bacaan Yaasin. Dhea pula hanya berada di dapur rumah opahnya itu. Keadaan tidak mengizinkan Dhea untuk bersama mereka membaca Yaasin. Dia hanya menyiapkan persiapan terakhir di dapur.

Mama dan papa Seif juga ada sekali singgah masa tahlil berlangsung. Lega hati Seif ketika keluarganya sangat terbuka menerima keluarga bakal mentuanya itu, bakal mentua tidak kurang hebat melayan Seif seperti anak sendiri. Dia bersyukur. Namun terselit juga rasa tidak yakin dalam dirinya. Mampukah dia menjaga, mencintai dan melindungi insan bernama isterinya nanti? Ya Tuhan, bantulah dia. Yakinkan hatinya itu.

Sepanjang hari, Dhea tidak penat melayan karenahnya dalam rumah itu sebagai seorang tetamu. Seif berasa senang, sedikit sebanyak menyakinkan hatinya bahawa jodoh yang dituliskan untuknya itu adalah yang terbaik. Takdir yang terindah.

"Seif. Mama papa gerak dulu. Takut lambat pulak sampai KL nanti. " Encik Saifullah menepuk perlahan bahu anaknya yang duduk di buaian luar rumah opah itu. "Dah Maghrib, malam macam ni, kamu masuklah dulu. Tak baik lama sangat dekat rumah orang. Awak tu darah manis." Pesan mama yang berada di belakang papanya. Seif senyum lalu bangkit bersalaman dengan mama papanya itu.

"Seif ingat mama papa balik lepas Isyak." kata Seif selepas bersalaman dengan orang tuanya. "Kira nak balik lepas Isyak, tapi papa awak tu letih lepas balik kerja terus drive ke sini. Takut lambat sangat nanti, papa letih tengah jalan. Lepas Maghrib jelah kitaorang gerak."

Tanpa sedar, Dhea turut berada di sebelah Seif, bila sampai pun Seif tak perasan. Tangan mama Seif disalam dan dikucup perlahan. "Hati-hati, mama papa." Pesan Dhea kepada mereka. "Yelah, majlis kamu berdua kurang 2 minggu. Biar mama dengan ibu yang uruskan. Selebihnya, Seif fokus dengan kerja je dulu. Dhea pulak, buat persiapan fizikal dan mental. Ni mama nak pesan, dengan hubungan kamu berdua yang belum halal macam ni, jangan la Seif berkepit macam langau pulak dengan si Dhea ni. Tak manis. Jaga diri, Dhea pulak jangan jumpa dengan orang sebarangan. Bukan apa, takut ada orang dengki, orang tak puas hati. Takut kita yang kena tempiasnya." kata mamanya sambil memegang erat tangan anak dan bakal menantunya itu.

"Iya mama." jawab mereka serentak dan senyum ke arah wanita itu. Mamanya melepaskan pelukan pada Dhea sebelum memeluk anak teruna sulungnya pula. "Mama papa gerak dulu. Seif, bawak Dhea masuk ke dalam Maghrib macam ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Hati-hati kome berdua." kata Seif lalu melambai pergerakan mereka keluar dari perkarangan rumah opah itu.

"Sejak bila awak jadi orang Perak ni?" tanya Dhea sambil berjalan masuk ke dalam rumah kampung itu. "Lah, kan saya kahwin dengan orang Perak, kenalah belajo sikit. Ate kome ingat aku tak reti cakap Perok?" balas Seif bernada jenaka. Halusan ketawa Dhea terlepas juga.

"Hahaha dah dah. Orang Perok idok nye bunyi gitu. Jomlah masuk." balas Dhea lalu masuk ke dalam rumah. Tanpa sedar, opah memerhati melalui tingkap di situ, tidak sempat bersalaman dengan mama papa Seif. Dia senang melihat cucu dan cucu menantunya itu bergurau senda. Anugerah daripada Tuhan, anak cucunya bahagia.

Malam ni opah test pulak si Seif. Zuhairi yang tiada kaitan juga kena. "Seif, opah ada test untuk kamu. Untuk masuk ke dalam kelurga ni, opah buat test selalunya." tegur opahnya sejurus selepas masuk ke dalam rumah. Ini idea mak ngah dengan ibu. Seif dan Zuhairi memandang antara satu sama lain. Mak ngah dan ibu mengangguk dari tempat duduk mereka.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now