Rajawali 4

817 39 0
                                    

Sehari sebelum perkahwinan diadakan, mereka sekeluarga berkumpul di rumah opah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sehari sebelum perkahwinan diadakan, mereka sekeluarga berkumpul di rumah opah. Keluarga Dhea, keluarga Seif bersama beberapa orang kawan rapat dijemput. Tetamu jemputan hanyalah 150 orang.

Keluarga Dhea membuat persiapan sejak seminggu yang lalu, maklumlah semua adik-beradik Puan Sri Suraya berkumpul di rumah opah. Mereka ada 7 adik beradik. Mak ngah ke-3, ibunya mak teh ke-4.

Aqilah kini yang berada di bilik pengantin milik Dhea, turut sama-sama menghias katil dan dulang hantaran di situ. 7 berbalas 9 dulang hantaran. 7 daripada pihak lelaki dan 9 daripada pihak perempuan. Payah jugak nak susun 9 dulang hantaran ni, memang tak cukup tangan. Mak ngah, ibu, opah dan yang lain pula semua sibuk di dapur. Masakan kampung untuk malam berinai dan juga katering.

Pelamin kedua mempelai juga sudah siap didirikan, bertemakan biru muda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelamin kedua mempelai juga sudah siap didirikan, bertemakan biru muda. Ngam ngam muat dekat ruang tamu rumah kampung itu.

Sentuhan pihak katering di bahagian luar pula sudah hampir siap sepenuhnya. Kini tinggal hanya beberapa lagi hantaran seperti sirih junjung dan door-gift.

Dhea memandang mesra melihat kawan baiknya itu ada disampingnya selalu, sejak dari dulu lagi. "Terima kasih, Aqilah. Kau ada dengan aku saat-saat macam ni. Kalau kau takda, aku tak tau la nak buat apa."

"Halah, kau tu jadi cousin aku jugak nanti, tak sabar aku." Dhea senyum sambil menahan sebak di situ. Tangan sedaya upaya menutup titisan air mata yang berlinang pada pipi mulus milik Dhea.

Ibu Dhea yang turut masuk ke ruang bilik pengantin pun turut sama melihat perubahan pada Dhea. "Dhea, janganlah macam ni." pantas Aqilah bangkit memeluk erat tubuh kawan baiknya itu.

"Tak lama lagi kita jadi keluarga, kau tak suka ke? Janganlah menangis macam ni. Nanti buruk muka kau." Pelukan dibawa ke kiri dan ke kanan. Memujuk hati Dhea yang serba tak tenang itu. Ibu hanya pengelus perlahan kepala anak gadisnya itu.

"Aku takut, Qilah. Aku tak boleh nak berfikir lagi masa ni. Aku takut aku tak mampu." balas Dhea dalam pelukan itu. "Ibu dah bagitau dengan Dhea, Dhea kena percaya. Percaya yang Seif tu untuk Dhea, ditakdirkan untuk Dhea, jodoh dari Allah untuk jaga Dhea selepas ibu ayah. Percaya dan yakin, okey sayang? Ibu ayah sayang sangat Dhea dan Seif sebagai anak kami sendiri." pujuk ibu lalu sama-sama dalam pelukan erat itu.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now