Rajawali 23

568 38 1
                                    

5 April 2024, ramadan ke 26, 1445H.

Dhea mengelipkan matanya beberapa kali. Aqilah yang masih tidur beralaskan lengan sendiri berada di sebelah dipandang dengan pandangan sedikit kabur. "Qilah." Dhea memanggil dengan perlahan sambil mengoncangkan lengan rakan baiknya itu. Dhea yang sakit Aqilah pulak yang letih, apa cerita?

"Eh Dhea. Kau okey dah?" tanya Aqilah setelah bangkit dari pembaringan. "Kenapa aku boleh sampai ke sini?" tanya Dhea setelah melihat dirinya berada di salah sebuah wad bersama pesakit yang lain dalam hospital tempat dia ditugaskan.

Patut dia yang bertugas, tapi dia pulak yang terlentang dekat katil hospital. Sepatutnya Dhea dah mula diberikan kelonggaran untuk balik ke Malaysia Aidilfitri tahun ini bermula harini.

"Kau pengsan semalam. Terus aku panggil doktor yang ada. Kau high blood pressure entah apa yang doktor cakap." balas Aqilah sambil membantu Dhea untuk mengambil tempat duduk. "Ohh. Aku high BP." kata Dhea kembali.

"High BP sampai pengsan?" tanya Aqilah. "Apabila otak detect jantung laju dan tekanan darah tinggi, signal menghantar impuls ke seluruh badan untuk berehat. Darah berhenti sampai ke otak masa tengah hantar signal ke seluruh badan, last-last pengsan." alahai, nak sakit pun kena diagnose sendiri. Sedih betul.

"Kau pulak kenapa sampai Jogjakarta ni?" tanya Dhea pula kali ni. Pelik bila tiba-tiba sahaja Aqilah ada depan mata. Dah 6 tahun dekat Jogjakarta, ni kali pertama Aqilah menjejakkan kaki ke sini. "Aunty Alma sponser, suruh ambik kau bawak balik raya." balas Aqilah slumber. Eleh padahal nak cari baju raya dekat sini, ingat Dhea sengal sangat tak tau benda tu.

Setelah mengambil sarapan pagi dan menelan beberapa biji ubat tahan sakit, barulah Dhea boleh berada dalam keadaan rehat seperti sedia kala. Terpaksalah tak puasa harini.

Setelah sejenak, barulah Dhea tersedar kenapa dia boleh pengsan. Hal semalam. "Qilah, abang Seif kenapa, Qilah? Kenapa aku baru tahu sekarang?" lengan Aqilah digenggam kasar. Riak wajah Aqilah jelas kelihatan sedih dan keletihan.

"Aku taknak kau sakit lagi Dhea." balas Aqilah agak kasar. "Tunggu kau sihat aku ceritakan semua. Petang ni flight kita balik Malaysia pukul 3 petang, mama Seif yang belikan. Kita just pack kejap lagi, petang nanti terus ke airport." sambung Aqilah kembali.

Kedua tangan Dhea digenggam semula, lebih erat daripada sebelum ni. "Aku nak kau kuat. Ni ujian untuk kita semua." gengaman tangan itu dilepaskan oleh Dhea. "Aku nak tahu kenapa sekarang. Tu je. Aku tak mintak banyak, Qilah. Tolong aku, please. Seif suami sah aku, Qilah. Dia macam nyawa aku sendiri. Hilang dia maka hilanglah jiwa aku. Jangan seksa aku macam ni, tolonglah?" rintihan Dhea itu sayup kedengaran di telinga Aqilah. Itulah ayat terakhir Dhea untuk hari ini.

Dia rasa serba salah, mahu menceritakan hal sebenar atau mahu menunggu Dhea sihat dahulu. "Aku cerita ni tak detail, nanti nak detail kita ke pangkalan terus nanti. Aku dah call ibu ayah kau terus bawak kau balik rumah opah bila kita sampai nanti. Sekarang ni, apa yang aku tahu is that Seif disahkan hilang pada operasi terakhir dia sertai. Hari terakhir mereka jejak Seif pada 7 Febuari yang lepas. Tu kira operasi mereka yang last sebelum mereka semua pulang ke Malaysia. And sampai sekarang anggota sana masih dikerah untuk misi mencari dan menyelamat Seif, termasuk Wafi terlibat dalam misi tu." balas Aqilah setelah keadaan Dhea sedikit tenang.

Muka ditekup dengan tapak tangan, tak mampu Dhea bertahan lagi. Kenapa dunia seakan kejam, salahkah mereka bersama? Hidup bersama Seif seakan mimpi paling indah yang Dhea pernah ada, mana mungkin mimpi itu bertukar tragedi? Apa dia tak layak untuk rasa bahagia?

Dhea hilang kata-kata, pantas memaut tubuh Aqilah dalam pelukan. Belakang tubuh Dhea dielus lembut. "Aku nak kau kuat, Dhea. Aku percaya Seif masih lagi hidup sekarang ni. Apa yang kau mampu buat, apa yang kita semua mampu buat sekarang ni adalah tawakal dan doa. Kau sabar ya Dhea? Aku akan sentiasa ada untuk teman kau." bisik Aqilah dalam pelukan itu.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now