Epilog 2 (Raya Edition)

572 18 4
                                    

19 Febuari 2026, pagi 1 Ramadan

Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dhea baru sahaja melelapkan mata setelah meniduri semula anaknya 2 jam yang lalu. Memandangkan opah dan suaminya perlu bersahur, Dhea bangkit dengan keadaan badan yang masih keletihan, nak masak untuk sahur walaupun dia tak boleh berpuasa lagi.

Kepala direnggang ke kiri dan kanan. Lengan kekar milik Seif yang masih berada di perutnya dialih lembut. Rengekan Seif kedengaran, seperti ada yang menganggu tidurnya. Kepala milik Seif diusap sayang sebelum bangkit mendekati baby cot milik Syarif.

Posisi tidur mereka anak beranak sebijik sama. Mengiring ke kanan sambil tangan berlipat ke dada. Tergelak Dhea melihat anak beranak itu. Tak perlu DNA test, memang Syarif tu anak Seif.

Semakin besar anaknya itu, semakin iras muka dengan si ayah. Penat-penat bunting 9 bulan, dengan mual, morning sickness, dengan sakit belakang lagi, last-last keluar ikut muka daddy dia. Ada la bibir kecil dengan lesung pipit Syarif ikut Dhea. Haihlah anak, tu je kamu ikut mummy? 

Tapi bak kata orang tua, anak pertama ikut muka siapa, dia dulu yang jatuh cinta. Kalau anak pertama muka ayah, maksudnya ayah yang jatuh cinta dulu dengan maknya. Kalau ikut muka mak, maknya dulu yang jatuh cinta kat ayah. Tapi macam tak boleh guna je teori tu, antara mereka Dhea dulu yang jatuh cinta, tapi anak tup tup keluar ikut Seif. Hurm.

 Langkah dibawa keluar lalu menuju ke dapur rumah kampung itu. Sahur untuk pagi ni nak buat makanan mudah je, nak buat kueh tiaw goreng. Wajah dicuci di singki sebelum peti sejuk didekati untuk mengeluarkan bahan masakan.

Masa tengah semangat menggaul kueh tiaw di kuali, terkejut Dhea melihat kelibat suaminya bersandar di jenang pintu dapur, Seif mendukung anaknya yang masih tidur bersama mata Seif yang masih pejam. 'Udah kenapa laki aku ni? Mengigau? Anak tu tidur lagi kenapa diusik?'

"Abang? Abang jom. Duduk sini. Dhea masak sikit, kejap lagi Dhea hidang." tubuh suami didekati sambil suara memujuk. Tubuh tegap suaminya dibawa duduk di meja makan. Dhea kehairanan, takkan Seif mengigau sambil bawak anak? Entah sedar ataupun tidak. Kuali didekati semula lalu sambung menggaul kueh tiaw itu. 

Anaknya pulak takda pun rupa menangis atau mencari Dhea. Tengah sedap tidur didukung ayahnya. Bahu Seif ditepuk perlahan, cuba membangunkan Seif. "Abang? Jom sahur, Dhea dah siap masak. Anak tu meh sini, biar Syarif tidur dulu. Abang makan ya? Dhea nak kejutkan opah." mata Seif perlahan dibuka, seperti sudah sedar sepenuhnya. Anak yang dalam pangkuan diperhati bersama mata yang terkebil-kebil memerhati tubuh kecil yang dipangku ketika ini. Kenapa dia bawak Syarif ni?

Niat Seif pula hanya nak bangun dari katil setelah merasa katil itu sejuk tanpa kehadiran isterinya. Rasanya Dhea dah bangun dulu untuk bersahur. Tapi kenapa pulak anaknya ada sekali di sini? Sejak bila dia bawak anak dia?

"Abang rasa abang mengigaulah, sayang. Abang tak sedar yang abang bawak Syarif sekali. Tiba-tiba abang sedar dah duduk kat meja ni." anak di pangkuan diberikan pada isterinya. Kedua-dua mak bapak Syarif tu mengerutkan dahi. Tak sedar? Nasib je tangga ke dapur tu tak tinggi mana. Takut pulak tersadung dengan mata terpejam bawak anak. Kus semangat.

"Dah takpa, Syarif pun sedap je tidur ni. Abang makan dulu ya, Dhea nak kejutkan opah." rahang tajam milik Seif diusap lembut sebelum melangkah menuju ke bilik opah. Opah bersama Dhea menuju ke ruang dapur.

"Kenapa bawak anak sekali ni Dhea? Biarlah dia tidur dulu dalam bilik tu." tegur opah bila melihat Dhea ke hulu ke hilir mendukung Syarif yang masih nyenyak tidur itu. Tersengih Dhea, nak ceritakan benda tadi takut pulak jadi benda mistik. Puasa ni mana ada hantu dah. Eh tapi ni bukan hantu, suaminya pulak tu.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now