Epilog 1 (Raya Version)

663 26 0
                                    

17 Febuari 2026, 29 Syaaban, 2 hari sebelum 1 Ramadan

Tepat pukul 2 pagi, Seif tersedar setelah mendengar satu tangisan bergema dalam bilik tidur itu. Mata ditonyoh kasar, cuba menghilangkan rasa kantuk yang masih berat di kelopak matanya.

Lengan milik seseorang yang erat memeluk pinggangnya itu dielus lembut dan diletakkan ke tepi. "Abang..." tersenyum Seif mendengar panggilan manja dari isterinya. Dikucup pipi sejuk isterinya lalu bangkit bangun mendekati satu katil kecil yang terletak di sudut bilik tidur itu.

"Syarif sayang. Daddy ni. Syarif lapar ke? Ke pampers baby penuh? Allahuakhbar sayang daddy ni." tubuh kecil Syarif Dayyan didukung lalu menepuk perlahan punggung anaknya itu. Tangisan bayi itu sedikit reda setelah ayahnya menukar kepada pampers yang baru. Mata bulat milik Syarif menatap sang ayah. Dalam keadaan bilik yang malap, Seif berjaya menukar pampers Syarif tanpa membuka lampu utama bilik itu.

Syukur alhamdulillah sepanjang berpantang kali ini, Dhea dijaga baik oleh opah dan ibu. Dhea kini sihat seperti sedia kala dan boleh kembali bertugas di hospital selepas 60 cuti bersalin nanti. Seif pula masih bertugas di TLDM Lumut, Perak. Setiap hujung minggu, Seif menghabiskan masa bersama anak dan isterinya di Kuala Lumpur, ulang-alik juga guna motor Ysuku dia tu.

Syarif kini menginjak usia hampir 2 bulan. Ragam anaknya itu ikut arah mata angin. Kadang-kadang senang nak jaga, bagi susu sikit dah tidur sampai pagi. Tapi kalau datang angin tak kena, mau tak tidur Dhea bersengkak mata menjaga anaknya.

Seif kesiankan isterinya perlu menghabiskan masa menjaga Syarif pagi petang siang malam apabila ketiadaan suami di rumah. Hujung minggu Seif mengalas tanggungjawab menjaga anaknya dan mengemas rumah, membantu meringankan sikit beban Dhea walaupun dia tahu isterinya itu bila je tak letih.

Memandangkan hari ini cuti Tahun Baru Cina, Dhea mengambil keputusan untuk menjengguk Seif di Lumut, tumpang di rumah opah untuk beberapa hari. Lagi 2 hari nak sambut satu Ramadan. Suasana untuk menyambut puasa kali ini berbeza dengan tahun lepas. Yelah, tahun lepas mereka masih lagi berdua. Dekat Jogjakarta pun masih berdua. Puasa tahun lepaslah dorang bergaduh, puasa tahun lepaslah dorang bercinta lagi, puasa tahun lepaslah mereka berpuasa untuk kali pertama bersama. Sekejap saja dah ada anak tidur sebilik dengan mereka suami isteri.

"Sayang daddy lapar tak?" tangisan Syarif sekali lagi kedengaran lalu laju langkah menuju ke arah isterinya di atas katil. "Sayang? Sayang? Anak nak susu ni." botol milik anaknya sudah banyak kosong. Ada yang sudah siap dipam pula masih beku dalam peti sejuk.

Dengan mata yang masih terpejam, Dhea bangkit duduk di atas katil itu sambil tangan mendukung anaknya di pangkuan. Baju t-shirt ditarik ke atas, lalu membiarkan anaknya menyusu sambil menyandar di kepala katil. "Anak daddy haus ya?" pipi kembung putih kemerahan milik Syarif dibelai manja. Perlahan perhatian Seif tertumpu pada Dhea. Kepala milik isterinya diusap sayang. Takkan anak menyusu dia yang jealous? Tak patut.

"Abang, dekat peti sejuk dapur, ada beberapa pack susu yang Dhea dah pam. Bekal bawak dari KL datang sini. Ada dua tiga pack tu Dhea pam hujung minggu lepas, takut basi pulak. Abang ambik then panaskan boleh?" jam digital dipandang sekilas. Pukul 2.15 pagi. Seif menelan laju air liurnya.

Pukul 2 pagi? Dapur rumah kampung opah? Dhea lupa ke macam mana? Seif ada pengalaman buruk tengah membuang terjumpa nenek kebayan. Eh, tapi masa tu opah, kan? Manusia betul.

"Erm sayang. Abang boleh tolong panaskan, tapi..." ayat yang nak disampaikan tak lalu tekak. Apa lagi, laju Dhea mencelah. Mata memang mengantuk sangat ni. "Ha okey, abang panaskan ya?" kembali tubuh penat itu dibaring semula di atas katil sambil anak diletakkan bersebelahan dengannya. Kenyang dah rasanya tu, tunggu nak sendawa je lagi.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now