Rajawali 18

568 28 4
                                    

Jumaat, 31 Mac 2023, 9 Ramadan 1444H.

Sudah seminggu perjalanan diambil sejak Malbatt, anggota TLDM dan PASKAL Malaysia bergerak secara rasmi menuju ke ibu kota Lebanon. Kini, masih berada di tengah lautan Hindi.

Keadaan luar kapal sedikit lenggang kerana masing-masing berada di kafeteria, menjamu juadah berbuka puasa untuk hari tersebut. Kafeteria memang heboh dengan juadah hari ni, ada sedikit kelainan daripada hari-hari lain. Ada daging rendang disediakan untuk anggota-anggota yang bertugas.

"Bismillah. Ya Allah, Seif. Lama aku tak makan daging rendang. Asyik ayam, ayam, ikan, ikan dari minggu lepas. Huhu rindu kat mak." Suapan Zuhairi ke mulut sendiri penuh nikmat mendapat gelak tawa daripada anggota lain yang duduk semeja. Gelojoh, buat malu je.

Walaupun daging rendang tidak sesedap masakan mak di kampung, ada lah rasa sedikit untuk melepas rindu kepada keluarga di sana. Seif hanya menikmati makanan dengan khusyuk, malas nak layan drama Zuhairi.

Berbuka puasa di tengah Lautan Hindi, pengalaman yang jarang sekali ada untuk semua anggota yang ada dalam misi kali ini. Untuk masa sahur dan berbuka pula, mereka akan ikut masa di pangkalan Lumut, Perak. Kalau subuh di Lumut pukul 5:30 pagi, maka mereka akan subuh pada jam 5:30 pagi waktu tempatan.

"Oi, second round? On tak on?" bisik Zuhairi yang duduk di sebelah Seif. Seif pula perlahan memandang ke kiri dan kanan meja mereka. Ada anggota PASKAL yang lain.

"Ada Komander do. Aku tak berani. Ni pun kita ada sikit masa sebelum sambung bertugas jam 12 tengah malam nanti. Kalau terbongkang lepas berbuka nanti, mau mengamuk Komander." balas Seif dengan berbisik sedikit kasar di telinga Zuhairi.

"Ala, kau ni penakut la. Ambik daging lebih je pon." Balas Zuhairi lalu bangkit dari tempat duduk. Niat nak ambik daging terbantut apabila bertembung mata dengan Lef. Komander Amsyar yang baru sahaja berjalan menuju ke tempat duduk dekat meja yang sama dengan Seif.

"Dah kenyang?" soalan Lef. Komander Amsyar diaju bersama senyuman manis di muka. Memang Komander tegas dan pendiam orangnya, namun aura lelaki itu ada sedikit kelainan. Aura alpha leader sebenar, aura ketua anggota yang sangat digeruni namun baik budi pekertinya. Amboi melambung pulak pujian pada Komander kita.

Tengok Komander senyum, lain macam. Macam menganjing, tapi macam ikhlas. Macam ikhlas, tapi macam seram sejuk. Takpa, kita senyum je balik.

"Hehe belum, tuan. Nak ambik nasi dengan daging lebih." balas Zuhairi sambil terseyum kekok di situ. Seif di belakang hanya menyambung makan tanpa memandang ke arah Zuhairi, takut pulak tergelak dekat member sorang ni. Nampak je nakal, tapi penakut dengan Komander.

Zuhairi mengambil semula tempat duduknya kembali. Seif dengan pantas mengambil beberapa hirisan daging rendang atas pinggan Zuhairi menggunakan tangannya lalu happp. "Seif! Aku hempok kau karang!" pantas tangan Seif ditampar kasar.

Mulalah begusti mereka di situ. "Iya. Aku ganti balik lah ni." kata Seif mengalah dengan Zuhairi. Kalau mereka trio bergaduh, memang Zuhairi species taknak kalah. Nak menang je. Anak nombor 2 lah tu.

Seif bangkit mengambil daging rendang bersama jelingan tajam ke arah Zuhairi. "Dengan aku pun berkira. Bayangkan berapa kilo nasi, daging kari, ayam merah, sayur campur yang kau makan masa kenduri aku dulu. Tu aku tak mengungkit tau. Lepas tu busuk hati ambik opah aku jadi member kau, terus aku tukar title cucu pulas telinga. Lepas t..."

"Sedap lauk masa kenduri awak dulu, Mukhriz." tiba-tiba sahaja Komander Amsyar menyampuk perbualan mereka berdua. Seif yang seperti tersedar dengan teguran Komander terus menghabiskan bebelannya kepada Zuhairi.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now