Rajawali 9

730 28 0
                                    

Countdown - 7 hari sebelum Dhea balik ke Jogjakarta

Hari kedua honeymoon mereka di Cameron Highlands. Plan untuk hari ni untuk mengunjungi ladang Teh Boh Sungai Pallas, Kea Farm dan The Sheep Sanctuary. Sempat ke buat semua ni dalam satu hari? Serahkan kepada Puan Dhea Zalindra.

Seawal jam 7.30 pagi lagi mereka berdua bersiap untuk ke ladang Teh Boh, nak ambik feeling sarapan sejuk-sejuk berlatar belakangkan teh segar dan embun hijau.

Keadaan sekeliling chalet yang masih berkabus tebal itu menyebabkan senyuman Dhea tidak lekang dari mulutnya. Sejuk. Ini yang dia mahukan.

"Sayang okey? Tersengih-sengih abang tengok?" Seif yang muncul dari belakang Dhea itu memaut bahu isterinya dari belakang. Dhea yang berada di luar chalet itu hanya tersenyum memandang suaminya.

"Best, abang. Saya suka. Sejuk-sejuk dapat peluk abang selalu." kata Dhea lalu memeluk Seif secara kasar. "Amboi sayang. Boleh je kita tak breakfast pagi ni. Jom masuk bilik balik." Seif hanya sekadar bergurau itu dijeling oleh Dhea.

"Ee abang pantang dapat peluang sikit kan? Dah jom. Jaket abang ada dah? Selesa tak? Hoodie ni tak tebal sangat ke? Dengan t-shirt, hoodie lagi, lepas tu jaket lagi. Sejuk sangat ke?" kata Dhea lalu mengatur pakaian suaminya itu. Jaket dizipkan separuh lalu melepaskan kucupan pantas ke dada milik suaminya.

"Sayang. Dekat sini sayang sorang je yang guna sehelai hoodie. Tak tau reti sejuk. Lepastu jaket abang bagi bukannya pakai pun. Pagi-pagi ni dahlah 16 darjah Celcius. Sayang pulak relax memanjang, macam dah kebal rasa sejuk." bebel Seif sementara mereka menuju ke motor milik Seif yang dipakir tidak jauh dari situ. 

"Yelah. Yelah, saya pakai. Abang ni mesti terkena bebelan opah kan? Tulah membebel pun macam opah." topi keledar isterinya diatur lalu dikunci di situ. "Eh hello? Opah sayang tu opah abang jugak ye? Walaupun abang freshman dalam keluarga sayang, tapi dah sama standard dengan Syafiq. Dah jom. Kita isi minyak dekat pekan Brinchang dulu." kata Seif lalu mula bergerak keluar dari chalet itu.

Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai di ladang Teh Boh Sungai Pallas. Jalan ke sana agak kecil dan sempit, namun motor milik Seif dengan mudahnya sampai ke sana. Ada guna jugak motorsikal naik ke Cameron Highlands. Bijak isterinya.

"Kenyang ke makan kek, pie dengan muffins macam ni?" Satu mistake besar bila suruh Dhea yang mengambil pesanan makanan. Dengan Seif yang lapar gila sekarang, ni je Dhea beli?

Air teh ais itu disedut menggunakan penyedut minuman. "Nanti kalau abang lapar lagi, kita berhenti dekat pekan Brinchang tu. Okey abang?" pujuk Dhea sambil mengenggam erat tangan Seif. 'Hmm nasib pandai pujuk, kalau lapar gini mahu nak jadi Hulk'

Makanan dinikmati lalu Seif dan Dhea mengambil keputusan untuk bergambar di kawasan sekitar. Telefon pintar milik Dhea penuh galeri dengan gambar bulan madu mereka. Jelas terlihat senyuman mereka di situ.

Next destination : Kea Farm

Keadaan pasar yang kurang sesak ketika itu, memudahkan lagi untuk Dhea dan Seif membeli belah disana. Banyak buah-buahan, ole-ole yang dibeli oleh Dhea. Rambang mata dibuatnya. Sayur segar, buah-buahan pun segar, pokok kaktus pun comel-comel.

Seif dalam keadaan masih lapar, ada jagung bakar manis terhidang didepan mata. 2 biji dibeli, berkongsi bersama isteri bersama sweet potato balls. Tak boleh jadi kalau perut lapar tapi masih banyak tempat untuk dilawati. Mereka mengambil keputusan untuk makan di sana sahaja.

Kalau Dhea pulak suka bunga, banyak jenis bunga untuk dibawa balik. "Sayang. Kalau sayang beli bunga banyak-banyak pun, nanti sampai bawah terus layu. Satu dua pasu kecil tu cukuplah." Seif tahu Dhea sekarang ni dikuasai nafsu membeli belah. 

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now