Rajawali 21

580 24 1
                                    

⚠️ Mulalah plot twist kat sini, stay tune & sediakan tisu ⚠️

~

Sebulan kemudian, 30 Oktober 2023

"Assalamualaikum, abang. Abang dengar tak ni?" Aplikasi Zoom dibuka pada skrin laptop milik Dhea dan diletakkan pada atas meja belajar dalam bilik. "Waalaikumsalam, sayang." melihat sahutan yang kurang bersemangat seperti selalu itu membuatkan Dhea semakin risau.

"Abang... 5 hari dah abang tak call Dhea. Abang okey tak? Abang, Dhea dengar..." belum sempat Dhea menghabiskan ayatnya, Seif menyampuk. "Abang tahu, sayang. Abang okey, cuma letih sikit." senyum Seif hanya senyum segaris membalas renungan isterinya.

Muka Seif nampak pucat dan letih daripada biasa. Terdapat juga luka-luka kecil yang berada di muka dan sekitar tangan Seif. Seif yang masih menggunakan baju seragam operasi perlahan berdiri dari tempat duduknya lalu membuka satu persatu kelengkapan yang ada pada seragam itu.

Dhea hanya melihat tanpa menegur. Nampak Seif sedikit terhinjut, cuba berdiri daripada kerusi dalam dorm miliknya. Mata dipejam rapat, menahan rasa sakit yang tersisa selepas operasi tadi.

"Abang..." Dhea hilang bicara setelah Seif membuka baju seragam itu, terdapat darah yang mengalir pantas melalui lengan lelaki itu. Badan penuh dengan calar yang masih baru. Belakang bidang suaminya turut ada luka baru.

Seif yang membelakangi skrin laptop, tak mahu isteri melihat betapa pedih dan sakitnya dia menahan rasa itu. Bibir diketap kasar, mata dipejam, nafas semakin berat.

"Seif!" Zuhairi pantas membuka pintu dorm itu lalu berlari menuju ke arah Seif yang masih berdiri. Zuhairi ternampak Dhea yang masih ada di skrin laptop milik Seif.

Lengan Seif dipaut lalu membantu rakannya itu untuk mengambil tempat duduk atas katil, alat bantuan kecemasan dikeluarkan dan diletakkan atas meja Seif. Seif cedera agak teruk pada hari ini, tapi masih lagi berdaya untuk berjalan pulang ke base. Sepatutnya Seif diletakkan pada wad kecemasan base itu, namun bertegas untuk balik semula ke dorm.

Zuhairi nak je maki kawan dia sorang ni, dah macam ni rupa patut ditahan je dekat wad kecemasan. Degil tak bertempat.

Bila masuk je ke dalam dorm, baru Zuhairi mengerti mengapa Seif nak sangat pulang ke dorm. "Isteri aku, Zuhai." bisik Seif di situ. Zuhairi membantu Seif mencuci luka itu hanya berdiam sejenak. "Tahu. Kau boleh je suruh aku bawak laptop kau pergi ke wad." balas Zuhairi dengan nada yang agak tegas.

"Aku taknak dia risau. Kalau dekat wad dia nampak aku sakit." balas Seif tersekat-sekat. "Kau memang sakit sekarang, kan? Degil sangat." balas Zuhairi agak kasar tapi sedaya upaya dia mencuci luka dan membalut luka itu.

Selepas siap, Zuhairi mengambil laptop Seif dan meletakkannya di sisi lelaki itu. "Sayang, sorry kalau abang lama tak call. Abang ada operasi mengejut, abang tak sempat nak bagitau. Sayang jangan marah abang, okey?" senyuman diberikan pada isteri.

Esakan terdengar daripada Dhea. "Abang dah okey?" tanya Dhea bersama esakan halus. "Ya, abang okey, sayang. Masih bernyawa. Abang rehat kejap ya? Nanti abang call balik." hampir sahaja Seif meletakkan panggilan, pantas Dhea menahan. "Takpa abang, Dhea teman abang rehat." nafas agak berat namun masih digagahkan untuk suami.

"Sayang ceritalah masa awal kita berjumpa dulu. Apa perasaan sayang pada abang masa tu? Mesti sayang meluat kan, abang dulu hati batu." Seif menahan rasa pedih di lengan. Satu das tembakan terkena pada lengan kiri miliknya. Itu yang Zuhairi bantu untuk keluarkan peluru dan membalut luka itu kembali. Nampak gaya memang perlu ke wad juga.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now