Rajawali 11

762 33 2
                                    

Countdown - 3 hari sebelum Dhea balik ke Jogjakarta

3 hari berlalu seperti biasa di rumah opah. Dhea masak resepi KhairulAming, opah dengan Seif makan. Pergi kebun opah, petik sayur dan buah-buahan, bagi ayam ternakan opah makan. Seif pula kadang kala perlu ke pangkalan untuk hadiri taklimat, namun cutinya masih berbaki 3 hari sebelum Dhea terbang ke Jogjakarta.

Pada pagi hari minggu ini pula, Dhea dan Seif merancang untuk pulang ke ibu kota, memandang Dhea memerlukan persiapan sebelum Dhea melanjutkan pelajarannya. Lama juga mereka tidak menjenguk mama, papa, ayah dan ibu dekat sana. Pertemuan terakhir pun selepas akad nikah mereka tempoh hari.

"Opah, Dhea minta maaf tau kalau menyusahkan opah dengan mak ngah, kau pun Syafiq. Terima kasih sebab sudi tumpangkan Dhea dengan Seif dekat rumah opah. Minta maaf kalau ada tersalah kata. Mungkin raya tahun ni kami tak balik sebagai family opah. Insha-Allah study Dhea habis nanti, ada rezeki Dhea jenguk opah lagi." tubuh wanita tua itu dipeluk erat.

Air mata akhirnya gugur jua di pipi milik opah. Kalau boleh opah taknak tunjuk yang opah sebenarnya sedih melepaskan kepergiaan cucu-cucunya. Namun apakan daya, mereka perlu menyelesaikan tugas masing-masing.

"Dhea dengan Seif tak pernah susahkan opah, banyak bantu opah lagi ada. Hilang rasa sunyi opah selama ni dengan gurauan kamu suami isteri. Opah doakan semoga urusan kamu berdua dipermudahkan. Dan doa opah juga semoga jodoh kamu kekal sehingga ke anak cucu dan kekal hingga ke syurga milik Allah. Jaga diri. Opah sayang kamu berdua." mak ngah hanya mengelus bahu opah. Tanpa bicara, Seif juga turut dipaut dalam pelukan itu.

"Terima kasih banyak-banyak opah." bisik Seif dalam pelukan itu. Pelukan dirungkai, namun Dhea dengan opah masing-masing lebat dengan air mata perpisahan. Seif hanya berada di situ, memaut bahu isterinya erat. Memberi sedikit kekuatan untuk Dhea.

Kini tiba untuk mereka bersalaman dengan mak ngah. "Mak ngah, terima kasih banyak-banyak." ucap Seif lalu mengucup tangan kanan milik mak ngah. Riak wajah kesedihan juga tidak terlepas daripada wajah mak ngah.

Seif dan Dhea menyusun beberapa beg, bagasi dan beberapa barang lain milik mereka ke dalam bonet kereta Nissan Almera milik Zuhairi. Kebetulan Zuhairi juga perlu ke ibu kota pada keesokan harinya, alang-alang mereka naik sekali untuk ke Kuala Lumpur. Motosikal milik Seif sudah ditinggalkan di pangkalan.

Tangan kanan milik Seif disalam oleh Syafiq sebelum mereka berpelukan di situ. "Jaga opah, jaga mak ngah, jaga bapak kau sekali." bisik Seif. Mereka merungkaikan pelukan ringkas itu sebelum Syafiq membalas, "Insha-Allah. Kau pulak jaga diri dekat Lebanon nanti. Nanti senang-senang datang la sini." tepukan dilepaskan pada bahu Seif.

Syafiq bersyukur kerana Dhea dijodohkan dengan lelaki sebaik Seif. Syafiq sendiri seorang lelaki pun tak mampu menjadi orang sehebat Seif, bertugas di medan perang demi menegakkan negara dan bangsa. Dia kagum dengan Seif sejujurnya.

Mereka bertolak keluar dari perkarangan rumah opah bersama dengan hati yang berat meninggalkan wanita tua itu di kampung. Opah banyak mengajar mereka erti kehidupan juga memberi nasihat dalam alam perkahwinan. Mereka mengambil nasihat itu sebagai pedoman hidup.

"By hook or by crook, kamu berdua mesti teruskan hidup walaupun sesusah mana ujian yang hadir. Allah takkan uji benda yang kita tak mampu. Percaya Allah SWT itu sentiasa ada untuk kamu berdua." nasihat opah setelah mereka menunaikan solat Isyak berjemaah.

"Opah tahu ke 'by hook or by crook' tu apa benda?" tanya Seif. "Mestilah opah tau." balas opah lalu mendapat ketawa besar dari Seif dan Dhea.

"Selamat berpuasa opah, mak ngah dengan kau Syafiq." kata yang terpancut keluar dari bibir Seif itu dapat gelak tawa daripada mereka.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now