Rajawali 37

646 27 0
                                    

Perjalanan menuju ke TTDI sedikit memakan masa memandangkan kini merupakan hari Jumaat, masa office lunch hour, masa budak-budak sekolah balik, dan masa untuk kaum lelaki Muslim turun untuk menunaikan solat Jumaat.

Dhea pula sedikit layu di tempat duduk sebelah. Berdiam diri sejak 15 minit yang lalu. Seif pula tengah pening nak hadap jalan sesak di sekitar kawasan Damansara. Lupa pulak hari ni hari Jumaat, sesak dia lain macam sikit berbanding hari lain.

"Nanti sayang tunggu kat rumah tau, abang solat Jumaat dulu." kata Seif lalu membelai pipi merah kesejukan milik isterinya itu. "Abang, Dhea nak tidur dulu boleh ke? Mama marah tak? Tak nampak macam kurang ajar ke biarkan mama sorang-sorang nanti?" tanya Dhea sambil tangannya bermain manja jari kasar suaminya.

"Mama okey je lah. Nanti sayang bagitahulah yang sayang nak solat and rehat kejap. Mesti mama faham punya. Flight kita esok ke lusa sayang cakap tadi?" Dhea mengeluarkan telefon pintarnya dan menyemak pesanan email yang dihantar oleh pihak penerbangan.

"Lusa, abang. Tapi pagi la." Seif mengangguk lalu menekan pedal minyak setelah lampu isyarat bertukar hijau. Tak sampai 5 minit, Dhea tertidur dalam kereta, dan seperti biasa Seif akan membiarkan sahaja.

"Assalamualaikum. Mama! Kak Yati! Kami dah sampai ni." usai membuka pintu utama banglo milik papa dan mama itu, mereka berdua masuk ke ruang tamu rumah itu.

"Waalaikumsalam. Eh Seif Dhea, jom ke dapur terus. Kak Yati ada masak tu lauk tengahari. Ada sambal udang dengan sayur kailan." tangan mamanya disalam penuh hormat. 

Apabila dipelawa untuk makan, Dhea rasa segan pula nak menolak. Disikunya laki kat sebelah, bagi signal. Segan pulak tengok lauk dah terhidang tapi tak dijamah.

"Sebenarnya kitaorang dah makan tadi mama, sebelum gerak ke sini. Tapi takpa, lepas solat nanti kita makan sama-sama. Seif nak solat Jumaat. Takut kalau lambat nanti parking takda. Bye ma! Bye yang!" baru sahaja bersalaman dengan mama, terus Seif keluar untuk pergi solat Jumaat di masjid taman perumahan itu.

"Yelah. Mama tunggu Seif balik solat Jumaat kita makan sama-sama. Dah cepat, nanti lambat, jalan sesak, parking jauh pulak nanti." kata Puan Alma sebelum matanya tertumpu ke menantu kesayangan yang berada di sebelahnya.

Lengan Dhea ditarik perlahan untuk menuju ke arah sofa yang terletak di ruang tamu rumah itu. "Eh Dhea. Menantu mama sihat? Macam mana raya kat sana? Seronok?" Dhea membalas dengan senyuman. "Sihat, mama. Raya best. First time dapat raya dengan abang Seif. Seronok jugak walaupun abang Seif kena sorok dengan bunian 7 jam." balas Dhea bersahaja.

"Kena sorok dengan bunian? Kenapa mama tak tahu hal ni?" Dhea pula rasa serba salah sebab dah tercakap hal itu. Sisi kepala yang tidak gatal sengaja digaru disebalik tudung bawalnya itu. "Err. Tak serius pun, ma. Kami pergi ke tanah perkuburan atuk, pastu bila nak balik tu abang Seif takda, kira hilanglah. Ada ayah, Danial, sepupu Dhea dengan pakcik Dhea tolong cari masa tu. Zuhairi dengan Wafi pun ada sekali. Petang tu dalam pukul 6 dah jumpa balik dah. Mama tak payah risaulah. Abang Seif tak apa-apa. Dah pergi hospital buat rawatan dah pun. Takda apa serius, cuma dehydration je." tangan milik mama mentuanya dielus lembut.

Tempat duduk di ruang tamu banglo itu diselesakan bersama mama mentuanya. "Eh mama risaulah dengan anak mama tu. Hari tu lama hilang dekat Lebanon, dekat setahun. Ni pun hilang jugak kena sorok bunian. Mama tak tau lah kalau salasilah papa Seif tu ada terbuka mata batin ke apa. Kalau ingatkan balik keluarga dekat Janda Baik tu, rupa gaya macam keluarga Kekasihku Seru ada jugak. Mama pun tak tau la bapak mentua mama dulu tu macam mana, yang mama tau dia jual buah, jual sayur, lepas tu ajar budak silat kat sekolah. Ada la mama tolong jaga kejap, tapi meninggal sebelum Seif dilahirkan. Kira sebulan sebelum Seif lahir, bapak mentua mama meninggal." Dhea pula dengan fokus mendengar.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now