Rajawali 34

608 30 3
                                    

Hari kedua Aidilfitri, mereka sekeluarga menziarahi kubur arwah atuk yang berada tidak jauh dari kampung itu. Semua berpakat untuk naik kereta sahaja memandangkan hari panas terik ketika ini di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pak ngah dengan mak ngah guna motor je, senang nak gerak ke mana-mana.

"Sayang kenapa bawak kipas tangan bagai ni? Segala payung lipat ada dalam beg ni. Kita bukan nak ziarah kubur atuk je ke?" tanya Seif ketika suami isteri itu masih di dalam bilik mereka.

"Iya ziarah kubur je, tapi selalunya raya kedua ni mak long buka rumah, ada open house. Alang-alang pergi sekali la open house mak long tu. Nak tengok jugak rupa bekas tunang Syafiq dulu. Dah kahwin dah pun, bang. Tak pasal-pasal Syafiq kembali jomblo. Kesian dia. Lagipun rumah opah ni kalau hari kedua memang takda orang. Biasa ke rumah mak long, then petang sikit rumah mak ngah. Gilir-gilir." kata Dhea lagi sambil bersolek di hadapan meja solek bilik itu.

Seif hanya mengangguk tanda faham. Dhea yang masih duduk berhadapan cermin itu didekati, lalu ikatan sanggul wanita itu diuraikan dengan sengaja. "Abang... Janganlah usik Dhea. Nanti lambat bersiaplah." tegur si isteri.

Takut pulak la miang pagi-pagi hari macam ni. Kang kena kecam orang lain sibuk beraya dorang sibuk buat anak. Ish! Taubat-taubat!

"Sayang wangi." tubuh sedikit menunduk dan mencium sekilas rambut isteri kesayangannya itu. "Abang, stop! Kita nak gerak dah ni, kalau lambat kena maki opah pulak nanti. Abang..." Dhea pantas berdiri menghalang tindakan suaminya itu tapi gagal. Tubuh langsing itu dipeluk manja.

"Abang, saya nak pakai tudung dulu. Nanti lambat laa. Abang, please!" tegur Dhea sedikit tegas. "Amboi, garangnya dia. Baru usap sikit dah kena bantai isteri sendiri. Apalah nasib orang nak bermanja, nak ki..." belum sempat Seif balas, Dhea pantas mengucup pipi Seif.

Automatik beku mat! "Kita nak raya lah. Nanti lambat, kena maki berjemaah, bang. Kan sia-sia minta maaf semalam. Nanti saya layan abang ya? I promise." kata Dhea dengan nada memujuk. Kalau laki merajuk memang susah nak pujuk ya?

Pipi suaminya dicubit manja. Dekat sangat posisi dua jasad itu sehingga wangian tubuh Dhea dapat dihidu oleh Seif. Entah kenapa dari semalam, Seif memang tak boleh nak jauh dari Dhea. Nak melekat macam lalat.

"Woi, cepatlah sikit! Apa kehey lambat sangat! Karang nyenggor, aku pulak sakit kepala." kan opah dah bebunyi dah luar tu. Yang lain pun sama-sama tengah menunggu di luar bersama mak ngah dan pak ngah.

"Yalah, sayang bersiaplah dulu. Abang tunggu kat luar." balas Seif menunduk tanpa memandang ke arah Dhea. Kedua belah tangan isterinya dirungkai perlahan, menolak tubuh itu jauh darinya.

Dhea pula tersentap. 'Dah kenapa laki aku ni? Frust? Orang nak beraya dia nak beromen. Memang idok ler. Sekali setahun je raya, kalau nak bermanja tu bila-bila boleh.' monolog Dhea sendirian di situ.

Pantas tubuh mendekati semula cermin dalam bilik itu sebelum sehelai tudung bawal bewarna lilac dililit di atas kepalanya. Hari kedua Aidilfitri juga mereka suami isteri sedondon.

Seif, Dhea, Syafiq dan opah menaiki satu kereta, kereta Bezza milik Syafiq. Seif dan Dhea tak berbual seperti biasa ketika berada di dalam kereta itu. Opah dan Syafiq tidak menghiraukan, hanya memandangkan hari agak cerah ketika itu, sesuai untuk mereka menziarahi tanah perkuburan.

Tumpuan Dhea dibawa melihat pemandangan di luar. Jam baru menunjukkan pukul 10.30 pagi, ada beberapa buah rumah sudah membuka rumah menyambut ketibaan tetamu untuk hari kedua Aidilfitri ini.

Dhea masih memikirkan tindakan Seif sebentar tadi, sebelum mereka bergerak ke tanah perkuburan. Dhea perasan yang suaminya seperti menjauhkan diri daripadanya. Tidak berbual, jauh sekali bermanja-manja seperti selalu. Tidaklah selalu, tapi sejak semalam memang Seif tidak akan jauh dari isterinya itu.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now