Rajawali 38

544 25 0
                                    

"Lepaslah!" jerit Dhea apabila ditarik oleh lelaki asing itu. Langkah mereka dibawa keluar dari resort mewah itu, menuju ke satu tempat yang sangat asing bagi Dhea.

Genggaman tangannya bergetar, jeritannya tidak diendahkan, genggaman lelaki itu pada pergelangan tangannya semakin sakit, ditarik dengan kasar. Dhea takut. Sangat takut. Orang sekeliling hanya memandang tanpa menolong.

"Lepaslah! Kau siapa?! Kau nak apa dari aku?!" tanya Dhea dengan kasar sambil tangan kanannya cuba untuk melepaskan dari genggaman lelaki itu. Mereka terhenti di salah sebuah kedai menjual minuman sejuk, sedikit jauh dari resort itu.

Pusing sahaja badan lelaki itu memandangnya, alangkah terkejut bila dapat tahu itu adalah Aiman. Lelaki yang obses dengan Dhea satu ketika dahulu sehinggakan mereka terpaksa berpindah jauh ke Shah Alam. Semua angkara lelaki ini.

Telefon milik Dhea berdering dari tadi, dia tahu itu dari suaminya.

"Aiman? Hang buat apa ni?!" raut wajah Aiman yang tadi sangat garang, kini bertukar lebih lembut. Tangisan Dhea mula memenuhi retina mata miliknya. Dia takut, lelaki ini punca dia anxiety teruk dahulu.

"Aku ingat aku dah tak jumpa hang lagi, Dhea. Aku... Dhea jangan menangis." Aiman cuba untuk mengusap wajah yang kemerahan dek kerana menangis itu, ditepis kasar oleh Dhea.

Badan semakin berundur ke belakang. Lelaki ini dulu pernah melamar Dhea, namun lamaran ditolak kerana kata ayah Aiman masih mentah dan akibatnya, Danial yang tiada kaitan itu dibelasah teruk.

Aiman ditahan lokap untuk beberapa hari memandangkan masih bawah umur ketika itu, baru habis SPM. Akhirnya dilepaskan dengan ikat jamin dan sejak itu, Dhea sekeluarga tidak pernah menjejakkan kaki ke Penang lagi. Ada pun sekadar melawat keluarga ayah di sana. Dan angkara lelaki ini, Dhea jauh merantau ke Jogjakarta.

Tapi kini, sekelip mata sahaja Aiman ada di depan matanya. "Please, lepaskan aku Aiman. Aku taknak kat hang dari dulu lagi. Aku dah ada suami." kedua bahu Dhea dipegang penuh nafsu. "Lepaskan aku!" jerit Dhea lagi. Menolak tubuh lelaki itu jauh darinya.

Mereka yang berada di dalam kedai itu hanya mereka berdua bersama 2 orang lagi pekerja. "Dhea, hang dengar aku sat. Aku... aku nak minta maaf kat hang. Aku salah, aku tak berniat nak pukui adik hang. Aku salah, aku emosi. Aku nak minta maaf." bahu milik Dhea dilepaskan lalu tunduk melutut atas lantai bersama tangisan.

Dhea mengerutkan dahi. Dah kenapa Aiman pun menangis sekali? "Mak ayah aku hantar aku ke universiti, tapi aku gagal. Aku ambik peluang kerja kat kedai ni. Tadi aku nampak hang dalam kereta tadi, aku pi kejar ikut hang. Aku nak minta maaf kat hang sekeluarga." kata Aiman lagi, masih menunduk sama.

Dhea kini sedikit beransur reda, menelefon suaminya. "Sayang! Sayang pergi mana?!" suara yang penuh kerisauan itu memenuhi gegendang telinga Dhea. "Abang, Dhea kat kedai Coconut Shake, belah kiri resort, abang jalan depan sikit. Dhea tunggu kat sini." kata Dhea lalu menamatkan perbualan dalam telefon.

Dhea tidak berganjak dari situ, hanya memerhati tindak tanduk Aiman yang masih menangis dan tunduk itu. Tiba sahaja Seif di kedai itu, tubuh Dhea ditarik dalam pelukan. "Allahuakbar, sayang. Risau abang." bisik Seif. Apabila melihat Dhea yang tiada jawapan itu, tubuh ramping itu dirungkai.

Air mata yang tersisa menuruni pipi merah Dhea. 'Dah kenapa bini aku menangis? Mengidam coconut shake ke?'

Melihat ada seorang lagi yang melutut di lantai, Seif tarik dengan kasar untuk bangun dari situ. "Kau buat apa dekat bini aku ha?!" tanya Seif sedikit tegas, kolar lelaki itu digenggam erat.

"Abang! Abang!" Dhea cuba untuk merungkaikan pergaduhan itu. Aiman tidak melawan sebaliknya membiarkan Seif di situ bersama tangan yang sudah bersedia untuk menumbuknya.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now