Rajawali 28

574 26 0
                                    

Flashback : 3 hari kemudian, 9 Febuari 2024

Mata dibuka ketika sinaran cahaya matahari terkena tepat pada wajah milik Lef. Komander Amsyar. Tangan kanan mengusap perlahan wajahnya yang serba pucat itu. Pantas Lef. Komander Amsyar bangkit dari pembaringan.

Kain kasar berbalut kemas pada lengan dan paha kiri miliknya dipandang sekilas bersama satu ringisan ringan. "Sstt." mata dipejam rapat. Seif masih terbaring lelah tidak jauh darinya itu dipanggil beberapa kali. "Mukhriz? Mukhriz?" tiada sahutan.

Cahaya matahari pagi yang agak menyilau itu masuk ke retina mata coklat miliknya. Terserlah sepasang mata coklat terang milik Lef. Komander Amsyar. Seorang sosok wanita kelihatan masuk ke ruangan itu.

"Awak dah sedar?" tanya wanita itu berbahasa Arab. Lef. Komander Amsyar hanya mengaggukkan kepalanya sekali. "Saya dekat mana?" tanya Lef. Komander Amsyar ringkas.

Wanita asing tersebut tidak menjawab, malah bergerak mendekati Lef. Komander Amsyar yang masih duduk pada katil itu, menahan kesakitan. Tempat duduk diambil berdekatan dengan lelaki itu, dan perlahan membuka balutan pada lengan Lef. Komander Amsyar. "Saya cuci luka awak dulu, nanti saya ceritakan apa terjadi."

Sekali lagi mengangguk. Lahjah (dialek Arab) yang digunakan oleh wanita itu sangat berbeza dengannya. Perbezaan itu bukanlah penghalang untuk Lef. Komander Amsyar berkomunikasi dengan wanita itu. "Awak dari Mesir? Lahjah awak berbeza dengan kami di sini." kata wanita itu menggunakan lahjah Syam.

Lef. Komander Amsyar hanya menundukkan pandangan setelah mata coklat-kehijauan itu berlaga dengan mata coklat terangnya. Tiada jawapan untuk soalan wanita itu tadi. Setelah selesai, paha miliknya juga turut diperiksa, namun tidak menukar balutan. Sekadar menekan sedikit tekanan pada bahagian itu. Lef. Kamander Amsyar meringis sekali.

"Awak dekat penempatan Syria di sini. Awak tersedar lepas 3 hari terlantar dekat sini. Hari ni 9 Febuari. Awak kehilangan agak banyak darah, namun syukur luka awak cepat mengering selepas dijahit tempoh hari. Rakan awak pula, masih belum sedarkan diri. Lengannya tercedera teruk, mungkin patah. Kalian berasal dari mana?" kata wanita itu menggunakan bahasa Arab Fusha (standard) setelah mengemas semula alatan perubatan itu.

"Saya Amsyar. Rakan saya Mukhriz. Kami dari Malaysia." jawab Lef. Komander Amsyar ringkas. "Baju dan alatan kami?" tanya Lef. Komander Amsyar setelah tersedar yang mereka tidak mengenakan baju seragam mereka.

"Di sana. Disimpan elok baju dan senjata." tunjuk wanita itu ke satu ruangan di hujung sudut bilik itu. Satu nafas lega dilepaskan. "Saya Fatima. Medical assistant pelarian ini. Adik saya Amir yang bawa kalian ke sini. Ayah saya turut membantu bersama beberapa orang kami. Saya ambil makanan dulu. Nanti awak makan ubat pula." sambung wanita itu kembali.

Lef. Komander Amsyar sekadar memandang ke arah Fatima yang mula keluar dari ruangan itu. Susuk tubuh seorang kanak-kanak mula menerjah masuk ke arah katil miliknya.

"Assalamualaikum, abang. Abang dah baik? Abang sakit lagi ke? Sakit dekat mana? Abang askar ke?" tanya Amir, adik kepada Fatima tadi bertalu-talu. 

Lef. Komander Amsyar hanya senyum segaris melihat telatah anak kecil itu, dengan lahjah Syam yang sedikit sukar untuk Lef. Komander Amsyar memahami. Laju sangat cakap tu anak oi.

"Ya, saya sakit kena tembak. Kamu buat apa dekat sini? Terima kasih selamatkan saya dan rakan saya tempoh hari. Amir tak takut dekat saya ke?" tanya Lef. Komander Amsyar setelah Amir mengambil tempat duduk berdekatan dengannya.

"Sama-sama. Amir tak takut pun sebab abang baik. Abang cakap dengan Amir pun baik. Tak macam askar lain, dorang tengking ayah saya." jawab Amir lalu perlahan memegang perlahan lengan milik Lef. Komander Amsyar.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now