Rajawali 19

502 21 0
                                    

Khamis, 20 April 2023, Malam 1 Syawal 1444H.

Takbir raya bergema diseluruh pelusuk negara Lebanon sejak senja melabuhkan tirai. Walaupun mempunyai krisis yang agak tegang dengan beberapa negara jiran yang lain, namun sambutan menyambut Syawal sama meriah dengan sambutan bulan Ramadan yang baru sahaja berlalu.

Kawasan base ketenteraan Malaysia yang terletak di pinggir bandar besar negara itu turut bergema takbir yang dialunkan oleh anggota ketenteraan Malaysia yang menyertai operasi kali ini.

Lef. Komander Amsyar nampak je beku dan serius orangnya, namun tanpa yang lain tahu, Lef. Komander Amsyar fasih berbahasa Arab. Agak wow di situ. Beliau pernah menetap di Mesir selama 8 tahun, sebelum berpindah semula ke Malaysia semasa berumur 16 tahun. Sempat la duduk SPM masa form 5 dulu.

Lef. Komander Amsyar mengetuai alunan takbir di masjid base itu. Tenang sekali alunan takbir. Pada malam itu, usai berjemaah solat Maghrib dan Isyak, ada sedikit hidangan yang disediakan oleh pihak ketenteraan Lebanon yang ada di base tersebut.

Hidangan Lebanon seperti kafta, kanafeh (kunafah bak kata orang Malaysia), hummus bersama beberapa hidangan nasi yang lain. Nasi orang Arab ni panjang-panjang dan agak kering masakannya. Beberapa orang anggota masih bertugas mengawasi kawasan base, manakala yang lain sedang menjamu hidangan di masjid base itu.

Team Alpha B antara kumpulan yang diberikan kelonggaran untuk berehat seketika daripada tugasan. Seif dan Zuhairi tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera pada malam itu.

"Dia sedap, cuma aku rasa dia kurang garam. Agak blend, tapi okey je kot kalau kita makan sekali nasi dengan hummus ni." bisik Zuhairi di telinga Seif dan Wafi. Seif pula hanya menadah telinga mendengar.

"Ya. Agak blend. Hentam je lah." bisik Wafi kembali. Hidangan nasi ayam mandy merupakan hidangan utama mereka pada malam tersebut. Masing-masing anggota yang berada di situ menggunakan baju Melayu. Ambik vibe raya walaupun jauh dari kampung halaman di Malaysia.

Usai menjamu selera, Seif mengambil keputusan untuk kembali ke dorm miliknya. Bilik dorm berkongsi untuk 5 anggota dalam satu bilik, Seif macam biasa akan berkongsi dengan Zuhairi bersama Team Alpha B yang lain.

Yang lain tengah sibuk menyediakan hidangan seperti lemang, sate ayam dan daging, kuah kacang, gulai kawah bersama beberapa hidangan raya yang lain. Buluh lemang dibawa siap-siap dari Malaysia.

Zuhairi dan Wafi sama-sama menjaga hidangan sate di situ. Agak meriah dengan anggota-anggota yang menyediakan makanan untuk raya pagi keesokan harinya. Walaupun meriah, namun mereka masih dalam keadaan berjaga-jaga. Takut ada sebarang kecemasan atau serangan hendap daripada pihak musuh. Base dikawal ketat.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Agak lambat berbanding hari sebelum-sebelum ini. Semua anggota bersemangat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk kali ini. Ada yang kali pertama menyambut raya jauh di perantauan.

Laptop dibuka, setia menanti panggilan video call daripada sang isteri di Jogjakarta. Hati agak berat dan pilu.

"Assalamualaikum, abang. Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin, abang." Sambung sahaja panggilan, terus Dhea memberi salam. "Waalaikumsalam, sayang. Selamat hari raya jugak. Okey tak sambutan kat sana? Malam ni orang kampung masak apa je?" tanya Seif kepada isteri.

Dhea pula masih melipat telekung miliknya sambil menghadap laptopnya. "Ada la beberapa hidangan. Dorang banyak buat kat rumah je. Dhea perasan yang dorang macam tak bergotong-royong dekat masjid macam puasa yang lepas. Esok baru mereka orang kampung bertukar hidangan. Unik, kan abang?" kata Dhea setelah mata kembali fokus pada skrin.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now