Rajawali 22

576 27 0
                                    

Tahun baru 2024, 22 Januari 2024

Setelah hampir setahun ikatan perkahwinan Seif Mukhriz dan Dhea Zalindra, kini pelbagai cabaran yang mereka hadapi dalam menjalinkan hubungan rumah tangga jarak jauh ini. Ruang dan waktu seperti mencemburui mereka.

Bagi Seif, dia bersyukur kerana mempunyai pendamping hidup setia seperti Dhea. Setiap kali ada masa, si suami akan bertanya khabar melalui aplikasi Zoom, berhubung atas talian jika ada masa terluang. Masih sibuk dalam berjuang dan bertugas demi negara. Dhea juga tidak putus-putus mendoakan kejayaan suaminya, di dunia dan di akhirat.

Namun, saban hari Seif semakin jarang menghubungi Dhea dan dia memahami hal itu. Operasi Seif tidak menentu buat masa sekarang kerana negara jiran Lebanon sekarang tengah bergolak kencang.

Kecederaan yang dialami oleh Seif pada bulan Oktober yang lalu pun semakin pulih dan boleh kembali operasi seperti biasa. Syukur si isteri apabila Seif semakin sihat dan boleh kembali bertugas.

Kini, Dhea masih dalam pengajian housemanship di bawah seliaan Universiti Ghajah Mada, Jogjakarta. Kini turut bertugas di salah sebuah hospital di bumi Indonesia itu pada masa yang sama. Penantian menunggu ketibaan seorang suami sangat memeritkan bagi Dhea, lagi-lagi dia berseorangan di bandaraya bersejarah itu.

Rakan-rakan yang lain, Mirza, Riana dan Fara sudah pulang ke tanah air dan menyambung pelajaran di sana sahaja. Andina dan Indah pula menyambungkan pengajian di luar negara. Hanya tinggal Dhea, setia menanti di bumi Indonesia ini.

Selepas berdoa di atas sejadah pada malam itu, Dhea hanya termenung dan tidak mampu lagi menahan air mata daripada terus gugur. Hujan lebat mencurah pada masa yang sama, bagaikan tiada tanda untuk berhenti seolah memahami situasi Dhea ketika ini.

Dia rindu. Entah pada seseorang, pada keadaan, pada memori atau pada sang Pencipta.

Sebuah Al-Quran dibuka lalu alunan bacaan kitab suci menghiasi ruang bilik itu. Lebih baik kembali ke fitrah manusia yang asal, hidup bertuhan. Sedikit sebanyak surah itu menenangkan hati Dhea yang seperti ribut taufan, tiada hala tuju.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung." - Surah Ali Imran (Ayat 200)

Telefon dicapai dan chat suaminya dibuka. "Abang? Abang okey? Abang dekat mana sekarang? Contact Dhea balik, please? I miss you." setiap hari Dhea akan bertanyakan soalan itu dengannya melalui WhatsApp dan voice mail box  milik Seif namun tiada balasan daripada Seif. Sehingga ke hari ini, masuk 2 minggu Seif tidak menghubungi Dhea.

Hatinya penuh dengan kerisauan, tapi Dhea teringat apa yang Seif ucapkan satu ketika dulu. "Kalau abang update maksudnya abang masih bernyawa, kalau takda berita tu maksudnya abang memerlukan doa daripada sayang sentiasa. Faham cakap abang tak?" dia perlahan memejamkan mata sambil melepaskan nafas perlahan.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan suamiku, ya Allah. Berikanlah dia keredaan, kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Kau temukan kami kembali, panjangkan jodoh kami untuk terus bersama." doa ditadah bersama harapan.

Beberapa gambar ketika mereka honeymoon di Cameron Highlands satu ketika dulu, terjentik hati Dhea untuk membuka satu video. Entah bila dirakam, siapa yang merakam. Dia tidak tahu adanya video itu dalam galeri telefon pintar miliknya.

"Assalamualaikum, anak-anak daddy. Daddy ni. Sorrylah daddy buka phone mummy awak. Ni daddy nak cakap yang I love you guys so much. Jaga diri anak-anak daddy bila kita bersua nanti, dan semoga anak daddy semua bijak macam mummy ye, jangan ikut daddy main air. Sekarang ni mummy tengah peluk biri-biri putih tu. Entah apa yang mummy suka sangat dengan binatang berbulu lebat tu. Daddy takda pulak mummy nak peluk macam tu. Semoga anak daddy dengan mummy menjadi penyeri hidup kami nanti, ada rezeki kita jumpa, ya sayang daddy? I love you. And love your mummy more."

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now