Rajawali 16

592 28 0
                                    

Usai menunaikan solat tarawih bersama dengan penduduk kampung yang berada di sana, Dhea bersalaman dengan para jemaah yang lain. Rakan-rakan yang lain turun sama berjemaah di masjid kampung Jawa Muslim di Jogjakarta Utara itu. Mirza sahaja yang keuzuran, terpaksa tunggu di rumah sewa milik mereka.

Dekat sini moreh lagi hebat dari berbuka puasa untuk rata-rata masyarakat Muslim di Indonesia. Agak terkejut dengan hidangan moreh kali pertama di kampung itu. "Bapak banyak. Siapa nak makan semua ni?" bisik Riana ke telinga Dhea. Dhea hanya terseyum dan menggelengkan kepala. Dhea pun mati akal.

"Pertama kali ya?" tanya Indah. "Ya, pertama kali macam ni. Moreh dekat universiti tak macam ni pun." balas Fara. Zaman universiti tu pun moreh hasil sumbangan para pensyarah, tapi rata-rata mahasiswa akan tarawih sendiri atau di kawasan luar universiti.

"Nasi ambeng satu talam besar. Mak ai! Macam mana nak habiskan?" bisik Dhea pada rakan-rakannya yang lain. "Jembut makan mbak dokter." sapa AJK masjid itu.

Mereka berlima mengambil tempat duduk di atas lantai masjid itu sebelum duduk bersimpul dalam bulatan. Dah nama pun makan nasi ambeng, mestilah dalam bulatan, takkan dalam perbarisan pulak.

Mereka berlima menjamah moreh itu setelah doa makan dibaca oleh imam masjid itu. Keadaan menjadi riuh dengan suasana yang meriah ketika moreh. Pengalaman pertama Dhea, Riana dan Fara. Andina dan Indah sudah terbiasa, tapi biasanya mereka ada hidangan lain dari Jakarta.

"Macam mana mee macam maggi goreng ni, makan dengan sambal tempe kacang jadi sedap macam ni?" kata Dhea setelah menelan kombinasi makanan yang asing itu ditekaknya.

Tak pernah cuba nasi ambeng, walaupun sudah menetap di Jogjakarta hampir 5 tahun. Namun sisa kehidupan di sini banyak dihabiskan di universiti dan hospital.

Setelah menjamu moreh bersama penduduk kampung, mereka berlima bergegas pulang ke rumah sewa, bimbang Mirza keseorangan pada masa ini. Ada beberapa log laporan perlu disemak memandangkan esok bermula puasa. Takut pula banyak budak-budak datang klinik desa sebab sakit perut, alasan je tu padahal taknak puasa.

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam waktu tempatan. Mereka berlima yang lain masih berada di ruang tamu rumah sewa itu, bergelak ketawa mendengar kisah masing-masing melayan pesakit yang datang klinik desa kampung itu.

 Dhea pula siap masuk bilik setelah menyiapkan tugasan log laporan harian mereka daripada pihak universiti. Kawasan ruang tamu dijadikan tempat mereka melakukan tugasan, tempat study. Bilik pula sekadar tempat istirehat memandangkan hanya katil dengan almari yang muat dekat dalam sana.

Dhea mengambil laptop miliknya lalu mengambil posisi duduk di atas katil. Seif dah berjanji untuk video call menerusi aplikasi Zoom. "Assalamualaikum, abang." Dhea memberi salam setelah Seif menjawab panggilan. "Waalaikumsalam, sayang. Sayang baru free ke? Lama abang tunggu." kata Seif sambil mengatur posisi kamera komputer riba miliknya itu.

"Haah abang. Tadi saya buat log laporan sikit, ambik masa sebab kitaorang tarawih dulu tadi dekat masjid sini." balas Dhea sambil matanya fokus memandang suami di paparan skrin. "Best tak? Moreh apa je tadi?" tanya Seif penuh minat.

"Abang nak tau tak? Dekat sini moreh dia kalah orang berbuka puasa. Tadi pun kami makan nasi ambeng dalam talam besar. Kitaorang dah mati akal macam mana nak habiskan. Tapi okey je, habis je kitaorang makan. Agaknya sebab tak makan malam lagi. Lepas tu kan bang, pagi tadi dekat klinik. Ada la makcik tua ni, ada cucu dia bawa ke klinik guna kereta mewah. Audi ke BMW. Tak ingat saya. Dhea macam hairanlah padahal kaya raya takkan tak di hantar ke hospital dekat bandar je? Rupa-rupanya rekod kesihatan makcik tu masih dekat klinik ni. Yang lain apa lagi, duk usha cucu kaya makcik tu lah. Hahaha." cerita Dhea pada Seif. Seif yang fokus mendengar melepaskan gelak tawa bersama isterinya.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now