Rajawali 13

611 30 6
                                    

Countdown - 2 hari sebelum Dhea balik ke Jogjakarta

Perjalanan pagi itu ke Shah Alam dalam keadaan sedikit tenang berbanding awal tadi. Tangisan Seif sudah reda namun rasa sedih itu masih tersisa. Permandangan luar kota dipandang sambil kepalanya tidak henti memikirkan nasib keluarganya bila dia operasi nanti.

Dhea yang buat pertama kali memandu kereta Honda Civic milik suaminya. Senyum sengih hanya disembunyikan. Takut laki cop bini sakai bawak kereta dia. Seif sebenarnya terkejut juga kerana Dhea bijak memandu dari TTDI ke Shah Alam tanpa sebarang Waze. Amazing!

"Sayang tahu jalan ke? Confident je abang tengok." Seif mulakan perbualan antara mereka. Perasaan sedih ini tidak patut dilayan seharian, nanti buruk muka monyok memanjang.

Tiba sahaja di Shah Alam, perjalanan mengambil masa 1 jam. Pagi Isnin memang penuh jalan dengan kenderaan.

"Dhea tahu jalan dah. 2 3 kali dah pernah pergi rumah abang. Ini first time abang pergi rumah Dhea kan? Saya dah cakap dengan ibu yang kita dah makan dekat rumah mama, tapi ibu still jugak nak masak." balas Dhea. Lega hatinya bila Seif sudah kembali seperti biasa.

"Haah first time abang pergi rumah sayang, kan? Takpa, kita makan je nanti. Sayang balik Jogja nanti tak dapat nak rasa semua tu. Abang pun dalam otak sekarang ni nak rasa semua makanan sebelum masuk base nanti. Abang dengar Shah Alam ni banyak port makanan tepi jalan." balas Seif sambil memandang ke arah kawasan sekitar Seksyen 13 Shah Alam.

"Haah. Banyak je. Petang sikit saya bawak abang. Abang okey dah?" tanya Dhea ringkas sambil mencuri pandangan ke arah suaminya di sebelah. "Haah okey dah. Thank you sayang tolong sedapkan hati abang. Ish gebunya!" pipi Dhea dielus lembut semakin kasar dan diakhiri dengan cubitan. Senyuman diberikan pada suaminya. Lesung pipit yang tenggelam itu masih dalam cubitan Seif. Geram nak gomol.

"Dhea bawa abang pergi beli barang dulu boleh? Kira nak bawak barang sikit ke Jogja nanti. Beli maggi, milo, tin kari kerang, air soya kotak. Packed food Malaysia takda sangat dekat sana." kata Dhea selepas kereta milik Seif masuk ke dalam kawasan pakir kereta Aeon Mall Shah Alam.

"Sayang memang selalu beli barang dulu sebelum flight?" tanya Seif lalu membuka tali pinggang keledar. Dhea dengan berhati-hati membuat 'reverse-parking'. Maklumlah kereta laki, bukan kereta dia sendiri.

"Haah. Dhea biasa balik sana bawa balik 2 luggage. 1 luggage memang besar untuk makanan je. Luggage lagi 1 bawa baju dengan toiletries. Dah siap parking. Lurus tak, abang?" tanya Dhea memandang ke arah Seif selepas berpeluh sejuk dia cuba memakirkan kereta itu. Punyalah lebar, tak boleh agak besar kereta tu macam mana.

"Uish lurus sangat ni sayang!" pujian Seif melambung sambil menepuk perlahan bahu milik Dhea. Dhea tengah bangga sekarang ni, kembang kempis lubang hidung kena puji.

"Jom abang!" keluar sahaja mereka dari kereta terus satu troli dibawa masuk ke dalam pusat membeli belah itu. 

Sekelip mata, penuh satu troli dengan makanan Dhea. Tadi mereka masuk ke dalam Aeon jam 10:30 pagi, tak sampai sejam, penuh satu troli. Maggi kari sahaja dah 3 peket. Belum lagi milo, susu pekat, makanan tin, air kotak, kudap-kudap yang lain. Cocopie pun beli di Aeon? Indonesia takda ke semua ni?

Seif yang hanya menolak troli tu pun dah mengah menolak semua yang ada. "Sayang, muat ke semua ni masuk dalam luggage sayang tu? Macam overload sangat dah ni?" tanya Seif ketika mereka berada di kaunter pembayaran.

"Muat ni. Dhea pakar bab packing. Abang tak payah risau la." Dhea yang meletakkan semua barang yang dibeli ke atas meja kaunter satu per satu itu hanya menjawab ringkas.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now