Rajawali 30

634 26 0
                                    

Flashback : 17 Mac 2025 (12 hari sebelum Syawal 1446H.)

Ketika tiba di Malaysia 7 Januari yang lalu, Seif dan Lef. Komander Amsyar terus dibawa ke hopital untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya setelah hilang jejak hampir satu tahun tanpa khabar.

Pihak SAR ke kawasan pelarian yang menempatkan Seif dan Lef. Komander Amsyar sehari selepas mereka dapat dihubungi 1 Januari yang lalu.

Latihan asas PASKAL merangkumi ujian asas kecekapan & kecergasan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota juga turut dihadiri. Memandangkan Seif baru sahaja pulih dari segi mental dan fizikal, dia diberi sedikit kelonggaran berbanding dengan anggota yang lain. Lef. Komander Amsyar juga diberi kelonggaran menghadiri latihan asas komander PASKAL.

Akhirnya three musketeers kini kembali bertiga. Kehadiran Seif menceriakan kembali Zuhairi dan Wafi yang hidup serba salah memandangkan mereka turut berada dalam misi yang sama tapi jejak Seif hilang sekelip mata. Betapa peritnya tengok isteri Seif merana, meroyan bila dapat tahu Seif hilang semasa operasi. Zuhairi dan Wafi turut merasa kehilangan itu.

Lagi-lagi si Zuhairi, dia yang berada dalam operasi yang sama dengan kumpulan Alpha yang lain. Dia turut berada di tempat kejadian. Tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri. Zuhairi hanya mampu menumpang simpati yang dihadapi oleh Dhea kerana dia melihat sendiri isteri kepada rakannya itu ulang-alik ke hospital kerana depresi teruk. Setiap hari berdoa agar team SAR PASKAL berjaya menemui Seif dan Lef. Komander Amsyar kembali.

Doa seorang isteri dan sahabat termakbul jua.

Setelah mendapatkan rawatan rapi daripada pihak hospital dan tamat latihan asas PASKAL, akhirnya Seif dan Lef. Komander Amsyar dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dan diberi cuti untuk beberapa minggu sehingga diberikan notis kembali bertugas selepas raya nanti.

Dhea masih tidak dihubungi lagi sejak Seif tiba di Malaysia. Katanya nak beri kejutan. Keluarga Seif dan keluarga Dhea hanya memberi kerjasama. Diam-diam sikit, orang nak bagi surprise kat bini.

Untuk Fatima, Amir dan pakcik Hamzah pula, mereka masih dalam proses mendapat kerakyatan Lebanon hasil usaha Lef. Komander Amsyar sendiri. Konsultasi kerakyatan daripada 3 negara membabitkan Lebanon, Syria dan Malaysia memakan masa.

Usai menyelesaikan latihan asas komander PASKAL selama beberapa minggu, Lef. Komander Amsyar kembali ke bumi Lebanon untuk mendapatkan isterinya.

Tanpa sedar, rupanya Fatima berbadan dua walaupun usia perkahwinan masih lagi muda, 3 bulan sejak berkahwin awal tahun yang lalu. Bunting pelamin kata orang tua-tua. Apa boleh buat, Lef. Komander Amsyar sihat tubuh badan orangnya. Kandungan turut berada dalam keadaan yang baik walaupun masih awal. Syukur kerana dijaga rapi di kem ketenteraan di Lebanon.

Kata Lef. Komander Amsyar lagi, dia akan menyambut Syawal di sana sahaja memandangkan Fatima masih dalam first trimester, memerlukan jagaan yang rapi. Untuk keluarga Lef. Komander Amsyar di Kuala Lumpur pula, mereka bersyukur kerana Lef. Komander Amsyar akhirnya menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya. 

Muda 10 tahun bhai. Punya susah nak suruh Komander sorang tu kahwin, 2 kali dah putus tunang, rupanya jodoh dia jauh nun di Tanah Arab. Keluarga tidak mengharapkan apa-apa, cuma lebih baik dibawa sahaja ke Malaysia bersama keluarga Lef. Komander Amsyar di sini.

Niat Lef. Komander Amsyar juga nak bagi medical support dekat isteri dan pak mentua dia, nak bagi Amir merasa pendidikan sepatutnya di Kuala Lumpur. Kini sedang berusaha untuk membawa mereka sekeluarga ke sini.

~

Seif, Zuhairi dan Wafi kini berada di rumah opah. Menjenguk sekejap sebelum Seif bertolak ke Kuala Lumpur. Ruang tamu rumah opah kini bising dengan kehadiran Syafiq dan mak ngah. Menjemput kehadiran Seif yang baru menjejakkan kaki di rumah itu sejak sekian lama, hampir 2 tahun yang lalu.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now