Rajawali 20

577 24 0
                                    

Sabtu, 30 September 2023

Hari majlis penyampaian ijazah atau majlis graduasi diadakan di Universiti Ghajah Mada, Jogjakarta, Indonesia. Akhirnya, segala kerah usaha, pengalaman dan ilmu yang ditimba dibalas dengan segolong ijazah yang disampaikan pada hari ini. Ibu, ayah dan Danial turut hadir dan berada di tempat duduk bahagian atas dewan majlis graduasi.

Pada tengah bulan September dulu, Dhea dan rakan-rakan yang lain berjaya menghabiskan KKN mereka di sebuah kampung yang terletak tidak jauh di bandar besar Jogjakarta, sebuah perkampungan Jawa di situ. Maka tamatlah zaman pengajian dalam bidang perubatan selama 6 tahun setengah lamanya. Syukur kehadrat Ilahi, semua urusan dalam pengajian dan pembelajaran Dhea dipermudahkan.

Debaran kian terasa. Dhea kini berada di barisan hadapan antara mahasiswa pelajar perubatan yang lain. "School of Medicine, Medical Doctor, Dr. Dhea Zalindra Binti Muhammad Azizi." jejak kaki yang agak bergetar itu dilangkah ke atas pentas dewan itu. Seyuman pantas dilontarkan lalu beberapa kamera mengambil posisi masing-masing sebelum gambar diambil.

Kelihatan air mata Puan Sri Suraya bergenang di antara pipinya. Syukur alhamdulillah, anak sulungnya kini bergelar seorang doktor perubatan. Tercapai hasrat mereka suami isteri ingin melihat anak-anak mereka berjaya sehingga ke menara gading. Tinggal Danial sahaja lagi, berbaki setahun untuk menghabiskan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan.

Danial pantas menangkap moment dimana kakaknya mengambil segolong ijazah di atas pentas yang gah tersebut. Terasa bangga di dada, ada seorang kakak bergelar doktor. Dapat dia menganjing orang-orang kampung lepas ni, anak mak teh seorang doktor, seorang lagi jurutera.

Gambar dan video yang ditangkap pantas forward kepada abang iparnya. Hari ini terlebih istimewa dimana hari ini juga tarikh hari lahir Dhea, 30 September 1999.

"MashaAllah anak kita, abang. Konvokesyen pada hari birthday dia. Syukur bang doa saya dimakbulkan. Syukur, ya Allah." lengan milik suaminya dipaut lalu digengam kemas oleh Tan Sri Azizi. Danial turun menyandarkan kepala pada bahu ibunya. Sama-sama berpelukan, bangga dengan Dhea.

Sebaik turun Dhea dari pentas tersebut, senyuman bangga pada keluarganya di bahagian belakang dewan. Ibu dengan pantas melontarkan flying kiss kepada Dhea.

Pada malam tersebut, mereka sekeluarga menjamu selera di salah sebuah restoran mewah di tengah bandaraya Jogjakarta. "Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to kakak. Happy birthday to you." nyanyian kedengaran di sudut bahagian restoran itu.

Dhea tak lekang dengan senyuman terus meniup lilin di atas kek hari lahir bewarna krim, perisa Biscoff yang ditempah khas Danial semalam. Ibu ni semua benda last minute, nasib sempat jumpa kedai kek dekat Jogja ni.

"I'm proud of you, baby girl ibu. Tahniah Dr Dhea, bini Leftenan Seif Mukhriz. Semoga Dhea dapat berbakti dengan ijazah yang Dhea dapat. Kakak nak sambung study lagi tak?" tanya ibu setelah mengucup dahi anaknya itu.

"Memang niat Dhea nak sambung, cuma Dhea kena bincang dengan Seif dulu. Sekarang kan Dhea bawah tanggungan Seif, takut pulak membebankan Seif, bu." balas Dhea lalu mengambil tempat duduk disebelah ibunya. Selama Dhea balik ke Jogjakarta sejak bulan Mac dulu pun Seif yang bagi duit belanja bulan-bulan sampai sekarang. Kalau matawang Malaysia jumlahnya cuma RM1500, tapi bila ditukar ke Rupiah, auto kaya Dhea.

Ibu ayah pun tak lepas bagi duit belanja pada Dhea, 3 ke 4 ribu tiap bulan walaupun sudah bergelar isteri Seif. Kata ibu, Dhea masih baby girl ibu ayah, anggap je duit belanja yang ibu ayah bagi tu sebagai duit simpanan untuk masa depan. Untuk cucu-cucu pulak ke. Eh?

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now