Rajawali 14

614 26 0
                                    

Countdown - Hari keberangkatan Dhea ke Jogjakarta, 8 Mac 2023

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Persiapan terakhir telah dibuat sejak semalam. Segala kelengkapan sebelum terbang ke Jogjakarta telah siap sepenuhnya pagi ini.

Puas Seif memujuk isterinya. Sepanjang malam menangis dek kerana tak mahu berpisah dengan suaminya. "Sayang, abang janji akan jemput sayang dekat Jogjakarta nanti. Sayang habis bulan 9, kan?" tanya Seif sambil membelai kepala isterinya yang masih teresak dalam pelukkannya. Dhea hanya mengangguk perlahan.

"I love you. So much. Sayang isteri abang dunia akhirat." dahi isteri dikucup penuh makna. Perlahan kedua tangan Seif menekup pipi Dhea, mengelus sisa air mata yang jatuh ke pipi. Dhea tidak membalas sepatah. Bimbang kalau air mata makin lebat jatuh.

"Jom. Abang hantar sayang. Salam ibu ayah dulu." dengan lembut Seif mengatur kembali tudung yang berantakan lalu menarik tangan Dhea untuk turun ke bahagian pintu utama rumah itu bersama 2 bagasi milik Dhea dan satu beg galas milik Seif. Danial, ibu dan ayah sudah berada di ruang tamu.

"Dhea pergi dulu ibu, ayah. Aku pergi dulu, Danial. Terima kasih ibu, ayah sebab jaga Dhea selama ni, jaga makan minum Dhea." tangan kanan ibu disalam penuh sayu. Tak pernah lagi ibu dan ayah melihat Dhea sedih seperti ini bila terbang semula ke Jogjakarta. Selalu relax je, kali ni terlebih emo.

"Jaga diri. Ingat pesan ibu ayah selalu. Sekarang ni Dhea balik Jogja sekali dengan maruah suami, tau? Jaga diri, jaga batas. Apa-apa pun ibu doakan yang terbaik buat anak ibu. Baby girl anak solehah ibu ayah." raut wajah Dhea diusap perlahan oleh ibu.

"Seif minta diri dulu, ibu, ayah. Doakan Seif selamat pergi dan selamat balik." kata Seif sebelum tangan ayah mentuanya disalam penuh hormat. "Insha-Allah. Semoga Seif sentiasa dalam perlindungan Allah SWT." bahu menantu Tan Sri Azizi itu ditepuk-tepuk.

Perjalanan awal pagi dari Shah Alam ke Kuala Lumpur International Airport Terminal 1 hanya mengambil masa kurang 40 minit. Esakan halus milik Dhea masih tersisa. Seif dan Zuhairi bertugas untuk menghantar Dhea ke lapangan terbang lalu memecut ke Pangkalan TLDM pada pagi yang sama untuk melapor diri.

Balai berlepas sedikit regang pagi itu memandangkan hanya beberapa pesawat yang akan terbang pada awal pagi. Penerbangan 3 jam dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta akan berlepas jam 7:25 pagi, dan Dhea perlu boarding 40 minit sebelum berlepas.

2 bagasi Dhea sudah dimasukkan ke check in baggage. Mereka beriringan sebelum menghantar kepergian Dhea pada pintu berlepas antarabangsa.

Pantas Dhea mengeratkan pelukan pada tubuh si suami buat kali terakhir sambil melepaskan esakan yang ditahan daripada tadi. "Please don't cry. Sayang buat abang rasa bersalah." suara milik Seif juga turun sebak. Malu dengan member pandang dari tadi.

"Ingat janji abang. Ingat yang abang akan selalu cintakan dan sayangkan isteri abang ni. Jaga maruah sayang, jaga maruah abang. Abang percaya sayang akan setia dengan abang hingga akhir hayat. Ingat, abang janji akan jemput sayang satu hari nanti. Tunggu abang, ya sayang?" akhirnya tubir mata milik Seif turun jatuh ke pipi. Berat hatinya melepaskan isterinya pergi. Perkahwinan baru berusia 2 minggu, namun harus berpisah dengan si isteri.

"Makan jangan lupa, solat jangan tinggal. Nanti, kita update dekat WhatsApp semua benda, okey? Kalau abang tak dapat, abang akan try guna email. I love you so much. Ingat tu?" kata Seif sambil mengelus perlahan air mata yang gugur di pipi isterinya itu.

Dhea hanya mampu mengeluarkan esakan sambil mengangguk kata-kata suaminya itu. Pelukan terakhir diberikan pada si isteri sebelum Seif dan Zuhairi perlu bergerak ke Lumut pada pagi yang sama. Dhea mengucup lembut tangan suaminya. "Dhea akan sentiasa tunggu abang. I love you too, abang. And I will miss you." bisik Dhea.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now