Rajawali 1

1.4K 36 0
                                    

Cuaca ketika ini sangat redup dan nyaman. Ketibaan Dhea Zalindra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jogjakarta, Indonesia. Dhea melakukan regangan badannya selepas hampir 3 jam di dalam penerbangan.

Perutnya juga berbunyi, menandakan perutnya sangat lapar pada ketika ini. Trolley bagasinya disorong ke depan pintu masuk di balai ketibaan di lapangan terbang itu. Cuti semester kali ini Dhea memutuskan untuk pulang ke Malaysia selepas hampir setahun tidak pulang ke tanah air.

Raya tahun lepas pun tidak sempat Dhea pulang beraya kerana kekangan masa dan praktikal di hospital Jogjakarta. Tambang penerbangan juga melambung naik pada musim Hari Raya Aidilfitri.

Dhea kini dijemput oleh rakan baiknya zaman sekolah menengah di Penang dahulu, Aqilah. Kawan baiknya ini pula menyambung pelajaran di Selangor sahaja, masing-masing membawa haluan sendiri namun ikatan persahabatan mereka tetap utuh selepas 11 tahun perkenalan mereka.

"Kau cuti ni berapa lama?" tanya Aqilah ketika mereka berdua selesai makan di salah sebuah restoran di pasaraya tengah kota tersebut. "Dalam sebulan kot. Aku tak sure jugak sebab jadual sem depan belum keluar lagi." kata Dhea sambil mengelap mulutnya dengan sehelai tisu.

"Lah, kau tinggal berapa tahun lagi ni? Dari habis SPM, lepas tu masuk matrikulasi, aku dah habis degree dah tapi kau pulak sama je dari dulu. Tapi untung la kau eh, dapat merasa tempat orang." kata Aqilah setelah selesai mengunyah nasi ayam miliknya. "Hahaha takda maknalah. Dekat negara orang tu makin rindu dekat tanah air."

"Susah tak medic?" tanya Aqilah lagi. "Kalau belajar ni takda benda yang senang, tapi sebab minat aku teruskan saja. Tapi ikut perangai aku zaman sekolah, lama dah aku berhenti. Ni pun sebab biasiswa, nak taknak kena habiskan jugak." kata Dhea lalu menyuakan nasi ke dalam mulut.

"Oleh kerana kau cuti lama kali ni, nak dengan aku tak lusa? Cousin aku ada birthday party dekat rumah dia. Aku jadi segan lah sebab mak ayah aku tak balik umrah lagi." kata Aqilah sambil mengerdip mata manja di hadapan Dhea.

"Cousin kau yang mana satu pulak ni? Ish seganlah aku." tanya Dhea sambil mengangkat kedua tapak tangannya ke udara.

"Lah, takdanya segan memanjang. Ni family-family je dia jemput. Tapi aku malu lah sebab aunty aku tu anak dia semua lelaki. Aku mana ramah sangat dengan dorang." kata Aqilah lagi sambil membesarkan matanya.

"Yelah, yelah. Aku pergi ni pun sebab makanan free tau tak. Eh, takpa ke bawak aku?" tanya Dhea lagi untuk kepastian.

"Ee bisinglah dia ni. Orang bagi makanan nanti ambik jelah, Dhea oi. By the way, anak aunty aku tu semua orang uniform." Aqilah senyum sinis kepada Dhea. "Taste aku bukan orang beruniform, aku tak berminat." jawab Dhea pantas.

"Eleh jangan benci sangatlah, jumpa jodoh tentera baru tau." balas Aqilah dengan sindiran. "Tak benci, cuma tak minat." gelak tawa mereka kedengaran di sudut restoran tu.

~

Kereta Aqilah menghon depan halaman rumah Dhea. Jam di screen kereta itu menunjukkan tepat jam 8.30 malam. Ni apa kita namakan 'janji Melayu'. Majlis sepatutnya bermula pada pukul 8 malam, namun dek kerana Aqilah tengah sakit perut dalam perjalanan ke rumah Dhea, dia mengambil keputusan untuk patah balik.

"Eh awalnya, kak. Tak boleh awal lagi ke jemput saya ni?" kata Dhea berbaur sindiran kepada Aqilah. "Ee orang tengah sakit perutkan? Nasib tak terberak dalam kereta ni." jawab Aqilah. Dhea menurunkan cermin solek di hadapannya, mengatur sedikit gincu di bibirnya.

"Aku call aunty aku petang tadi, aku cakap aku bawak sorang kawan, dia cakap okey je, asal aku tak memandu sorang-sorang time malam macam ni. Sedih pulak aku jadi anak sulung ni, tukang jaga rumah, jaga kucing." Aqilah mengeluh perlahan.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now