Rajawali 25

607 31 6
                                    

Setahun kemudian, 19 Mac 2025 (10 hari sebelum Syawal 1446H.)

Keadaan hospital agak rengang hari ini. Dhea sebenarnya selesai bertugas sejak 6 petang tadi, namun ada beberapa tugasan perlu disiapkan memandang pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Medical Science di Universiti Ghajah Mada hampir ke penghujungnya. Dan seperti biasa, Dhea akan menikmati makan malam di kafeteria hospital itu lalu menyambungkan tugasannya di bilik peribadi.

Dhea pulang ke rumahnya pada malam itu setelah jam menunjukkan angka 9 malam. Setelah bertugas lebih 10 jam di hospital, dia mengambil keputusan untuk singgah di warung-warung berdekatan dengan hospital. Lagi pula keadaan malam di Jogjakarta masa bulan Ramadan ini agak meriah, Dhea mengambil keputusan untuk memandu sahaja ke rumah walaupun mengambil masa hanya 10 ke 15 minit sahaja dari hospital.

Dhea meregangkan badannya sebelum duduk sebentar di ruang makan sambil menjamu juadah moreh dibelinya di kafeteria hospital seperti cilok dan bakso sebelum membersihkan diri. Keadaan yang hujan lebat diluar, best kalau tidur ni.

Memang Dhea perasan yang sebulan dua ini dia semakin berselera. Entah kenapa, mungkin kesihatannya kembali normal selepas setahun berita kehilangan Seif di Lebanon tanpa khabar berita. 

Selepas sahaja balik ke Jogjakarta setelah menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, ibu turut tinggal bersama Dhea dalam 3 bulan pertama, memandangkan keadaan Dhea masih belum sihat dan perlu pemantauan berkala. 

Keberadaan ibu menemani Dhea di Jogjakarta sangat membantu Dhea untuk pulih semangat. Siapa je tak sedih bila suami gugur di medan tempur namun jasadnya masih belum dijumpai sehingga sekarang.

Bagi Dhea, dia percaya yang Seif masih lagi hidup sehingga ke hari ini. Dia percaya akan janji suaminya itu, syurga dunia akhirat milik Dhea. 3 bulan pertama selepas pulang beraya, tempoh yang sangat sukar bagi Dhea.

Dhea berperang dengan mental dan fikirannya sendiri. Prestasi Dhea agak menurun, fikirannya kerap melayang memikirkan nasib suaminya di sana. Namun dengan bantuan ibu dan prescription ubat depresi dan anxiety dimakan tepat pada masanya, akhirnya Dhea mampu hidup seperti sedia kala walaupun ada sekali sekala fikirannya terganggu.

Doa seorang isteri sentiasa mengiringi langkah Seif di sana. Tidak putus-putus dan setiap hari Dhea mendoakan keselamatan dan kesihatan Seif.

Telefon dihidupkan. 19 Mac 2025, 19 Ramadan. Tiada notifikasi daripada sesiapa, cuma ada beberapa email dari pihak universiti masuk. Sikit lagi thesis miliknya siap. Tak sabarnya habiskan pelajaran dan balik Malaysia.

Ting!

Satu notifikasi dari nombor asing terpampang di kaca skrin telefon pintar itu. Cuak. Kalau aku pun cuak nombor asing tiba-tiba chat masuk.

"I'm coming!"

Tanpa menghiraukan nombor itu, bingkas Dhea bangun lalu untuk membersihkan diri. Ketika selesai membersihkan diri pada malam yang sama, ada satu ketukan pintu kedengaran. Perasaan takut menguasai diri. Tidak pernah seumurnya hidup di studio ini ada tetamu. Teringat pesanan ringkas yang diterimanya tadi.

Pantas Dhea mengambil telekung miliknya, itu yang terdekat yang ada untuk menutup aurat. Takkan pos datang malam ni? Biasanya barang-barang yang dipos ibu atau mama akan dihantar menggunakan alamat hospital sahaja. Dhea menilik siapa yang mengetuk pintu miliknya, uish seram sejuk. Bikin suspen. Stalker lagi ke?

Pintu berhenti diketuk seketika, langkah Dhea turut terhenti statik di situ. Kembali pintu utama diketuk, kali ini lebih kasar. Perlahan Dhea melihat gerangan yang mengetuk pintu utama itu. Bimillah.

"Iya, bisa saya bantu?" mata Dhea tidak berkelip, tangan bergetar memegang tombol pintu, hati usah dikata lagi, memang luruh. Semua emosi bergabung. Sedih, gembira, kecewa, rindu, lega, risau, terkejut. Tapi lebih kepada terkejut.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now