Rajawali 15

666 29 0
                                    

Sehari sebelum Ramadan 2023, 22 Mac 2023

Segala persiapan fizikal dan mental untuk mengiringi kapal batalion Malaysia ke Lebanon telah hampir lengkap pada hari ini. Hari ni juga anggota PASKAL juga telah lengkap menjalani ujian kecekapan & kecergasan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota sebelum operasi 2 hari lagi.

Seif dan Zuhairi berada di kawasan lapangan menembak tepat. Latihan terakhir untuk Seif sebagai seorang penembak tepat PASKAL yang bakal menganggotai operasi ke Lebanon kali ini.

"Rajawali, shoot." kata seorang Sarjan yang bertugas sebagai penilai untuk ujian penembak tepat. Peluru dilepaskan pada target 200 meter dari kawasan lapangan. Dengan keadaan meniarap, nafas ditarik dan dihembus perlahan. 'Fokus' bisik Seif di situ.

 "Rajawali, head shot! Nice! Second target 500 meter, head shot." arahan berikutnya daripada Sarjan. 

Zuhairi yang berada di lapangan turut sama merasai debaran. Bukan apa, payah kalau Seif tak lepas ujian kali ini, boleh jadi Seif ditukar ke kumpulan yang lain ataupun tidak mengikuti operasi. Mana mahunya si Zuhairi kalau takda Seif.

Peluru dilepaskan. Zuhairi di belakang hanya beriak seperti biasa walaupun bahunya sedikit tersentak dengan bunyi tembakan itu. "Nice! Last target Rajawali, 700 meter head shot." arahan terakhir sebelum penilaian tamat.

Seif menukar sedikit posisi ke kanan sebelum peluru ditarik dan mata terarah ke arah sasaran. Mata dominan sebelah kanan difokuskan pada sasaran. Tarik nafas, hembus. "Nice shot! Leftenan Seif Mukhriz, pass!"keputusan itu diumum sejurus selepas sasaran ketiga tepat menembak ke arah kepala sasaran.

"Alhamdulillah." satu hela nafas dilepaskan. Syukur dia lulus untuk ujian sebelum operasi tidak lama lagi. Memang menjadi kebiasaan untuk Seif menjalani ujian penembak tepat, setiap kali ujian itulah hatinya penuh debaran. Masa operasi tak gelabah macam ni pun.

"Alhamdulillah! Syukur kau lepas!" kata Zuhairi yang mengambil posisi meniarap disebelah Seif. Bahu rakannya itu ditepuk berkali-kali. Seif hanya tersenyum. "Cantik tak aku tembak?" kata Seif.

"Mana aku nampak, bodoh. Setengah kilometer." balas Zuhairi. Zuhairi yang berada di sebelah menolak Seif kasar ke tepi sebelum mata tertumpu pada bahagian optik senjata itu. "Head shot, aku nak expect apa lagi dari kau? Kau nampak apa, gila? Asal aku tak nampak 700 meter ni?" Seif di sebelah hanya menjulingkan mata ke atas.

"Sebab tu optic sniper ni ada kuasa pembesaran pemboleh ubah, yang boleh ikut kehendak aku. Boleh longgarkan berbeza-beza tempat, atau masa aku perlu penglihatan luas. Adjustlah ikut fokus mata. Tu sniper tak boleh terus tembak, kena adjust dulu besar macam mana, fokus macam mana, target besar macam mana." kata Seif yang sudah berada dalam posisi berdiri bergerak ke arah beg yang menempatkan segala kelengkapan senapang penembak tepat miliknya.

"Ohh. Nasib juga aku tak ambik ni dulu. Boleh juling mata tengok." balas Zuhairi lalu bangkit dari posisi. Zuhairi pula dalam bidang bahan letupan. Kalau ada bom ke, hand grenade ke, dia pakar untuk matikan bahan letupan tersebut. Wafi pula bidang mencari dan menyelamat (SAR). Sebab itulah Seif dan Zuhairi berada dalam team Alpha, pelbagai pengendalian berat dikumpulkan dalam satu tim yang sama. Team Charlie seperti Wafi sebagai team backup.

Untuk misi ke Lebanon kali ini terbahagi kepada 3 tim tempur, Alpha, Bravo dan Charlie diketuai oleh Mejar

Alpha (10) ; pengendalian berat (bahan letupan, penembak tepat, pengintipan jarak jauh, etc)

Bravo (10) ; Pertempuran khas (tempur jarak dekat dan jauh, backup team Alpha)

Charlie (10) ; Team A - mencari dan menyelamat (SAR) & Team B - perubatan tempur (medic)

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now