Rajawali 40 [END]

1K 31 5
                                    

Beberapa bulan kemudian, 20 Disember 2025, Kuala Lumpur

Pagi-pagi lagi Dhea dah merasa yang perut bulatnya diusap oleh seseorang. Mata perlahan dicelik, kelibat suami yang baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh diusap lembut rahang tirus milik lelaki itu.

"Abang." panggil Dhea dengan mesra. "Sayang, selamat pagi. Assalamualaikum baby boy daddy. Jom sayang, abang tolong sayang mandi then solat. Jom. Sejadah, telekung dengan kerusi abang dah ready siap-siap. Jom." perlahan Dhea yang tengah sarat itu dibantu untuk bangkit dari katil.

Due date untuk anak kali ini hampir menjelang tiba. Anggaran 22 Disember, boleh jadi awal, boleh jadi lambat. Sepanjang mengandung kali ini, Dhea memang tak boleh nak telan apa-apa sejak trimester pertama dan kedua. Telan nasi pun akan keluar balik. Benda bergoreng lagilah tak boleh nak telan. Cuma ada sekali Dhea mengidam sangat nak banana cheese, nasib sahaja tekak boleh menerima, dah nama mengidam.

Trimester ketiga baru dapat telan nasi, dapat makan makanan berat yang lain. Memang banyak tempat mereka suami isteri teroka, demi menyampaikan hajat dan keinginan Dhea. Nasib je bini tak mengidam benda pelik-pelik. Cuma yang ekstrem sikit, Dhea mengidam nak makan strawberi Jepun yang harga beratus-ratus sebab tengok video Tiktok Janna Nick makan strawberi Jepun, strawberi yang merah menyala dan besar. Seif pula hanya turuti, nak buat macam mana, dah nama bini.

Seif pula menjalankan tanggungjawab sebagai suami seperti biasa walaupun jauh nun di Lumut, Perak. Setiap minggu Seif akan menjengguk Dhea di KL, tidak pun Dhea yang ke sana untuk bercuti hujung minggu.

Isterinya dilayan seperti permaisuri, semua kerja rumah Seif yang akan buat hujung minggu walaupun kadang-kadang Seif berasa penat melayan mak buyung seorang ini. Namun, dia tidak mahu lagi kesilapan sama berulang. Cukup baginya kehilangan kepercayaan isterinya sebelum ini. Bagi Seif, dia akan menjaga dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang untuk isteri dan anak-anak mereka nanti.

Seif kini sudah seminggu berada di Kuala Lumpur memandangkan hari untuk Dhea bersalin semakin dekat. Semakin dekat nak bersalin, simptom wanita bersalin pun semakin jelas. Sakit belakang, perut rasa senak, payudara membengkak, jari jemari pun membengkak. Kandungan sihat alhamdulillah walaupun mengandung kali ini mempunyai risiko kerana Dhea mempunyai penyakit anemia sejak dulu lagi.

Memang letih kaw kaw, cepat semput, nampak pucat dari biasa, jantung berdegup laju. Solat pun kena duduk je. Seif seminggu ni memang menjalan tugas sebagai tukang urut. Dhea memang tak boleh nak berjalan sikit, walaupun hanya sementara mencari keperluan bayi, masih perlu untuk berehat sebentar di kereta sebelum sambung balik membeli-belah.

Dekorasi untuk bilik anaknya juga telah siap. Anak sulung mereka adalah lelaki. Memang senyum sampai ke telinga Seif bila bagitahu orang kampung dulu bila dapat tahu jantina anaknya.

"Oi Syafiq, aku dapat anak laki. Bagus tak aku? Kejap je aku buat sepupu kau bunting. Anak lelaki pulak tu. One shot." Syafiq yang masih meniup laksa yang masih panas mengambil tempat duduk berhadapan tv di ruang tamu rumah opah. Seif yang ternampak Syafiq sorang-sorang, duduk di sebelah lelaki itu.

"Ya ya je anak kau laki, entah keluar esok lusa perempuan." balas Syafiq bersama jelingan. "Tapi bagus jugak kau kan, dapat tarik perhatian makcik-pakcik kita. Taklah muka aku je yang dorang sibuk. Tanya bila tunang la, bila kahwin la, bila nak bawak perempuan jumpa mak la. Naik rimas aku. Ni Dhea dah bunting dapat la dorang tukar topik kali ni. By the way tahniah ler, dalam diam kau ni boleh tahan gatei jugak kan. Tak penyabor. Baru jumpa bini puasa lepas, ni dah nak bersalin hujung tahun ni. Tahniah! Tahniah!" sambung Syafiq lagi setelah menelan laksa itu semangkuk. Memang tersengih macam kerang busuk ler si Seif dipuji begitu.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now