Epilog 4 (Raya Edition)

469 24 1
                                    

Pagi satu Syawal di rumah kampung penuh dengan suasana meriah luar dan dalam. Maklumlah, raya pertama si kecil Syarif Dayyan bersama keluarga. Kalau diikutkan memang nak balik ke kampung sebelah Puan Alma dulu di Johor, namun ada kematian ahli keluarga terdekat, terpaksa mereka beraya di kampung opah sahaja.

Baju kurung bewarna emerald green sedondon mereka anak beranak bersama ibu, ayah dan Danial. Ibu nak sangat menjahit baju Syarif raya tahun ni, cucu sulung katakan. Seif dan Dhea hanya mengiyakan sahaja. Lagi jimat dua laki bini tu nak cari baju Melayu Syarif. Sekarang ni trend ke sampai baju Melayu budak lagi mahal dari baju Melayu bapak?

Dhea dan Syarif pada pagi itu hanya menunggu di rumah opah sahaja memandangkan yang lain menunaikan solat Aidilfitri di masjid kampung. Sepupu bongsu Dhea, Ladyana bertanggungjawab menjaga Syarif di ruang tamu manakala yang lain sibuk di dapur.

"Syarif, bila Syarif nak bangun? Aunty Yana sunyilah takda orang main sekali. Syarif dah-dahlah tidur tu." kata Ladyana menunggu Syarif tersedar di sofa kampung rumah itu memerhati Syarif yang tengah nyenyak tidur dalam buaian. Ladyana sekarang dah besar dah, masuk tadika dah pun. Sebab tu Dhea membiarkan sahaja mereka di ruang tamu.

Mendengar rintihan daripada mulut kecil Ladyana, Dhea yang tersandar pada jenang pintu ruang tamu itu tersenyum manis melihat situasi itu. Ladyana bersandar lemah di sofa sambil kaki tidak berhenti mengayunkan buaian Syarif.

Dhea datang mendekati. "Hai Yana. Lama ke Syarif tidur?" Ladyana mengangguk sambil mencebikkan bibirnya. "Lama sangat Kak Ya, Yana dah mengantuk sekali tunggu Syarif bangun." balas si kecil bernada kecewa. "Biasanya Syarif akan tidur balik lepas mandi dengan menyusu. Nanti kejap lagi dia bangunlah tu. Yana tolong Kak Dhea isi balang biskut nak? Ada kerepek opah buat sekali semalam belum hidang lagi. Nanti orang balik masjid semua lapar tu." Dhea menarik lembut tangan kecil Ladyana menuju ke meja kuih. Tersenyum Ladyana apabila diajak Dhea menyusun balang biskut.

"Kak Ya buat semperit tu jadi ke? Yana nak rasa boleh?" kedua tapak tangan Ladyana menadah meminta semperit susu yang Dhea buat 2 hari lepas. Tu je rasanya biskut yang paling senang nak buat. Lagi satu German cookies. Campak je, taruk pewarna, dah siap warna-warni biskut raya atas meja tu.

Apabila tengah sibuk menyusun biskut di atas meja tersebut, tiba-tiba sahaja Ladyana terbaring di pangkuan Dhea. "Eh Yana kenapa ni? Letih sangat ke?" Ladyana tidak membalas, hanya memeluk perut kempis Dhea dengan erat. Aih? Budak ni dah kenapa?

"Yana nak bermanja dengan Kak Dhea ke?" tubuh kecil itu turut dipeluk oleh Dhea. Mungkin sepupunya itu hanya ingin bermanja, maklumlah sejak kehadiran Syarif ni Dhea kurang memberi perhatian kepada Ladyana. Mungkin masa Syarif tidur ni adalah masa yang sesuai. Lagipun rumah tengah sunyi lagi.

"Tak lama lagi sini ada baby baru." perut Dhea diusap perlahan oleh Ladyana sambil memandang Dhea dari pandangan bawah. Berkerut dahi milik Dhea mendengar tutur kata itu. "Huh? Yana cakap apa ni?" Ha sudah! Matilah kalau betul-betul ada. Syarif tu baru nak masuk 3 bulan, belum cukup 100 hari lagipun.

Ladyana tidak membalas, kembali memeluk erat perut yang masih kempis milik Dhea. "Jom. Kak Dhea ikat rambut Yana balik. Nak rambut macam Elsa tak?" tidak mahu hal itu diperbesarkan, Dhea menukar topik. "Nak!" laju je menjawab kalau nama Elsa dipetik.

Usai menyelesaikan tugasan di ruang tamu, Syarif yang masih tidur di buaian didekati. Telefon pintar miliknya diambil lalu aplikasi WhatsApp ditekan. Nama suaminya yang paling atas dibuka.

Me : Abang, abang dah habis solat raya ke? Naik dgn siapa tu nanti? [9:13 am]

Abang Sayang❤️ : Dengan Syafiq kot [9:15 am]

Abang Sayang❤️ : Dekat nk habis, tunggu nk bersalam pulak satgi [9:15 am]

Me : Abang nanti singgah boleh? [9.16 am]

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now