Epilog 3 (Raya Edition)

485 25 2
                                    

Dhea laju menuruni tangga rumah opah dan langkahnya dikejar pantas oleh Seif di belakang. Kereta Honda Civic putih milik suaminya didekati. Mereka yang lain masih menjamu juadah moreh di ruang tamu rumah kampung itu diam tidak berkutik.

Syafiq mencuit lengan ibunya, sama-sama tidak memahami situasi yang berlaku. "Udah kenapa Dhea marah-marah tu mak? Meroyan dah ke?" bisik Syafiq di sebelah mak ngah. "Eh, tak baik cakap macam tu." lengan anaknya dicubit kasar. Zuhairi dan Wafi tidak mengendahkan mereka, lantak depa la laki bini.

"Sayang! Sayang nak pergi mana ni?!" tanya Seif penuh tegas lalu menarik lengan Dhea. "Lepaslah!" Dhea dengan beraninya membalas renungan tajam lelaki itu. Lengan miliknya sedaya upaya diminta lepas, namun kudratnya tidak setanding suaminya.

Bahu milik Dhea dicengkam kuat sebelum menolak kasar tubuh ramping isterinya itu sehingga bersandar pada pintu kereta. "Tak payahlah macam ni!" cuba direntap genggaman tangan pada bahunya, namun semakin kuat bahu ditekan dalam. "Sayang, listen!" wajah Seif didekatkan pada wajah isterinya.

Dhea memejamkan mata apabila deruan nafas suaminya terkena tepat pada wajahnya. Masing-masing tidak mampu menahan amarah ketika ini seakan nafas mereka laju menghembus api kemarahan.

"Sayang. Abang tanya sayang baik-baik ni. Sayang kenapa taknak dengar cakap abang?!" tersentak kedua bahu milik Dhea apabila dibentak sebegitu rupa. Empangan air mata mula penuh sehinggakan Dhea teresak kecil di situ.

Getaran pada bahu milik Dhea menyedarkan Seif, menggigil Dhea dibuatnya. Nafas berat dihembus perlahan, cengkaman pada bahu tadi kian mengendur. "Sayang..." panggilan yang seakan memujuk itu cuba dilembutkan.

Bahu milik Dhea ditarik lalu tubuh itu dipeluk erat. "Abang minta maaf sangat-sangat kalau abang buat sayang takut. Kenapa sayang taknak makan sekali dengan yang lain? Dorang tetamu kita, yang." pujuk Seif dalam pelukan itu. Dhea tidak membalas kata-kata mahupun pelukan suaminya.

Esakan isterinya semakin kedengaran. Dipeluk semakin kemas tubuh ramping itu dan mengelus lembut belakang tubuhnya. "Abang minta maaf, sayang." pujuk Seif sekali lagi. Rasa bersalah menghurung jiwa. Dia tidak sepatutnya meninggikan suara seperti tadi.

Barangkali isterinya itu keletihan menjaga anak seharian, ataupun kurang selesa dengan kehadiran orang luar di rumah opah. Seif seakan menghukum tanpa bertanya. "Sayang kenapa ni?" pujuk Seif lagi dan lagi.

Pelukan dilepaskan lalu wajah milik Dhea dibelai manja. Air mata yang tiada tanda untuk berhenti itu diusap perlahan. "Sayang, abang minta maaf okey? Abang tak tahu sayang letih ke apa. Cerita dekat abang please? Abang taknak macam ni, abang taknak rasa bersalah dengan sayang. Tell me, what's wrong with you sayang? Abang buat salah ke?" mata milik Seif tajam memerhati anak mata Dhea.

Mereka terdiam buat seketika, cuba meredakan hati yang berbolak-balik. Tangisan Dhea juga mula reda sambil Seif mengelus lembut pipi kemerahan dek kerana menangis itu. "Dhea minta maaf abang." tangan kanan milik Seif ditarik lalu disalam penuh hormat. Berkerut dahi Seif dengan tindakan tiba-tiba wanita itu.

"Sayang kenapa ni? Kenapa nak minta maaf bagai?" tanya Seif yang masih berkerut dahi. "Dhea jealous." dahi yang tadinya berkerut, ditampar kuat oleh tangan sendiri. Tubuh isterinya dibawa masuk ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang. Seif mula menghidupkan enjin kereta dan kembali mendapatkan isterinya di belakang.

"Sayang nak jealous dekat siapa? Cerita kat abang." tangan halus milik Dhea diusap manja. Isterinya mula merapatkan jurang antara mereka sehinggakan dada mereka lekat antara satu sama lain. Pinggang milik isterinya dipeluk erat.

"Dhea jealous sebab abang layan kawan abang lebih dari Dhea." Seif yang ingin menyampuk tapi pantas isterinya menyambung tutur ayat, "Esok kan Dhea dengan Syarif dah balik KL, kalau nak jumpa abang lagi entah minggu depan atau lagi dua minggu. Tapi tadi abang lebihkan kawan abang masa berbuka. Dhea tahu Dhea tak patut cakap macam ni, tapi nanti abang dekat pangkalan pun dapat jumpa dorang jugak hari-hari. Tapi Dhea dengan Syarif, entah dapat jumpa ke tidak." menunduk Dhea apabila diperhati sebegitu rupa oleh suaminya. Pulakkk...

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now