Rajawali 36

633 27 0
                                    

Pada malam itu,  ibu, ayah dan Danial sudah menuju pulang ke Shah Alam. Tak boleh nak lama-lama kat rumah Seif dan Dhea kerana esok ayah perlu menghadiri mesyuarat penting. Malam ni pula kena siapkan kelengkapan untuk mesyuarat keesokan harinya. Danial pula perlu balik dengan segera memandangkan final year project masih belum selesai.

Dhea memeluk tuduh yang sedikit dingin itu sambil memandang ke arah pemandangan malam ibukota di beranda rumah itu. Cuaca sedikit mendung sejak petang tadi mengundang rasa dingin yang memenuhi pelusuk ruang udara Kuala Lumpur.

Usai menunaikan solat Isyak berjemaah tadi bersama suaminya, Seif terlelap di atas katil bilik tidur mereka. Penat balik beraya tak habis lagi. Dhea pula, tak boleh nak lelapkan mata dari tadi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam ketika ini.

Fikirannya tidak menentu malam ini, barangkali masih tidak biasa dengan keadaan yang baru, tempat yang baru. Kondominium yang menempatkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini kelihatan sunyi dengan kehadiran mereka berdua sahaja menghuni di dalamnya.

Tadi ada ibu, ayah dan Danial sekali, takdalah sunyi sangat. Fikiran Dhea pula, jika satu hari nanti Seif perlu bertugas kembali ke pangkalan, tinggal dia seorang diri di sini. Satu keluhan dilepaskan.

Memang seronok ada suami di sisi, lagi-lagi ini raya kali pertama mereka bersama. Banyak moment dikongsi bersama, namun perasaan takut ini masih tersisa. Takut jika satu hari nanti Dhea perlu berjauhan sekali lagi dari suaminya.

Dia takut hal itu. Air mata menuruni ke pipi merah itu dengan perlahan. Fikirannya celaru. Belakang tapak tangan miliknya lembut mengusap air mata yang mengalir. Takut jikalau Seif terdengar dari dalam bilik.

"Sayang? Tak tidur lagi?" tanya Seif sebaik sahaja mendekati Dhea yang masih berada di beranda luar rumah mereka. "Uish sejuk ni. Sayang tak sejuk ke?" tubuh ramping itu dipeluk dari belakang.

"Dhea tidak membalas, hanya sekadar menayangkan senyuman kepada Seif. Sisa air mata tadi dikesat tanpa meninggalkan sebarang sisa. "Sayang kenapa ni hmm?" tanya Seif sekali lagi. Masih tiada jawapan, tapi pelukan suaminya itu semakin dieratkan.

Lama mereka menyepi dalam keadaan seperti itu, membiarkan angin sejuk dan kebisingan ibukota yang menjadi latar belakang. "Abang, Dhea takut." bisik Dhea setelah sekian lama mereka berdiam diri.

"Sayang takut kenapa? Sayang abang gayat eh? Abang ada lah kat sini."balas Seif penuh kelembutan. Dhea mengelengkan kepalanya. "Tak abang. Dhea takut..." tak habis lagi Dhea bertutur, tubuh itu dipusingkan lalu memeluk kembali isterinya itu.

"Sayang takut kenapa ni?" Dhea mengeluarkan esakan dalam pelukan itu. Leher milik Seif dipeluk sangat kemas. Takut jika satu hari nanti Dhea tidak merasa pelukan ini lagi.

Tubuh belakang isterinya dielus lembut, cuba untuk menenangkan hati isterinya yang penuh ketakutan itu. "Sayang..." pujuk Seif sekali lagi tapi masih air mata gugur tanpa henti. Seif pula merasa sayu, perlahan air matanya turut jatuh ke pipi.

"Dhea takut satu hari nanti, abang tinggalkan Dhea sekali lagi. Dhea takut untuk rasa sakit tu lagi, abang. Dhea takut nak hidup tanpa abang lagi. Dhea tak sanggup nak hadap semua ni nanti, tanpa abang. Dhea takut, abang." bisik Dhea di situ, namun jelas di telinga Seif.

"Abang nak sayang tahu, sayang cinta abang dunia akhirat. Abang nak sayang tahu yang cinta abang hanya untuk sayang seorang, kasih sayang abang hanya untuk sayang seorang. Abang takkan tinggalkan sayang lagi, abang akan takkan sakitkan sayang lagi, abang takkan lukakan sayang lagi. Abang akan jaga, akan cinta, akan rindu sayang, selamanya. Jika satu hari nanti abang perlu pergi bertugas jauh dari sayang, abang nak sayang sentiasa doakan keselamatan abang semoga abang dapat kembali ke pangkuan sayang. Ya, sayang?" panjang lebar Seif mengungkapkan rasa cinta dan sayang terhadap isteri tercinta.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now