Rajawali 5

890 30 0
                                    

Pada sebelah petang selepas majlis pernikahan antara Seif Mukhriz dan Dhea Zalindra, mereka berdua pusing satu kampung sambil menunggang motosikal milik Seif.

"Saya tak pernah naik motor keliling kampung." kata Dhea kepada suaminya yang sedang fokus membonceng motor itu. "Lah, kenapa pulak?" tanya Seif lembut kepada isterinya.

Dhea berasa sangat seronok menunggang motosikal, kedua belah tangannya didepa seluasnya. Kawasan persisir pantai itu, udaranya segar pada petang yang redup seperti ini.

Mereka berdua baru sahaja mengagihkan lebihan makanan kenduri tadi dengan orang kampung, Seif ambik keputusan untuk pusing satu kampung. Suka tengok Dhea yang sangat seronok dibelakangnya itu.

"Sebab ayah takda motor. Kalau nak pusing sampai hujung pun guna kereta. Kalau arwah atuk dulu ada la sekali dua merasa naik motor, tu pun pergi balik pekan je." jawab Dhea. "Peluk abang kuat-kuat, nanti sayang melayang pulak." kata Seif melihat tangan isterinya tidak berhenti menyapa angin petang itu.

Mereka berdua berhenti di salah satu kedai di tepian persisir pantai di situ. Katanya tekak Dhea terasa nak makan benda sejuk.

Dua mangkuk ABC special dipesan sambil menikmati bersama rojak kangkung. "Abang, ceritalah pasal abang masa sekolah dulu. Macam mana abang boleh terjebak masuk ke dalam TLDM dulu?" tanya Dhea sambil mulutnya penuh dengan ABC miliknya.

"Slow-slow, sayang. Awal tu abang biasa je, budak kelas depan masa dekat SMK TTDI dulu. Takda la perform sangat, tapi boleh la dapat sijil SPM lulus semua." jawab Seif sambil mengelap perlahan sisa ABC di pinggir bibir isterinya itu.

"SPM abang tak perform? Dapat berapa A? Dhea pun macam makcik-makcik tanya result SPM anak orang." Gelakkan terbit di bibir si suami.

 "Dapat la 5A 4B. Tu abang cakap, abang tak sehebat sayang. Lepas tu, sepatutnya abang diterima masuk dalam matrikulasi dengan result SPM abang tu. Tapi masa matrikulasi, abang tahan 3 bulan je, lepas tu cau. Jadual terlalu padat, asyik depan buku je. Abang jadi bosan. Bosan sebab orang keliling abang pun semua pandai-pandai. Malas abang nak bersaing sengit antara student sana, abang quit. Abang suka benda yang kerja luar, as in kerja fizikal. Abang bukan budak akademik dulu, tak join apa-apa pertandingan pun. Abang banyak ke kokurikulum. Silat gayung. Abang wakil negeri, sayang tau?" kata Seif dengan bangga. Dhea pulak tengah setia mendengar. "Wuu hebat wo. Abang join silat kira lama jugak la maksudnya?" tanya Dhea lagi.

"Boleh lah. Dari sekolah rendah lagi. Tu abang cakap, study memang abang okey je. Tapi kalau dah mengadap buku 24 jam, abang mana tahan. Lagi jenis abang ni, abang suka bergerak. Last-last abang decide untuk masuk ke dalam TLDM, navy. Sebab pakcik sebelah mama salah sorang Navy dekat Johor sana. Mama kan orang Johor, papa pulak orang Janda Baik tapi datuk dan nenek dah takda lagi dah. So dekat situ, abang start training untuk Navy sejak umur abang hujung 18 tahun. Kira antara anggota yang muda la masa tu. Masa training pulak, abang jumpa dengan Zuhairi dan Wafi. Kitaorang sebaya, tu jumpa terus ngam. Lagi si Zuhai budak Kuala Selangor tu jenis masuk air, Wafi budak Melaka hawow jenis gila-gila walaupun pendiam, abang jadi seronok. Last-last kami tamat Latihan Asas Kelayakan PASKAL dalam tempoh 3 tahun. Lepas tu abang sambung untuk Khursus Khas dalam penembak tepat dalam 2 tahun jugak untuk betul-betul dibawa masuk untuk pasukan penembak tepat, team sniper. PASKAL memang tough. Tiap hari juga la abang rasa nak nangis awal tu. Tempur jarak dekat, larian, renang, terjunan, Kursus Komando lagi. Air kolam, laut, paya, even darat tu dah jadi sebati dalam diri abang. Last-last abang berjaya. Sekarang ni PASKAL memang fokus ke arah operasi di pantai, pengintipan dan perisikan khas, escort kapal dan pelantar minyak. Tu abang kena sentiasa bersedia untuk apa-apa panggilan untuk ke operasi. Dan untuk pengetahuan sayang, abang akan ke Lebanon, 24 Mac bulan depan." Riak wajah Seif menjadi serba salah.

Kisah Aku dan Dhea [C]Where stories live. Discover now