<^>
" I can't wait to get you all alone "
" dhea hantar lauk lauk ni pergi meja makan . kejap lagi mereka akan turun makan " suruh makcik siti kepadaku . tanpa banyak bicara aku terus membawa lauk lauk yang diisi di dalam mangkuk besar itu ke atas meja . aku kemudian berlari semula ke dapur untuk mengambil cawan kaca yang aku sedar belum terhidang di atas meja . macam mana boleh terlepas pandang ni . susun sahaja cawan cawan itu sempat aku betulkan sudu dan garfu di atas meja yang sedikit senget itu kemudian berjalan kebelakang beberapa langkah . puan ezra dan tuan farhan sedang menuruni anak tangga . kelihatan maklong dan makcik siti terkocoh kocoh berlari dan berdiri sedikit jauh dari meja makan
beginilah rutin kami setiap hari . kami akan menyediakan makanan untuk keluarga ini dan berdiri di sisi meja sementara menunggu ketibaan puan ezra dan tuan farhan . oh tak lupa juga anak lelaki mereka satu satunya , harraz . namun harraz jarang turun makan bersama keluarganya . dia lebih sering berkurung di dalam bilik dan biasanya makcik siti lah yang akan menghantar makanan ke dalam bilik harraz
" wahh sedap sedap ya lauk hari ini " kata puan ezra yang sudah mula duduk di atas kerusi meja makan . dia kelihatan teruja apabila melihat menu makanan yang disediakan pada hari ini . mungkin kerana ada makanan kesukaannya iaitu ikan pari masak asam pedas
puan ezra meneliti seluruh meja makan itu dengan tekun . apabila berpuas hati dia mengangguk anggukkan kepalanya " okay . kamu semua boleh teruskan kerja " mendengar kata kata puan ezra kami bertiga menundukkan sedikit kepala sebelum bersurai meninggalkan ruang makan itu . namun langkahku terhenti seketika apabila mendengar pertanyaan makcik siti kepada puan ezra
" harraz tak turun makan ke puan ? "
pasti makcik siti mahu menghantar makanan ke bilik harraz jika lelaki itu tidak turun makan . haih aku pun tak faham apa yang susah sangat harraz ni nak turun makan . sedangkan cara paling mudah untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga itu adalah dengan makan bersama sama di meja makan . sudahlah tuan farhan dan puan ezra ni memang jarang ada di rumah
" tak . nanti makcik siti tolong hantarkan makanan ke bilik harraz ya " pesan puan ezra yang mendapat anggukan daripada makcik siti . aku kemudian meneruskan langkahku ke ruang tamu untuk membersihkan apa yang patut manakala makcik siti sudah berlalu ke dapur mungkin ingin menyediakan makanan untuk harraz . maklongku ? tak tahu lah biarlah maklong itu jauh jauh denganku boleh menangis malam aku kalau asyik bertembung dengan maklongku itu
aku sudah berumur 15 tahun . bermakna sudah 9 tahun aku hidup di dalam rumah agam ini di bawah jagaan maklong dan paklong . namun perasaan benci maklong terhadap diriku masih belum berkurang . dia semestinya tidak pernah naik tangan dengan aku tetapi kata kata kesat yang keluar dari mulut maklong cukup membuatkan aku terseksa . perkataan seperti mak bapa tak ajar , bodoh , tak kenang budi dan ugutan sudah aku dengari sejak berusia 6 tahun lagi . mengapa maklong tidak mahu bersikap baik dengan aku seperti paklong ?
aku menghela nafas berat sambil mengelap frame gambar di ruang tamu rumah agam itu . sedih sedih pun buat kerja kena cekap . makin cuai aku buat kerja makin keraplah aku dileteri maklong . sedang aku termenung melakukan kerja tiba tiba bahuku ditepuk dari belakang
" dhea kamu termenung ke ? dari tadi makcik panggil kamu kamu tak sahut pun "
kata makcik siti dengan kening berkerut . eh aku kena panggil ke ? tak perasan pun
" eh maaf makcik . dhea tak dengar " kataku sambil tersenyum sumbing . makcik siti menggeleng gelengkan kepalanya . kuat berangan betul
" ni makcik nak minta tolong kamu hantarkan makanan harraz ke bilik dia " mendengar hal itu membuatkan aku sedikit terkejut " lah kenapa tiba tiba dhea pula ? " aku bukan apa tapi memang selama ini makcik siti yang hantar makanan ke bilik harraz . kenapa tiba tiba aku disuruh pula ni ?
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...