• chapter 10 •

185 8 0
                                    



tiba tiba aku rasa gementar pula mahu bersemuka dengan harraz di sekolah apatah lagi bersama dengan aniq

teringat pula kata katanya pagi tadi

" jangan lupa untuk jumpa aku di sekolah untuk minta persetujuan pasal aktiviti tak berfaedah kau tu " sergah harraz semasa aku sedang menyuci cawan di dapur . tengoklah kita ni dah nak pergi sekolah pun masih sibuk sibuk nak cuci cawan semua haih " eh tapi kan dhea dah minta persetujuan dengan harraz hari tu . harraz pun dah setuju kan ? " tanyaku bingung haritu cakap lain hari ni cakap lain

" kau nak cakap apa dengan ahli lain pasal aktiviti kau yang dah kena accept ni ? nak cakap kau goda aku di rumah agam ni
semata mata untuk itu ke dhea arabella ? " balas harraz sarkastik membuatkan kerjaku terhenti

" sejak bila pula dhea goda harraz ? dhea cakap baik baik kot " jelasku tidak berpuas hati . dia ni mengigau ke apa " dengan senyuman dan bau haruman rambut kau tu dah cukup untuk buatkan aku tergoda " jujur harraz kepadaku " merepek ! pagi pagi dah merepek " kataku dengan geram lalu meninggalkannya di dapur begitu sahaja cakap bukan bukan macam tu siapa je nak layan

" dhea " lamunanku tersentak tatkala terdengar namaku dipanggil oleh aniq

" ya kenapa ? " tanyaku kalut

" kenapa ni nervous ke nak jumpa ketua pelajar  jauh betul termenung tu " tegur aniq sambil tersenyum lembut ke arahku

" haah sikitlah sebab tak biasa kan nak buat kerja kerja ni " kataku . yelah ini kan pertama kali aku pikul tanggungjawab ni nak pergi jumpa harraz mamat beku tu untuk minta persetujuan buat kali kedua ? seram beb sebab aku yakin cara dia layan aku di rumah dan disekolah lain . itupun sebab aku yang minta yelah nak tutup yang aku ni kenal dia di sekolah kan . hambik lah tu makan dia

kami berjalan beriringan untuk ke kantin . pengerusi ada cakap kalau nak jumpa ketua pelajar kena jumpa waktu rehat sebab waktu lain mesti dia reject kerana sibuk dan mengganggu katanya . dia juga turut memberitahu dimana biasa tempat harraz dan kawan kawannya duduk

" tu mereka " tunjuk aniq ke arah dimana dapat aku lihat harraz dan rakan rakannya sedang bersembang dengan tenang tanpa ada sesiapa mengganggu mereka

bos kan

" awak relax je okay dhea . awak cuma perlu teman saya sahaja segala apa yang nak diperkatakan biar saya sahaja yang buat sebagai pengerusi " kata aniq cuba menenangkan aku . apahal yang aku nak gementar sangat ni padahal setiap hari je aku hadap muka mamat tu " okay no big deal "
sampai di hadapan meja makan mereka aniq berdehem kecil membuatkan perbicaraan diamtara sekumpulan lelaki itu terganggu . mereka serentak menoleh ke arah kami termasuk harraz membuatkan aku mula menyorok di belakang susuk badan aniq . berdebar mat

" maaf mengganggu . boleh saya bercakap dengan ketua pelajar sekejap " pinta aniq sopan . rakan rakan harraz berpandangan sesama mereka sebelum mengangguk kecil . aku fikir mereka akan beredar dari situ meninggalkan kami bertiga sahaja di situ namun perkiraanku salah mereka malah kini menumpukan seluruh perhatian kepada kami seolah olah kami mahu menyampaikan gosip pula kepada mereka

" duduk " suruh harraz ringkas kemudian menyambung menghirup teh aisnya yang diisi di dalam cawan plastik . dia dengan air teh dia berpisah tiada

aniq laju melabuhkan duduk di situ manakala aku masih diam berkutik dibelakang aniq tak tahu nak duduk juga ke tidak . aku pun kena pelawa ke tadi ?

" tak nak duduk ke dhea ? " tanya harraz kepadaku sambil menyengetkan kepalanya . nasib baiklah aku ni pakai nametag ada lah juga alasan aku kalau aniq tanya kenapa mamat ni tahu nama aku . aku pun dengan tertib turut melabuhkan duduk di sebelah aniq namun tidak lama apabila secara tiba tiba salah seorang dari rakan harraz menolak aniq agar dia dapat duduk diantara kami . bila lihat dengan lebih teliti baru aku sedar bahawa dia merupakan rakan harraz yang pernah datang ke rumah hari itu . dia masih ingat aku ke eh ?

Enamoured to you Where stories live. Discover now