dhea membawa tray makanannya yang baru sahaja dia ambil tadi sambil sambil mata melilau mencari tempat duduk kosong di kantin . jumpa sahaja meja kosong terus dia meletakkan traynya dan menyambung perjalanannya untuk mencari keberadaan harraz . biasanya dia akan pergi menemui harraz bersama sama dengan rakannya disha namun memandangkan disha tidak hadir pada hari ini terpaksalah dia menemui harraz sendirian . haih apa lah nasibjumpa sahaja kelibat harraz di tempat biasa dia berada terus dhea mendekatinya
" senior harraz " panggil dhea formal apabila sedar mereka berada di sekolah dan bukannya di rumah . apatah lagi terdapat rakan rakan harraz sekali pada saat itu . mereka serentak menoleh ke arah dhea
" eh junior kesayangan kita dah mari " kata salah satu dari rakan harraz yang hanya dibalas dengan senyum kecil oleh gadis itu
harraz laju mengangkat kepalanya dari terus menunduk melihat makanannya" apa "
balas harraz ringkas tanpa perasaan . dhea terkebil kebil melihat ke arah harraz . dia dah lupa ke apa tugas yang perlu gadis itu lakukan setiap hari sejak wujudnya aktiviti singing competition ni ?
" nak inform pasal aktiviti kami " balas dhea pasrah . takkan nak marah marah dekat mamat ni pula kan " duduk " suruh harraz dhea akur mula melabuhkan duduk berdepan dengan harraz . baru sahaja dia ingin membuka mulut salah satu rakan harraz menyampuk lagi
" mana kawan dhea yang lagi satu ? " tanyanya tentang disha
" hari ini disha tak datang . ada emergency " balas dhea sopan . baru sahaja hari itu disha menceritakan tentang atuknya yang sudah nazak hari ini dia dikejutkan lagi dengan berita atuknya telah meninggal dunia . sungguh bila ajal sudah tiba tiada lagi tundanya
" ohh " balas jejaka itu . lega hati dhea apabila dia tidak bertanya lebih dalam berkaitan hal 'emergency' itu
" bawa tray kau makan sini " suruh harraz secara tiba tiba membuatkan dhea tersentak baru sahaja dia ingin menolak laju sahaja rakan harraz bangkit dari duduknya " adik manis duduk sini sopan sopan sahaja . biar abang yang ambilkan tray awak . dhea duduk dekat meja sebelah budak budak nerd tu kan ? tahu dah " katanya lagi sebelum berlalu pergi diikuti beberapa rakannya yang lain . traynya satu je yang sampai bawa rombongan ni dah kenapa
dhea hanya diam sambil mencuri curi pandang harraz yang sedang santai menikmati makanannya . perlu ke dia tunggu tray tu sampai baru bercakap atau cakap sekarang je ?
" nah dhea junior " secara tiba satu tangan meletakkan tray makanannya betul betul di hadapan mata " terima kasih " ucap dhea bersama senyum nipis
" jadi ? " tanya harraz apabila dhea sedari tadi belum lagi berkata apa apa kepadanya
" oh tiada apa apa masalah semuanya berjalan lancar . cuma sekarang kitorang ingat nak cari back dancer untuk certain performance " balas dhea masih lagi teragak agak sama ada mahu makan atau tidak . dengan banyak pasang mata sedang memandang ke arahnya sekarang mustahil dia boleh makan dengan selesa . haihlah kawan kawan harraz ni pun nak tengok tu janganlah sampai nak tembus macam ni
" biasanya kalau nak back dancer mereka akan minta caj korang boleh bayar ke ? " tanya harraz beserta riak dingin membuatkan dhea tak senang duduk . dia ni tengah marah ke apa
" actually no . kami dah dapat beberapa back dancer and mereka tak minta apa apa bayaran pun . macam yang dhe- saya cakap sebelum ni lah pelajar sekolah sini memang minat dengan dunia hiburan . setakat jadi back dancer mereka cakap no hal " balas dhea lancar kecuali ketika menyebut gelar dirinya tadi
mendengar hal itu harraz hanya diam sambil menganggukkan kepala . suapan makanan diteruskan
" dhea nanti dhea ikut menyanyi juga kan ? " tanya salah satu rakan harraz yang dhea perasan namanya adam
![](https://img.wattpad.com/cover/353714331-288-k674069.jpg)
YOU ARE READING
Enamoured to you
Romancedhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh...